Orang lain nak kahwin, awak pun nak kahwin, tapi sejauh mana anda tidak akan menyusahkan kedua ibu bapa bila hajat itu terlaksana. Ini soalan-soalan yang perlu anda jawab kalau terasa gatal dah nak kahwin nanti.

Duit Nak Kahwin Dah Cukup Ke?

Nak sangat kahwin, tapi loan bank. Hmm lebih baik kumpul duit sendiri kalau dan ready barulah anda boleh cakap nak kahwin. Dari hidup menyusahkan mak ayah nanti, better anda bersusah sekarang. Nak kahwin memang melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Duit selalu menjadi isu yang paling penting dalam membina rumah tangga. Mana-mana ibu bapa pun mesti tak mahu tengok anak mereka terhimpit dengan hutang keliling pinggang.

Mak…Nak Kahwin. Ini Soalan Mak Ayah Kalau Dapat Tahu Anaknya Dah Gatal Nak Kahwin

Hang Nak Solat Subuh Pun Kena Kejut

Omg, kalau macam ni la perangai, macam mana nak bentuk keluarga sakinah. Suami atau isteri kena kuat bab agama, barulah keluarga lebih kukuh dan tidah mudha goyah.

 Dah Pandai Masak Ke?

Yelah, kalau tak reti masak macam mana nak siapkan makan minum suami dan anak-anak. Bukankah itu tanggungjawab seorang isteri?

IKLAN

Mak…Nak Kahwin. Ini Soalan Mak Ayah Kalau Dapat Tahu Anaknya Dah Gatal Nak Kahwin

Dah Khatam Quran Ke?

Ini paling penting! Sebab ini menunjukkan sama ada seseorang itu ada asas agama atau tidak.

Bilik Pun Bersepah, Ada Hati Nak Kahwin

Bilik kalau setiap kali bangun tidur pun mak korang yang kemaskan, sila lupakan hasrat tu ya, lagi-lagi perempuan. Boleh masuk kelas ERT semula dekat sekolah.

IKLAN

Lepas Kahwin Nak Makan Pasir Ke Dik?

Duit semua habis kat majlis perkahwinan yang meriah. Bila duit dah tak ada lepas kahwin, makan biskut marie cicah pasir jelah kot.

Mak…Nak Kahwin. Ini Soalan Mak Ayah Kalau Dapat Tahu Anaknya Dah Gatal Nak Kahwin

IKLAN

Boyfriend/girlfriend Kerja Apa?

Kalau bakal menantu seorang doktor atau peguam, mesti dapat ‘approval’ terus. Silap-silap majlis perkahwinan pun mak bapak ‘sponsor’

Nak Duduk Mana Lepas Kahwin?

Duit yang terkumpul sebelum kahwin tu janganlah habiskan terus kat ‘wedding’. Rancang kewangan betul-betul dan pastikan boleh terus ‘settle down’ dengan pasangan lepas kahwin.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI