Majlis Lagi Dua Minggu, Pengantin Janganlah Buat Kerja Berat-Berat, Fokus Untuk Diri Sendiri

Share

Tarikh majlis semakin dekat dan perasaan anda semakin gementar untuk menempuh hari besar anda. Anda perlukan sesuatu yang mampu menaikkan keyakinan anda. Di bawah disenaraikan beberapa persediaan yang boleh anda lakukan dalam minggu-minggu terakhir  sebelum majlis yang mampu memberi kelegaan kepada anda dan seterusnya meningkatkan keyakinan anda, selain membantu melancarkan lagi perjalanan majlis anda.

1. Menyemak Ramalan Cuaca

Walaupun mungkin anda telah pun memeriksa ramalan cuaca lama dahulu semasa ingin memilih tarikh yang bersesuaian, ada kemungkinan ramalan itu telah berubah atau dikemaskini sesuai dengan perkembangan terbaru yang diterima oleh pakar kaji cuaca tersebut. Makanya, dengan memeriksa ramalan kaji cuaca yang terkini mampu memberikan anda persediaan yang lebih baik dan membuatkan anda lebih yakin.

2. Spa & Saloon

Manjakanlah diri anda dan pasangan dengan rawatan Spa ataupun salon yang bersesuaian. Kemaskan rambut dan yang mana bersesuaian. Mungkin juga professional shave untuk pengantin lelaki agar anda nampak lebih segak dan bergaya di hari majlis nanti. Namun, elakkan untuk lakukan apa – apa rawatan muka pada tempoh ini. Rawatan muka seharusnya dilakukan lebih awal kerana sekiranya anda lakukan rawatan muka di minggu – minggu akhir ini, siapa tahu mungkin anda mendapat alahan disebabkan produk tidak sesuai dengan kulit muka anda dan sebagainya.

3. Kekemasan Diri

Kekemasan diri adalah tanggungjawab kita sendiri. Jika ada bulu hidung yang dah ‘melebihi paras’ tu, cabutlah. Potong kuku, facial hair yang tidak dikehendaki dan jangan lupa tidur dengan cukup untuk elakkan muka sembam. Jika ada modal lebih, tidak salah sekiranya anda laburkan sedikit untuk lakukan rawatan pemutihan gigi atau rawatan gigi lain.

4. Memberi Taklimat Ringkas Kepada Keluarga

Ambil sedikit masa untuk kumpulkan keluarga untuk anda berikan taklimat ringkas berkenaan perjalanan majlis yang telah anda rancang. Kebiasannya, ini dilakukan ketika semua ahli keluarga telahpun berkumpul bagi meraikan majlis anda yang akan tiba satu atau dua hari lagi.

5. Berdoa dan Bertawakal

Akhir sekali, banyakkan doa dan bertawakal kepada tuhan agar majlis anda berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang dan sentiasa redha dengan perkara luar kawalan yang mungkin akan mencacatkan majlis anda.

Published by
webadmin