Majlis Kahwin Sempurna Dengan Adanya Perancang Majlis

Share

Menggunakan khidmat perancang majlis oleh pasangan pengantin dan keluarga adalah bertujuan untuk menjadikan majlis berlangsung dengan sempurna. Perancang majlis menjadi orang penting untuk merealisasikan majlis yang diinginkan oleh pengantin dan keluarga.

Tugas perancang majlis

  1. Dia adalah perancang dan menyelaras dari permulaan majlis sehingga ke akhir majlis perkahwinan
  2. Dia berperanan memudahkan urusan bakal pengantin dalam kekalutan menyiapkan perkara yang berkaitan dengan majlis kahwin.
  3. Mereka akan duduk berbincang dan menyediakan khidmat perundingan yang meliputi semua perkara antaranya pelamin, kanopi, katering dan sebagainya.

Tempoh urusan

Dinasihatkan bakal pengantin untuk melantik perancang majlis 6 hingga 10 bulan daripada tarikh perkahwinan bagi memastikan perancangan awal dapat dibuat dengan sempurna.

Diperingkat awal perbincangan dilakukan bersama bakal pengantin dan pihak keluarga. Isu yang dibincangkan ialah tentang bajet, tema dan bilangan jemputan untuk ke majlis anda nanti.

Persetujuan bersama

Mungkin ada yang salah tanggapan terhadap perancang majlis yang mengatakan majlis dikawal sepenuhnya oleh mereka. Hakikatnya semua keputusan yang diambil adalah persetujuan daripada pihak pengantin sendiri. Perancang majlis hanya akan memastikan apa yang diingini dapat direalisasikan.

Perbincangan dengan perancang majlis adalah langkah yang terbaik. Perancang majlis akan mengesyorkan vendor-vendor yang terbaik dan bersesuaian dengan majlis dan bajet anda.

Panduan untuk bakal pengantin;

  1. Bersikap jujur dengan perancang majlis tentang bajet anda. Ini mengelakkan anda dari menanggung hutang selepas berakhir majlis.
  2. Beritahu dengan jelas kepada perancang majlis apa tema majlis yang anda inginkan agar ia dapat direalisasikan dengan sempurna.

 

Published by
Putri Adila