Makan Di Tengah Malam Tak Salah, Asalkan Yang Masuk Ke Perut Anda Makanan Ini Saja!

Share

Aktiviti yang padat dan tugas yang bertimbun membuatkan otak perlu bekerja maka jarang anda tidak merasa kelaparan di tengah malam. Padahal, perut sudah diisi dengan makanan yang secukupnya.

Mengisi perut yang berkeroncong di malam hari tidak ada salahnya. Tidak usah merasa berdosa ketika anda perlu makan di waktu itu. Tapi, lebih baik anda mengambil makanan yang sewajarnya dimakan di malam hari. Ini antaranya.

Walau tak berdiet hindari makanan berlemak seperti rendang atau lontong

Mungkin anda bukan orang yang terlalu mementingkan penampilan. Anda pun tidak kisah dengan berat badan tapi tidak ada salahnya juga kan menjaga kesihatan dengan menjaga apa yang anda makan di malam hari. Caranya cukup sederhana, memadai dengan mengurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan zat akan membuat perut anda tidak mudah lapar. Makanan yang kaya dengan zat dan vitamin sebenarnya mudah untuk didapati. Cara memasaknya saja yang perlu anda perhatikan agar menjadi enak untuk dimakan.

Makan sandwic daripada roti gandum kerana ia lebih enak dan membuatkan anda kenyang sampai pagi

Ketika sedang asyik mengerjakan tugas yang perlu disiapkan keesokan harinya, tiba-tiba perut berkeroncong. Rupanya tugas yang bertimbun membuatkan otak bekerja keras sehingga memerlukan tenaga yang lebih. Tak perlu cemas, anda boleh mengisinya dengan roti gandum. Gandum banyak disarankan oleh ahli kesihatan untuk diambil sebelum tidur. Alasannya, gandum dapat membuatkan kita tidur lelap dan mengurangkan keinginan untuk mengunyah kerana gandum dapat meningkatkan kadar triptophan yang mendorong produksi serotonin dalam tubuh.

Supaya roti gandum tersebut dapat anda nikmati dengan sebaiknya, anda boleh mengolahnya menjadi sandwic. Ini yang anda perlukan:

  1. Dua keping roti gandum
  2. Tomato dan timun yang dipotong mengikut cita rasa
  3. Daging merah / dada ayam / tuna / salmon (sesuai dengan cita rasa)
  4. Madu / yogurt

Pertama, rebuslah daging yang sudah anda siapkan. Susun semua bahan. Sebagai pengganti mentega, gunakan madu atau yogurt tawar.

Makan salad buah-buahan yang segar

Buah-buahan segar juga boleh membantu anda mengalas perut yang sedang lapar di malam hari. Kalau anda bosan dengan buah yang begitu-begitu saja, anda boleh  mengolahnya menjadi salad buah yang lebih membangkitkan selera makan. Siapkan buah-buahan segar sesuai dengan cita rasa. Potong kecil-kecil buah-buahan itu. Letak madu dan yogurt menjadi satu. Setelah rata, tuangkan adunan madu dan yogurt ke atas potongan buah. Campur semuanya sampai rata. Salad buah siap untuk dinikmati di malam hari.

Kalau malas makan salad, buah-buahan boleh dijadikan jus segar

Selain salad, anda juga boleh makan buah dan sayur dengan membuatnya menjadi jus yang segar agar tidak bosan. Campurlah sayuran seperti brokoli, lobak merah atau tomato dengan buah-buahan yang memiliki rasa manis seperti epal, pisang atau betik untuk mendapatkan rasa yang nikmat. Anda juga boleh menambahkan daun mint ke dalam jus agar rasanya jadi lebih segar.

Segelas susu rendah lemak akan membuatkan perut kenyang dan tidur lebih lena

Minum susu di tengah malam juga tidak dilarang. Pilihlah susu rendah lemak yang berprotein tinggi. Ini akan membuatkan perut rasa kenyang tapi dalam masa yang sama, ia tidak akan menambahkan lemak. Tidak dinafikan, kandungan zat dalam susu sangat baik untuk tubuh. Minum susu setiap malam akan membuatkan tidur anda lelap dan daya tahan tubuh anda menjadi lebih kuat.

Makan mi segera di malam hari bukanlah berdosa

Bagi anda yang gemar makan mi segera di malam hari, janganlah cemas kerana ada juga mi segera yang rendah lemak dan kalori. Agar lebih nikmat, anda boleh menambahkannya dengan sayur-sayuran dan rebusan dada ayam. Tubuh yang kurus memang awesome tapi yang paling penting ialah tubuh yang sihat. Jika aktiviti anda padat, tubuh anda memerlukan banyak tenaga. Jadi tidak ada salahnya anda mengisi perut bila-bila masa asalkan dengan makanan yang berzat.

Published by
Putri Adila