Makan Pisang & Minum Air Suam Je, Cara Nak Kecilkan Saiz Pinggang Sebelum Majlis Kahwin

Share

Makan pisang setiap pagi membantu menghilangkan berat badan sehingga 5kg dalam masa seminggu. Lebih menarik, diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda. Patutlah diet makan pisang ini menjadi begitu popular selepas penulis, Hitoshi Watanabe berkongsi ilmu menerusi bukunya “The Morning Banana Diet”.

Bagi bakal pengantin boleh cuba diet pisang ini. Caranya, anda hanya perlu makan pisang dan minum air suam setiap pagi. Mudah, bukan?.

Bagi yang berbadan gempal, disarankan bersenam untuk membakar lebih banyak kalori. Amalkan juga makan pisang dan minum segelas air suam pada waktu pagi. Jangan makan sehingga waktu makan tengah hari kerana pisang sarat dengan kanji yang aktif merangsang proses penurunan berat badan.

Berapa banyak pisang anda perlu makan untuk sarapan pagi?

1. Tiada peraturan ketat yang perlu diikuti asalkan ia membuatkan anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.

2. Dahulukan dengan minum segelas air suam pada waktu pagi bagi merangsang metabolisme. Tunggu selama sejam kemudian barulah makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan lagi pisang. Pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.

3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet. Pemakanan yang terakhir hendaklah selewatnya pada jam 8 malam. Tidur awal kerana pakar sains percaya bahawa tidur lewat dikaitkan dengan obesiti.

4. Anda boleh makan apa saja waktu tengah hari dan makan malam, Jika anda berasa lapar antara waktu makan, kudaplah buah-buahan.

Apa istimewanya diet pisang?

1. Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.

2. Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.

3. Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan makan berlebihan pada waktu siang.

4. Jika tidak minum kopi pada waktu pagi, anda mudah mengawal glukosa darah dan selera.

5. Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme. Elakkan makan selepas jam malam. Kurangkan pengambilan alkohol. Diet pisang juga merupakan cara terbaik bagi menghilangkan selulit.

Pisang juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan.

Pisang bagus untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin kerana kandungan nutrisinya seperti kalium dan asid folat. Selain itu, pisang juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang juga bagus untuk kesihatan jantung.

Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang juga dapat menjadi sumber tenaga untuk badan. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan tenaga.

Selain itu, pisang juga membantu:

Menurunkan Berat Badan

Kalorinya yang rendah dapat membantu menurunkan berat badan.

Merawat Jerawat

Caranya, hancurkan pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah. Biarkan beberapa minit dan cuci bersih. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

Mengurangkan Sakit Ketika Haid

Banyak makan pisang ketika haid bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

Mengubati Sembelit

Sebagai alternatif bagi merawat masalah sembelit di samping melancarkan pembuangan air besar.

Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk

Kegatalan pada kulit boleh dikurangkan dengan menggunakan kulit pisang. Ambil kulitnya dan sapu perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.

Meningkatkan Mood

Memakan sejumlah pisang membantu menaikkan mood dan mengurangkan tekanan.

Published by
Ermi Shuzila Mohammad