Jagung memang enak dimakan lebih-lebih lagi ketika masih panas. Pasti ramai yang tidak tahu tentang khasiat jagung yang sebenarnya baik untuk kulit. Jagung kaya dengan nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan dan juga kulit anda.
Pasti ramai yang menganggap jagung hanya sekadar makanan dan snek yang tidak memberi apa-apa kebaikan serta khasiat untuk tubuh badan. Ternyata anda silap! Kami senaraikan manfaat jagung manis untuk anda di luar sana terutamanya bagi mendapatkan kulit yang cantik.
1. Memudarkan Kesan Jerawat
Untuk anda yang mempunyai masalah bekas jerawat, pastinya ia mengganggu penampilan wajah anda kan? Hanya dengan menggunakan jagung yang ditumbuk halus dan sapukan pada bahagian hitam jerawat setiap hari. Jagung kaya dengan vitamin E yang mampu menghilangkan kesan hitam dengan mudah.
2. Membaiki Tekstur Kulit
Jika anda makan jagung secara konsisten, ia mampu buat kulit anda kelihatan lebih glowing kerana kandungan mineral essential dan vitamin yang terdapat di dalam jagung tersebut.
3. Kekal Awet Muda
Walaupun usia semakin bertambah, anda pasti mahu tampak sentiasa muda. Dengan makan jagung sahaja, anda boleh kekal awet muda. Jagung mempunyai tahap antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kulit wajah.
4. Mampu Merawat Kesan Ruam & Iritasi
Sesetengah produk kosmetik ada menggunakan minyak pati jagung di dalamnya kerana jagung juga mampu memulihkan kesan ruam dan menghalang kulit daripada mengalami iritasi.
Sumber: Bukanaku
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI