Memilih majlis yang ringkas dan tertup, penyanyi Noh Salleh selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Athira Mustapa di Puchong.
Noh Salleh Memuat Sekeping Foto
Berita gembira tersebut dikongsi Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, 38, dalam satu hantaran InstaStory dengan memuat naik foto dia dan Athira, 30, duduk di atas pelamin, lengkap dengan busana pengantin berwarna putih.
“Athira dan Noh. 23 September 2023,” tulisnya ringkas dan hanya meletakkan lokasi Tanjung Malim, Perak pada ruangan ‘tag’ lokasi foto tersebut.
Tidak Berkongsi Di Media Sosial
Difahamkan, majlis persandingan vokalis kumpulan Hujan dan Athira yang juga seorang peguam itu juga bakal diadakan di sebuah dewan perkahwinan di Puchong hari ini.
Ads
Noh yang popular menerusi lagu Angin Kencang itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pernikahannya hari ini dalam media sosial.
Pada Mei lalu, pasangan ini melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal pada 7 Mei lalu.
Kad undangan untuk majlis Mohammad Noh Salleh, 38, perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.
Ads
Kenali Fatin Athira Mustapa
1. Seorang peguam, Fatin Athira berkongsi minat yang sama dengan Noh dalam bidang muzik dan memiliki kebolehan bermain gitar.
2. Menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor dan kini menjalankan tugas sebagai seorang peguam.
Ads
Masing-masing Membawa Haluan Hidup
Sekadar info, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.
Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.
Pada Jun lalu, Nina sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang juga penyanyi rap asal Amerika Syarika, Essam Muhammad.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memilih sekat WhatsApp isteri bila bertengkar, Raffi Ahmad menggunakan cara ini kerana tidak mahu pergaduhan jadi semakin besar dan hubungan lagi keruh.
Kalau ikutkan setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menjaga hubungan suami isteri. Namun pilihlah cara yang terbaik, setelah anda tahu hubungan akan makin jernih setelah bertindak sedemikian.
Disarankan oleh Rasulullah SAW, jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring. – [HR Abu Daud 4151]. Bahkan seseorang yang sedang marah disarankan mengambil wudhu untuk meredakan kemarahannya.
Isteri Suka Tulis Panjang-pajang, Raffi Terus Sekat
Bagi selebriti Raffi Ahmad, dia mempunyai cara tersendiri elak gaduh dalam rumahtangga. Dia mengakui tidak selamanya dia dan isteri, Nagita Slavina terlihat romantis seperti dipaparkan di media massa dan mereka juga bertengkar seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun keduanya memiliki cara yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Nagita Slavina mengakui dia gemar menulis whatsapp panjang-panjang untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hatinya. Dia gemar menumpahkan perasaan kesalnya itu melalui tulisan berbanding bergaduh depan-depan.
Tapi malangnya segala curahan hati dan kekesalan TIDAK DIBALAS walau dia menulisnya panjang-panjang, katanya yang berkongsi kisah ini di saluran YouTube Trans TV Official beberapa hari lalu.
Namun Raffi Ahmad mempunyai sikap berbeza. Dia mengambil pendekatan untuk menyekat whatsapp isterinya dan langsung tidak membalas atau melayan emosi marah isterinya itu. Ini satu cara mengelak pertengkaran jadi lebih besar dan melarat.
Fokus Perkara Lain Yang Lebih Penting
Bagi Raffi sendiri, daripada terus melayan situasi yang mungkin boleh jadi makin buruk, lebih baik dia diam seketika, Lagi pun ada banyak lagi benda lain hendak difikirkan.
Begitulah, jika anda pun selalu bertelagah dengan pasangan, mungkin boleh cuba tip Raffi ini untuk menjernihkan keadaan atau salah faham.
Sumber :- Liputan6
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang bingung memikirkan apakah menu yang ingin disajikan pada suami tersayang. Buat anda yang baru berkahwin dan masih belum mahir memasak, boleh cuba resipi-resipi yang mudah.
Antara menu yamg mudah, cepat dimasak dan pastinya membuka selera ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.
1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.
3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.
Ada orang, dapat me time dalam kereta sekejap pun sudah cukup puas. Asal boleh buat apa yang dia suka sekejap tanpa gangguan. Begitulah kepuasan seorang wanita bila jadi isteri dan seorang ibu.
Bak kata saudara Taufiq Razif, dia menghargai penat lelah isteri dengan memberikan me time mengikut keselesaan orang rumahnya.
Ambil Masa Bertenang
Jelasnya, ketika si isteri tercinta penat melakukan kerja, dia akan bersembunyi di dalam kereta sambil bermain telefon atau membaca buku.
Tambahnya juga, beliau akan biarkan isteri di dalam kereta tanpa mengganggunya sehingga puas hati dan bertenang.
Me Time Dalam Kereta
Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta. Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku dan saya akan biarkan saja isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri
Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam extrovert tapi dia ada sisi introvert dia. Semua orang pun macam itu sebenarnya. Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ini spektrum sebenarnya.
Jadi saya akan biarkan saja isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak-anak seharian.
Ruang Untuk Diri Sendiri
Sesekali.. Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian. Masa seorang manusia ada 5 bahagian sebenarnya:
Masa untuk agama dan Pencipta
Masa untuk orang ramai
Masa untuk anak dan keluarga
Masa untuk pasangan
Masa untuk diri sendiri
Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga.