Pernah tak anda mengalami masalah sukar untuk naik berat badan? Makanlah sebanyak mana pun, berat masih sama dan boleh dikategorikan sebagai ‘underweight’.
Untuk individu yang mengalami masalah seperti ini dan masih tidak tahu punca sebenar perkara ini berlaku, kami sertakan perkongsian daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Azurin melalui laman Facebook yang telah menjawab tanda tanya anda semua tentang punca sebenar berat badan sukar untuk naik.
Baca perkongsian penuh Adila Azurin di bawah:
Makan banyak, berat badan tidak naik? Betul ke bestttt?
Buat yang tak tahu, jom baca dulu.
Baru-baru ni Dila selalu share di whatsapp status menu diet eat clean. Ada la kengkawan yang prihatin reply wassap status Dila tu.
“Eleh bukan gemuk mana pun nak diet-diet ni.”
“Boleh bertahan ke makan macam ni je?”
“Ko kan dah kurus weyhhh nak kurus macam mana lagi.”
” Ni gambar yang tunjukkan subcutaneous fat dan visceral fat. Moga insofff.”
” PBF – Percent Body Fat. Normal 18 – 28. Tapi Dila lebih sampai 41.4%. Huaa ni la sebab suka makan mengarut, suka makan fast food, ayam nak yang thight bila order Kepci. 😭”
Ye. Kalau ikutkan memang berat badan Dila sekarang masih lagi kategori normal dan bukan obese. Tinggi 165cm dan berat 62kg. Tapi kan, bukan tu yang menjadi kerisauan Dila sebenarnya.
Dila ni dah lama tak timbang berat badan since bertukar ke Jabatan baru, adalah nak dekat 6 bulan. Baru-baru ni Dila lalu di ofis lama, tergerak hati nak timbang berat badan sebab kat situ ada mesin timbang yang canggih boleh calculate body fat dan visceral fat.
“Visceral Fat pada organ. Tahap normal 100 ke bawah tapi Dila dah lebih sampai 127.3.”
Memang bestkan bila kita makan banyak-banyak tapi berat badan maintain dan tak naik? Tinggu dulu, jangan gembira sangat. Macam Dila la, lepas je timbang berat badan, terkejutnya bila tengok body fat sampai 41.4 sedangkan tahap normal antara 18 – 28%. Tak cukup tu, bila tengok pulak Visceral Fat, memang dah over sampai 127.3 padahal tahap normal bawah 100.
Humm balik tu terus murung tak lalu nak makan, macam biasa salahkan suami. Walaupun dia tak bersalah. Biasalah manusia benda senang boleh salahkan orang lain kenapa nak salahkan diri sendiri. Haha.
Ok kalau yang tak tau visceral fat tu apa meh sini Dila explain.
Lemak dalam badan kita ni ada dua jenis:
Lemak subcutaneous – Lapisan lemak di bawah kulit.
Lemak visceral – Juga disebut lemak intra abdomen. Ini adalah sejenis lemak yang bertimbun di bawah otot dan mengelilingi organ vital. Ia membaluti hati, jantung, usus, ginjal, dan lain-lain organ vital dan menjadi punca kepada banyak penyakit macam sakit jantung, diabetes, stroke, darah tinggi dan lain-lain.
Risau kan bila tau tentang bahayanya lemak visceral ni. Lemak ni jugak la yang buat “spare tyre” dekat perut ni susah nak hilang. Adoiii. Kalau korang nak tahu rupanya sebab lemak visceral yang berlebihan ni la yang selalu buatkan kita rasa :
· Cepat penat, susah bernafas
· Moody – Cepat rasa nak marah
· Stress
· Kurang bertenaga
· Lesu
Yela bila lemak banyak pada jantung memang la rasa cepat penat dan susah nak bernafas dengan baik. Mula rasa moody dan stress bila apa yang kita plan nak buat tu tak menjadi sebab lemak jahat ni. Lepas tu mula nak salahkan orang sekeliling yang rapat dengan kita sampai effect pada suami dan anak-anak. Betul kan?
Tertanya-tanya macam mana nak hilangkan atau turun kan kadar lemak jahat ni kan? Lemak jahat ni boleh hilang bila kita lakukan 3 perkara ni:
1) Ubah gaya pemakanan. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serat serta daging tanpa lemak. Gantikan minyak masak kepada minyak zaitun. (Atau boleh kawal kadar penggunaan minyak biasa). Tukar kaedah masak kepada stim, rebus, panggang atau bakar.
2) Hindari minuman manis terutama yang menggunakan susu pekat manis, produk yang berat dalam lemak tepu, makanan berminyak, makanan segera, makanan sejuk beku seperti sosej, nugget dan makanan bergoreng.
3) Bersenam. Visceral fat akan lebih mudah hilang jika melakukan senaman yang mudah seperti berjalan kaki selama 30 minit, menaiki tangga, jogging, berbasikal atau lain-lain aktiviti kardio.
Sebenarnya bukan kurus yang Dila impikan, tapi Dila nak sihat.
Bila badan sihat, otak cergas. Tak stress uruskan hal-hal kerja dan rumahtangga. Sebab tu wanita dan ibu-ibu di luar sana perlu mula amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat sebab kita ni tulang belakang keluarga.
Bila badan sihat, otak jadi segar, hormon-hormon gembira pun merembes dengan jayanya. Tu yang boleh senyum je pada suami dan anak-anak walaupun bertungkus lumus dari pejabat sambung kerja rumah pula.
Suami dan anak-anak pun happy tengok perubahan kita. Macam tu jugak dengan lelaki, bila badan sihat tu baru la tak ada masalah nak bantu isteri uruskan rumahtangga walaupun baru balik dari kerja.
Diet ni bukan untuk kurus semata mata tapi kita lebih prefer hidup sihat. Kalau yang bukan obese pun ada masalah kesihatan, yang obese tu fikirkan.
Jom sama-sama sihat, rumahtangga lebih bahagia for sure. Masya Allah Tabarakallah nak uruskan bisnes nak berperang dengan agen-agen pun mudah.
#Tag suami/pasangan/kawan baik anda sebab lebih mudah kalau kita amalkan bersama.
Hargai dan sayang diri sendiri, inn shaa Allah orang sekeliling akan lebih menyayangi kita.
❤
“Gambar latest ikutkan tak la tahap obese, pipi pun bukan la melayut layut. Tapi rupanya lemak kat organ tu overdose. Jahatnya lemak tu. Patutlah rasa cepat penat, cepat nak marah.
Ampunnn. Saya akan amalkan gaya hidup lebih sihat.
Saya janji pada awak Adila Azurin, saya akan lebih menyayangi awak. ❤”
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI