Bertemakan rona putih dan kehijauan, keseluruhan ruang diinspirasikan dari alam semula jadi (nature) yang diberi nama The Secret Garden. Rona semula jadi ini tampak indah dengan penggunaan juntaian bunga di setiap sudut antaranya di ruang pelamin, meja makan utama dan pintu masuk. Ternyata dekorasi ini berjaya mencipta majlis yang eksklusif dan hebat.
Penggunaan daun segar adalah penting kerana dedaun hidup akan memberikan impak berbeza dan segar dalam sesuatu dekorasi.
Props tidak banyak diperlukan kerana sifat alam semula jadi itu sendiri sudah ada nilai yang tersendiri. Dekorasi greenery seperti ini akan memberikan pengalaman berbeza pada setiap tetamu yang hadir.
FOTO : WEDDINGS BY EMMA DEKORASI : WEDDINGS BY EMMA TERIMA KASIH PENGANTIN : MIR & ADRIANA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dekorasi Bilik Pengantin Yang Boleh Menaikkan ‘Mood’ Pasangan Anda
Selain dekorasi pelamin, dewan, atau hantaran, dekorasi bilik pengantin juga memainkan peranan yang penting bagi semua pengantin. Bilik tidur merupakan ruang peribadi antara anda dan pasangan bagi menaikkan lagi mood setelah bergelar suami dan isteri.
Anda juga boleh menghias dengan mengikut kreativiti anda sendiri
Biar simple asalkan cantik mata memandang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dari Ruang Kosong Sampai Nampak Cantik Tersusun, Hasil Suami Isteri Deko
Perubahan yang ketara dibuat pasangan suami isteri, dari ruang kosong jadi cantik tersusun. Dari bahagian depan sampailah ke dapur, semuanya kemas.
Apa yang lagi menarik, pasangan ini cuma tinggal di rumah flat kos rendah dengan keluasan 650 sqft, tentu ada yang beranggapan agak sukar untuk dihias. Ini memandangkan ruang rumah sangat terhad.
Dari Ruang Kosong Sampai Nampak Cantik Tersusun
Namun bagi Nasrul Hisham Mat Anas dan pasangannya merasakan cabaran tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk memiliki kediaman impian dengan melakukan dekorasi hasil daripada kerja tangan sendiri.
Keadaan ruang asal
Setelah Diberi Sentuhan Dekorasi
Ini adalah bahagian ruang tamu bersekali dengan ruang menonton tv untuk keluarga. Nampak begitu tersendiri apabila perabot digayakan dengan penggunakaan kayu pallet yang dihasilkan sendiri.
“Saya kutip saja span tu, dan beli kain balut sendiri. Manakala langsir pula saya beli di kedai DIY sahaja. Dan lampu spotlinght tu beli secara di shopee,” jelasnya.
Melihat pada kemasan dinding pula, pasangan ini bermian dengan warna gelap dan perletakkan lampu spotlight memberi mood istimewa pada ruang kediaman ini.
Pun begitu, kemasan lantai tidak dilakukan sendiri tetapi pasangan ini lebih selesa menyerahkan pada yang mahir dengan menggunakan material spc.
Melihat pada gaya dekorasi ruang dapur pula, Nasrul Hisham dan pasangan turut mengilhankannya sendiri. Apa yang menariknya, walau ruang terhad, pasangan ini masih dapat menyediakan ruang kaunter bar yang sesuai untuk dua orang.
Apa yang pasti, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Sama ada rumah kecil atau sebaliknya, boleh sahaja dihias cantik dan kemas. Jadi bolehlah buat anda yang tinggal di rumah flat, jadikan dekorasi ini sebagai inspirasi buat anda.
Sumber :Nasrul Hisham Mat Anas via DRSS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ubah Suasana Bilik, Isteri Kena Pandai Mainkan Peranan Nak Pikat Suami
Kalau nak pikat suami tersayang, sesekali isteri kena ubah suasana bilik. Jangan pandang remeh, ini pun salah satu cara buat pasangan rasa tenang dan rasa relaks bila balik rumah untuk berehat.
Jadi kalau anda nak dapatkan bilik tidur yang cantik, boleh guna idea yang dikongsikan Puan Nur Diyana ini.
Ubah Suasana Bilik, Isteri Kena Pandai Mainkan Peranan Nak Pikat Suami
Menariknya dia mengubah suai biliknya dalam tempoh 48 jam dengan modal RM600 saja. Boleh tiru cara dia melakukannya.
Warna sama 10 tahun
Inilah bilik asal saya di rumah ibu. Dah 10 tahun warna bilik ni merah menyala dan pink pekat huhu. Bilik ni besar dan kami kongsi tidur bila adik beradik balik sebab tu letak dua katil queen. Memang hanya bilik tidur semata.
Walaupun tak ada rupa, katil sentiasa kemas ya huhu. Katil yang lagi satu tu saya tolak percuma je pada kedai perabot terpakai dan tilam tu pun semua angkut. 3 bulan lepas saya memang kosongkan bilik sy terus.
Beza kan lepas ubah suai!
Tadaaa… Ini lah keadaan bilik selepas. Siap ada ruang menonton sendiri. Saya tambah corak wainscoting guna masking tape saja sebab tak mampu nak upah orang buat hihi, mahal kan tapi teringin jugak nak ikut trend. Kod cat Silver Grey dan Owen jenama Acristar. Satu tong ada 7 liter. Dua tong saja saya guna untuk cat bilik ni.
Siap ada ruang menonton ya!
Close up. Itu pokok bunga segar ya, namanya Money Plants, memang saya pergi ke nursery untuk indoor plant. Besar tu baru RM30. Pasu saya guna tong sampah dari kedai Eco saje. Lepas buat beberapa bacaan, saya rasa pokok asli pilihan yang lebih bijak dan jauh lebih murah.
Cuma kalau ada anak kecil dan haiwan peliharaan kena consider dulu, buat bacaan, jangan sembarang beli sebab ada yang tak sesuai ya. Kerusi tu kerusi babah saya, tak termasuk dalam bajet ya.
Meja ni asalnya warna coklat, dan meja kopi. Tapi sayang nak buang elok lagi kan. Jadi saya tukar warna putih, maaf ada tak kemas sikit hihi.
Katil dah berusia 20 tahun
Katil yang ada dalam bilik ini usianya dah 20 tahun. Saya tak nak buang, sayang sebab kayunya masih kukuh, saya tukar warna saje.
Sekarang sudah warna putih! Cadar marble saya beli di igshop, saya sengaja terbalikkan. Bagi warna kelabu, yang sebenarnya coraknya penuh marble hehehe.
Ada tempat khas untuk solat
Almari ni saya jual pada pusat perabot terpakai. Meja tu yang saya cat putih semula. Langsir pun sedih tengok ha asal boleh.
Inilah rupanya kawasan tadi, tanpa almari, nampak lebih luas kan? Saya sengaja pasangkan tirai dari Ikea tu untuk lebih privasi gitu. So nak bersiap ke nak solat takde la orang terus nampak kita sebab bila bukak pintu bilik, dari tangga terus nampak kawasan ni.
Tak guna almari, pakai rak saja
Saya dah tak guna almari, saya guna rak ini saja, hanger besi dari Eco Shop saje. Kami adik beradik dah belajar jauh-jauh jadi balik rumah ibu bila cuti saja. Baju tak banyak, praktikal la open concept macam ni. Kalau nak buat kat bilik sendiri, sesuai untuk ada almari terus. Dari sudut lain. Tirai tu macam pembahagi ruang la gitu.
Tak beli barang mahal
Ini je rasanya investment yang mahal kot pada saya sebagai seorang student hehehe. Kedua-duanya dari HomePro. Meja ni saya beli masa tengah promo, harganya cuma RM139.90 saja.
Cermin tu saya guna cermin untuk tandas, sebab nak jimat space tak nak cermin besar (mahal). Since cermin ni boleh adjust in certain degree, jadi nampak dari kepala ke kaki hehehe!
Pokok hidup (Money Plant) dalam pasu eco shop warna senada.Dummy book tu saya beli banyak cuma RM0.50 sen satu masa clearance sale di Index Living.
Apa yang tak ada kat Eco Shop ni? Tema Tropical Scandi pun ada, saya rasa sesuai, saya ambil lah!
Kisahnya saya beli kain langsir, dah nak jahit kain tak cukup. Tapi takpe bedal saje lah! Dari nagoya cuma RM7 semeter.
Wainscoting buat sendiri
Saya malas nak beli cat putih jadi saya spray je untuk buat wainscoting. Bila spray dah kering, saya tampal masking tape ikut cara yang pernah viral dulu, kredit tu Shafeq Bada atas perkongsian beliau.
Nampak la mewah sikit kan lepas dah dikemaskan? Walaupun guna bajet masking tape saje tapi masa nak kemaskan garisan tu semula lepas siap cat dan cabut masking tape lenguh juga la tangan hehehe.
Total bajet lebih kurang RM600
Inilah bajet penuhnya. Pricey juga pada saya sebab saya tukar cat, beli cadar dan langsir baru. Kalau encik/cik nak guna apa yang dah ada, mesti jauh lebih murah. Selamat mencuba!
Sumber: Nur Diyana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI