Majlis resepsi bertema Glam White Garden menjadi pilihan buat pasangan Amir dan Farah yang berlangsung dengan meriah di Dewan Menara Felda. Dominasi rona putih dan hijau mewarnai ruang dewan.
Di bahagian pelamin kebanyakannya mengenakan ranting dan juraian bunga putih, hydrangea dan juga matthiola di sekeliling pelamin untuk menaikkan lagi serinya.
Selain itu ditambah dengan juraian kristal di bahagian atas pelamin bagi memberikan mood glamor dan eksklusif. Pencahayaan yang mewah memberi kesan yang romantis pada majlis ini selain menaikkan lagi seri majlis dengan kilauan kristal yang bergemerlapan.
Meja beradap juga di hiasi dengan perincian yang mewah. Penggunaan bunga lebih kepada bunga tulip, phalaenopsis putih, hydrangea dan baby breath. Turut di hiasi kristal dan lilin untuk menampakkan kesan romantis di meja makan.
Centre Of Walkway atau juga dikenali sebagai Centre Of Love menjadi daya tarikan pada majlis ini di mana dicetuskan satu centre of walkway yang sangat mewah. Kedudukannya adalah di tengah-tengah dewan dan di sini lebih unik kerana dihiasi dengan juraian tassle, bunga dan juga kristal untuk tampil lebih elegan.
Setiap tetamu yang melalui di bawahnya akan mengambil kesempatan untuk bergambar di situ. Di akhir majlis, centre of walkway ini sebagai tempat menari sebelum mengakhiri majlis.
Meja VIP di hiasi dengan dekorasi bunga yang tinggi untuk menampakkannya eksklusif. Lebihan warna hijau digunakan pada dekorasi ini untuk memberi sedikit kontra pada dekorasi yang lain supaya kelihatan seperti taman di sekeliling dewan.
Kelainan yang di bawa dalam majlis ini adalah di pintu utama ini terdapat lounge area di mana di tengah-tengahnya ada hiasan bunga yang besar dan di sekelilingnya ada bangku untuk tetamu duduk menunggu dan juga bergambar di situ. Selain itu, di sekeliling kawasan luar di hiasi dengan drapes kain velvet putih untuk menaikkan lagi dekorasi di pintu hadapan ini.
Keistimewaan tentang majlis ini lebih kepada lighting effects yang digarapkan. Dekorasi banyak menggunakan kristal di mana bila ada lampu moving head, city lights, menaikkan lagi suasana di dalam dewan.
Dekorasi: Mahligai Creative Weddings
Terima kasih pengantin: Amir & Farah