Bila Dietitian pesan makan nasi suku pinggan, ada yang tinggi betul suku nasi dia. Ada pula yang secuit pula suku nasinya.
Bila kata 2 senduk rata, macam-macam saiz pula senduknya. Nasib tak pernah lagi tunjuk saiz senduk kawah.
Jadi ini Cik SAS sertakan gambar biar jelas, terang dan mudah faham bagaimana suku pinggan itu menggunakan konsep pertukaran unit karbo.
1. Bagi wanita, suku pinggan boleh ambil 2-3 pertukaran nasi. Bersamaan 2-3 senduk nasi rata atau 8-12 sudu makan.
Ads
2. Bagi lelaki pula, suku pinggan boleh ambil 3-4 pertukaran nasi. Bersamaan 3-4 senduk nasi rata atau 12-16 sudu makan.
“Kalau nak ambil kurang lagi boleh ke Cik SAS?”
Minimum untuk wanita adalah 2 senduk nasi rata dan 3 senduk nasi rata bagi lelaki untuk 3 kali hidangan utama: sarapan, tengahari dan makan malam.
Ads
Kuantiti ini penting untuk memastikan tubuh badan, fizikal, mental dan emosi kita kekal berfungsi dengan baik walaupun dalam proses penurunan berat badan.
Kalau berdiet tapi cepat melenting, penat ada la tu yang tak kena. Besar kemungkinan terlalu lesu kerana kurang karbohidratnya.
Ads
.
“Kalau tak nak makan nasi, boleh ke Cik SAS?”
Boleh tak ada masalah. Gantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti kentang, ubi keledek, roti, tosei, capati, oat, bubur dan sumber karbohidrat kompleks yang lain.
SUMBER : FACEBOOK Siti Amirah Shalihin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pengantin wanita baju pengantin sememangnya adalah busana yang sangat penting bagi mereka. Ini kerana busana pengantin wanita lebih sukar untuk di buat pilihan berbanding pengantin lelaki. Tidak hanya itu, busana pengantin wanita juga boleh di lihat dalam pelbagai warna, dan corak.
Ia pasti membuatkan si pengantin pening untuk memilihnya! Namun anda ada banyak perkara perlu dipertimbangkan. Imej pengantin impian yang diidamkan sejak zaman remaja, kesopanan, harga, saiz, dan pelbagai kriteria lagi. Jadi, di sini kami berikan 5 tips untuk membuat pilihan baju pengantin yang sesuai dengan majlis perkahwinan anda.
1. Tona Warna Yang Sesuai
Anda perlu mengutamakan warna baju yang sesuai dengan tona warna kulit anda dahulu. Pastikan warna baju tidak membuatkan anda kelihatan pucat atau suram. Pemilihan warna yang sesuai menjadikan anda tampil ceria dan berseri pada hari bahagia anda.
2. Ikut Bajet
Pengurusan kewangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kerana kita perlukannya lagi-lagi jika kita bakal melangsungkan perkahwinan. Tetapkan had harga baju pengantin yang sesuai dengan bajet keseluruhan majlis perkahwinan anda. Sebaiknya jangan menghabiskan terlalu banyak duit semata-mata untuk baju yang hanya dipakai pada hari majlis perkahwinan itu sahaja.
3. Jadi Diri Sendiri
Foto : pinterest
Seeloknya pilihlah baju dengan reka bentuk yang menyerlahkan keperibadian anda. Biarlah ia reka bentuk baju yang sesuai pada mata permandangan semua yang melihat. Namun, jika rekaan tersebut mungkin membuatkan anda merasa janggal, kekok atau sedikit malu. Pilihlah mengikut naluri peribadi anda.
4. Mengikut Tema Majlis
Tema sesuatu majlis bukan sahaja menentukan warna, malahan juga jenis rekaan baju pengantin tersebut. Contohnya, majlis bertemakan tradisional Melayu, baju pengantin songket adalah lebih sesuai digayakan.
5. Biar bersesuaian
Pastikan ukuran dan rekaan bentuk baju pengantin yang dipilih sesuai dengan badan anda. Seringkali kita nampak sesuatu rekaan baju itu cantik dan anggun digayakan oleh model atau patung pameran, tetapi belum pasti ianya sesuai dengan badan anda. Rekaan dan ukuran yang sepadan dengan badan anda boleh menampakkan anda lebih kemas dan anggun. Biar lah pemilihan baju itu selesa untuk dipakai sepanjang majlis perkahwinan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ianya sudah menjadi fitrah seorang wanita yang mempunyai hati yang sensitif berbanding lelaki. Dalam hubungan pula, tidak semestinya wanita saja yang merajuk, lelaki juga mempunyai perasaan dan akan terasa dengan sesuatu perkara, jangan ingat hanya wanita sahaja yang boleh terasa ya.
Lelaki zaman kini lebih sensitif dan mudah tersentuh, tidak bermaksud mereka ini seorang yang lembut tapi kaum adam juga miliki hati dan perasaan. Biarpun mereka sering kelihatan macho, mereka juga mahukan ruang untuk dipujuk. Kaum wanita jangan ambil mudah dengan perkara ini, kerana ini juga memainkan peranan yang penting dalam hubungan. Hari ini, kami akan kongsikan beberapa tips dalam memujuk lelaki.
1. Cari Sebabnya
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan mengetahui mengapa punca lelaki itu merajuk. Jangan hanya biarkan sahaja. Jika anda sedar kesilapan itu berpunca dari anda, berterus-teranglah dan mengakui kesilapan anda. Lelaki seorang yang ego, jangan anda menambah dan mencabar lagi keegoaannya. Lebih baik anda meminta maaf dan mengakui kesilapan untuk meneruskan hubungan yang baik.
2. Berikan Ruang
Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus memberikan penjelasan kepadanya. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.
3. Masak Makanan Kegemarannya
Sebagai tanda meminta maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari diselitkan bersama nota ‘minta maaf’. Kemungkinan selepas membaca nota itu, dia akan menghubungi anda dan keadaan kembali menjadi normal seperti sedia kala. Tak cuba mesti tak tahu kan?
4. Buat Kejutan Untuk Dia
Jika sebelum ini dia ada mengajak anda melakukan sesuatu seperti menonton bola tetapi anda menolak, apa kata kali ini, anda pula yang mengajaknya? Cuba lakukan sesuatu yang si dia gemar dan mungkin dia akan kembali seperti biasa selepas melakukan perkara ini. Cubalah dahulukan?
5. Gunakan Kreativiti Anda
Wanita sering dikatakan kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri. Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda. Apatah lagi dia melihat usaha anda yang bersungguh-sungguh.
6. Kelemahan Diri
Sebagai pasangan si dia, anda pasti tahu kelemahannya bukan? Apa kata anda cubanya untuk memenangi semula hati si dia? Tetapi berpada-padalah, jangan sehingga mencabar keegoan si dia. Jika berlaku, bertambah besarlah masalah anda.
7. Diamkan Diri
Sekiranya usaha yang telah dilakukan tidak berjaya dan si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa maksud sebenar mommy’s boy@anak emak? Adakah ia membawa maksud yang baik kerana semua sudah sedia maklum bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu, ataupun ia banyak mengundang keburukan terhadap hidup seseorang yang digelar anak emak?
Dalam kehidupan ini, setiap kelakuan seharusnya seimbang agar segalanya berjalan dengan lancar. Jika terlebih dan terkurang maka pasti wujudnya ketidak seimbangan dalam situasi ini. Perlakuan lelaki yang terlampau manja dengan emak sedikit sebanyak mampu mengundang maslah kepada pasangan jika tidak ditangani dengan seadilnya.
Menantu bermasam muka dengan mertua, penceraian, tidak puas hati, rungutan dan pelbagai lagi isu berbangkit pasti muncul sekiranya lelaki tersebut merupakan anak emak. Jika lelaki tersebut memiliki pasangan yang memahami, baguslah. Bagaimana pula jika pasangan itu jenis yang tidak mahu mengalah dengan mertua? Parah bukan?! Mari kita selidik ciri-ciri anak emak, baik dan buruknya bergelar anak emak dan pendapat awam mengenai hal ini.
Definisi Anak Emak : Anak yang terlalu manja dengan ibunya. Dalam apa sahaja tindakan pasti emak menjadi rujukan walaupun umur sudah melangkaui tahap dewasa dan matang.
Ciri-ciri Anak Emak:
Manja
Setiap masa ibu memantau pergerakannya walaupun sudah dewasa
Keputusan dalam setiap perkara dirujuk kepada ibu dahulu
Sesetengah dari mereka kurang berusaha kerana kerap dibantu
Mengutamakan pendapat ibu sendiri dari pasangan
Dari segi ekonomi, kadang kala tidak banyak berusaha kerana masih ditampung oleh ibu
Kurang tokoh menjadi pemimpin kerana sering bergantung kepada ibu
Kebaikan Anak Emak:
Sentiasa diberi perhatian
Mendapat layanan terbaik dalam keluarga
Sesetengahnya mewah dari segi ekonomi kerana sering dibantu oleh ibu
Hati dan perasaannya terjaga dari diusik oleh ahli keluarga yang lain kerana sering dibackup oleh ibunya.
Keburukan Anak Emak:
Kurang berkawan/ sering diejek oleh rakan-rakan yang menyedari perlakuan ini
Tidak suka berusaha dan hanya meminta di sokong dalam segala hal.
Mudah putus asa
Ada kalanya, individu ini tidak mampu menjalani kehidupan secara sendirian
Sering berselisihan pendapat dengan pasangan kerana mendahulukan ibu dalam segala hal.
Sentiasa tersepit dan berada dalam dilema untuk mendahulukan ibu sendiri atau pasangan.
Setiap masa kehidupannya berhadapan dengan masalah.
Sebagai seorang suami, lelaki sebegini tidak dapat mengimbangi tanggungjawabnya dengan ibu dan isterinya. Malah dia tidak memahami tanggungjawab sebagai suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!