Hubungan

Mak Mentua Baik, Tak Cari Salah Menantu Yang Dapat Didikan Berbeza

Share

Memillih untuk jadi mak mentua baik ini akan disayangi menantu, akan membentuk keluarga yang lebih bahagia tanpa salah sangka.

Jangan berharap sempurna dengan oang yang baru masuk dalam keluarga, kena faham yang menantu datang dari didikan berbeza mana mungkin nak mengikut rentak kita. Jadi jangan masuk campur urusan peribadi adik-beradik ipar.

Mak Mentua Baik

Rumah tangga diaorang, pandailah diaorang hadap. Kecuali perlukan pendengar atau nasihat baru kita mendengar. Nak buat gosip porak perandakan hubungan orang memang tidaklah.

Moga nanti jadi mak mertua yang tegas tapi tidak kepoh membawang hal orang apatah lagi anak menantu.

Kita semua nanti akan dapat rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan. Bila dah jadi mak mertua nanti, ingat teguran ini:

1. Kalau anak perempuan, minta saja lah menantu bagi mas kahwin semampunya. Tak payah minta hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah.

2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh saja dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.

3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Suka hati diaorang lah nak susun perabot macam mana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa. Lantaklah diaorang.

4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.

5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, tahulah dia nak hidup.

6. Tak payah gosip dengan anak-anak lain pasal menantu. Ingat, anak kita pun menantu orang juga.

7. Kalau anak dengan menantu bergaduh, bagitau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.

8. Kalau menantu itu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dia lah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal pula.

9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.

10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.

Credit: Normaliza Mahadi

Published by
Nadia