Pelancaran Lounge In The Sky buat julung kalinya di Asia menjadi antara tarikan utama Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Lounge In The Sky ini mewujudkan detik-detik istimewa dengan membawa semua tetamu bersatu dengan alam semula jadi, satu pengalaman yang tidak pernah diadakan sebelum ini. Pengalaman unik ini harus dicuba oleh semua di mana ia akan membawa semua tetamu 150 kaki ke udara, dengan permandangan bandaraya Kuala Lumpur yang menakjubkan sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan eksklusif selama 45 minit. Daya tarikan yang berasal dari Belgium ini akan ditempatkan di Elements KL, TREC, Jalan Tun Razak dan ia merupakan penambahan kepada beberapa inventori pengalaman dan lokasi santapan unik di bawah kendalian TwoSpicy Entertainment (yang terkenal dengan Dinner In The Sky, Plane In The City & Whimsy) dengan kerjasama Elements KL.

Makan Malam Paling Romantik Dui Sky Lounge pertama Asia

Makan Malam Paling Romantik Dui Sky Lounge pertama Asia

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Lounge In The Sky ini mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri dari reka bentuk platform yang menarik dan turut memberi ruang kepada sesi persendirian kumpulan terdiri daripada empat orang tetamu, kapasiti yang besar hingga boleh memuatkan seramai 32 orang tetamu dalam setiap sesi, dan juga pentas tambahan yang boleh menempatkan persembahan secara langsung seperti yang terdapat di ruang-ruang acara lain.
Lounge In The Sky mematuhi sepenuhnya langkah-langkah keselamatan yang diperlukan serta telah diperakui ciri-ciri keselamatannya oleh TÜV SÜD, organisasi Jerman yang mengesahkan keselamatan kesemua jenis peralatan untuk melindungi manusia dan alam sekitar daripada bahaya. Pengalaman yang tidak harus dilepaskan oleh semua hanya berharga RM199 seorang untuk pakej Kelas Ekonomi, RM299 seorang bagi Kelas Perniagaan dan RM499 bagi pakej Kelas Pertama.

Makan Malam Paling Romantik Dui Sky Lounge pertama Asia Makan Malam Paling Romantik Dui Sky Lounge pertama Asia Makan Malam Paling Romantik Dui Sky Lounge pertama Asia Makan Malam Paling Romantik Dui Sky Lounge pertama Asia
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI