Nak sangat kahwin, tapi loan bank. Hmm lebih baik kumpul duit sendiri kalau dan ready barulah anda boleh cakap nak kahwin. Dari hidup menyusahkan mak ayah nanti, better anda bersusah sekarang. Nak kahwin memang melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Duit selalu menjadi isu yang paling penting dalam membina rumah tangga. Mana-mana ibu bapa pun mesti tak mahu tengok anak mereka terhimpit dengan hutang keliling pinggang.
Omg, kalau macam ni la perangai, macam mana nak bentuk keluarga sakinah. Suami atau isteri kena kuat bab agama, barulah keluarga lebih kukuh dan tidah mudha goyah.
Yelah, kalau tak reti masak macam mana nak siapkan makan minum suami dan anak-anak. Bukankah itu tanggungjawab seorang isteri?
Ini paling penting! Sebab ini menunjukkan sama ada seseorang itu ada asas agama atau tidak.
Bilik kalau setiap kali bangun tidur pun mak korang yang kemaskan, sila lupakan hasrat tu ya, lagi-lagi perempuan. Boleh masuk kelas ERT semula dekat sekolah.
Duit semua habis kat majlis perkahwinan yang meriah. Bila duit dah tak ada lepas kahwin, makan biskut marie cicah pasir jelah kot.
Kalau bakal menantu seorang doktor atau peguam, mesti dapat ‘approval’ terus. Silap-silap majlis perkahwinan pun mak bapak ‘sponsor’
Duit yang terkumpul sebelum kahwin tu janganlah habiskan terus kat ‘wedding’. Rancang kewangan betul-betul dan pastikan boleh terus ‘settle down’ dengan pasangan lepas kahwin.