Menggunakan khidmat perancang majlis oleh pasangan pengantin dan keluarga adalah bertujuan untuk menjadikan majlis berlangsung dengan sempurna. Perancang majlis menjadi orang penting untuk merealisasikan majlis yang diinginkan oleh pengantin dan keluarga.
Tugas perancang majlis
- Dia adalah perancang dan menyelaras dari permulaan majlis sehingga ke akhir majlis perkahwinan
- Dia berperanan memudahkan urusan bakal pengantin dalam kekalutan menyiapkan perkara yang berkaitan dengan majlis kahwin.
- Mereka akan duduk berbincang dan menyediakan khidmat perundingan yang meliputi semua perkara antaranya pelamin, kanopi, katering dan sebagainya.
Tempoh urusan
Dinasihatkan bakal pengantin untuk melantik perancang majlis 6 hingga 10 bulan daripada tarikh perkahwinan bagi memastikan perancangan awal dapat dibuat dengan sempurna.
Diperingkat awal perbincangan dilakukan bersama bakal pengantin dan pihak keluarga. Isu yang dibincangkan ialah tentang bajet, tema dan bilangan jemputan untuk ke majlis anda nanti.
Persetujuan bersama
Mungkin ada yang salah tanggapan terhadap perancang majlis yang mengatakan majlis dikawal sepenuhnya oleh mereka. Hakikatnya semua keputusan yang diambil adalah persetujuan daripada pihak pengantin sendiri. Perancang majlis hanya akan memastikan apa yang diingini dapat direalisasikan.
Perbincangan dengan perancang majlis adalah langkah yang terbaik. Perancang majlis akan mengesyorkan vendor-vendor yang terbaik dan bersesuaian dengan majlis dan bajet anda.
Panduan untuk bakal pengantin;
- Bersikap jujur dengan perancang majlis tentang bajet anda. Ini mengelakkan anda dari menanggung hutang selepas berakhir majlis.
- Beritahu dengan jelas kepada perancang majlis apa tema majlis yang anda inginkan agar ia dapat direalisasikan dengan sempurna.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Yang Beli Kereta, Isteri Pula Kena Tanggung BEBAN Belanja!
SUAMI NAK VELLFIRE PULAK!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Digalakkan Minum Susu Sebagai Persediaan Untuk Hamil
Kehamilan merupakan momen yang paling indah buat seorang wanita apabila dirinya disahkan telah berbadan dua. Apatah lagi melihat perubahan bentuk badan, pergerakan kecil si bayi dan pengalaman berdepan dengan ‘morning sickness’ yang mungkin teruk bagi sesetengah wanita.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang dilahirkan kelak dalam keadaan sihat serta cukup sifat fizikal dan mental.
Penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu diamalkan ketika awal kehamilan lagi supaya kesihatan bayi terjamin.
Selain asid folik penting kepada si ibu supaya anak mendapat zat yang cukup, pengambilan susu juga perlu diutamakan kerana wanita hamil memerlukan kalsium yang tinggi. Bayi akan mendapat kadar kalsium yang baik ketika di dalam kandungan. Ini dibuktikan dengan satu kajian yang menyatakan si ibu memerlukan antara 1000 ke 1300 mg kalsium setiap hari. Khasiat susu ini dapat memberi perlindungan dan memperbaiki kulit, hati, mata, otot dan jantung si comel.
Dr Zubaidi Hj Ahmad kongsi di Facebooknya wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt.
MINUMLAH SUSU SBG PERSEDIAAN UNTUK HAMIL
Ramai dari wanita yang saya jumpa tidak suka minum susu. Tetapi terpaksalah minum untuk kesihatan anak dalam kandungan, apabila mereka hamil.
Sudahlah tak suka minum susu, banyak pula jenama di pasaran. Tidak tahu mana yang terbaik.
Semasa wanita merancang untuk hamil ataupun menyusu, penting untuk mereka memenuhi keperluan khasiat yang diperlukan kedua dua ibu dan anak dalam kandungan .
Badan kita memerlukan pelbagai nutrien penting seperti asid folik / folat, dha, asid lemak omega 3, prebiotik, kalsium dan Besi, untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi kita.
Sebagai ibu, penting untuk kita membekalkan nutrien penting ini kepada diri sendiri dan bayi pada peringkat ini.
Namun saya mencadangkan agar minum susu yang segar kerana ia tidak mengandungi gula yang ditambah sepanjang 3 trimester kehamilan.
Susu segar juga kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Ini akan
mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir.
Selain itu susu segar mengandungi kalsium tinggi, zat besi dan vitamin C dan E yang mempunyai manfaat penting untuk pertumbuhan mental anak yang akan dilahirkan.
Susu segar adalah terbaik untuk ibu hamil yang mengalami anemia kerana membekalkan zat besi, vitamin B complex & vitamin C yang cukup untuk penghadaman & pembentukan sel darah merah yang sihat.
Sesekali elok mengambil yogurt segar atau minuman yogurt kerana ini mengandungi nutrien Prebiotik yang boleh membantu menjaga kesihatan sistem pencernaan & mengurangkan sembelit yang jika dibiarkan menyebabkan buasir.
Jadi bagi wanita yang bersedia dan berusaha untuk hamil, terus amalkan minum susu segar dan sesekali ambillah yogurt segar atau minuman yogurt. Seorang wanita tidak mengetahui bila dia telah hamil, kecuali selepas melakukan ujian UPT dan ultrasound setelah 6-8 minggu kehamilan.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Lama Kahwin, Orang Sibuk Tanya Bila Nak Ada Zuriat Sendiri. Ini Cara Cepat Hamil Dan Selamat
Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.
Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda.
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda.
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan cinta yang lebih kerap.
Bersama dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan alat suami berada di dalam selama 15 minit selepas ejak.
6. Tingkatkan kesuburan suami
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil Vitamin
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran dan kesihatan sperma.
8. Bersenam secara rutin
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang.
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan.
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalamhidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
SUMBER : alamhamilblog.com
OLEH : Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI