Majlis Ringkas Dan Tertutup, Noh Salleh Kini Suami Athira Mustapa

Share

Memilih majlis yang ringkas dan tertup, penyanyi Noh Salleh selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Athira Mustapa di Puchong.

Noh Salleh Memuat Sekeping Foto

Berita gembira tersebut dikongsi Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, 38, dalam satu hantaran InstaStory dengan memuat naik foto dia dan Athira, 30, duduk di atas pelamin, lengkap dengan busana pengantin berwarna putih.

“Athira dan Noh. 23 September 2023,” tulisnya ringkas dan hanya meletakkan lokasi Tanjung Malim, Perak pada ruangan ‘tag’ lokasi foto tersebut.

Tidak Berkongsi Di Media Sosial

Difahamkan, majlis persandingan vokalis kumpulan Hujan dan Athira yang juga seorang peguam itu juga bakal diadakan di sebuah dewan perkahwinan di Puchong hari ini.

Noh yang popular menerusi lagu Angin Kencang itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pernikahannya hari ini dalam media sosial.

Pada Mei lalu, pasangan ini melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal pada 7 Mei lalu.

Kad undangan untuk majlis Mohammad Noh Salleh, 38, perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.

Kenali Fatin Athira Mustapa

1. Seorang peguam, Fatin Athira berkongsi minat yang sama dengan Noh dalam bidang muzik dan memiliki kebolehan bermain gitar.

2. Menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor dan kini menjalankan tugas sebagai seorang peguam.

Masing-masing Membawa Haluan Hidup

Sekadar info, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.

Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.

Pada Jun lalu, Nina sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang juga penyanyi rap asal Amerika Syarika, Essam Muhammad.

 

Published by
Nadia