Tak perlu makan sahur banyak tetapi kalau isteri tahu masakan yang sihat dan mengenyangkan, pasti akan tahan lapar.
Haa… jangan pandang remeh soal memasak, ini pun salah satu cara ikat suami kita, ya! Buat dia rasa lagi sayang.
Untuk mengekalkan tenaga berpanjangan, mereka yang berpuasa perlu memilih menu yang tepat agar tidak ‘kecundang’ di tengah jalan.
Menurut Hello Doktor, terdapat beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan ketika bersahur:
1. Kopi
Salah satu alasan mengapa kopi sebaiknya dielakkan sewaktu sahur adalah kerana sifatnya yang laksatif.
Anda mungkin menyedari kekerapan ke tandas bertambah setelah minum kopi.
Ini disebabkan komponen dalam kopi yang merangsang fungsi usus besar sehingga badan anda kemudian membuang sisa pencernaan lebih cepat.
Ads
Selain itu, sifat asid pada kopi juga dapat mengganggu keadaan perut.
Komponen yang disebut ‘chlorogenic acid’ dapat merangsang peningkatan asid perut.
Kopi juga bersifat diuretik; menggalakkan pengeluaran air daripada badan yang meningkatkan risiko dehidrasi sewaktu puasa.
2. Makanan masin
Contoh makanan yang patut anda elakkan sewaktu sahur untuk mengelakkan rasa haus ialah acar, kacang bergaram, kuaci, serta makanan dalam tin.
Jenis makanan tersebut memiliki kadar garam tinggi sehingga dapat merangsang rasa haus.
Anda juga patut mengurangkan jumlah garam dan perasa makanan yang digunakan dalam masakan.
Ads
3. Karbohidrat sederhana
Elak makanan yang mengadungi karbohidrat sederhana. Jika anda mengambil karbohidrat kompleks, tenaga yang berasal daripada makanan tersebut akan dilepaskan secara perlahan kepada tubuh.
Dengan itu, anda akan memiliki tenaga yang mencukupi untuk jam-jam seterusnya sewaktu berpuasa.
Contoh makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks adalah beras perang, barli, gandum dan oat.
Contoh karbohidrat sederhana adalah gula pasir, susu dan produk tenusu, minuman berkarbonat, gula-gula, kuih muih dan sebagainya.
Bukan bererti anda tidak boleh mengambil karbohidrat sederhana, tetapi imbangkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks untuk membantu anda tetap cergas sepanjang berpuasa.
Ads
4. Makanan pedas
Sama seperti makanan masin, makanan pedas dapat merangsang rasa haus berterusan.
Selain itu, mereka yang menderita keradangan perut disarankan untuk menghindari makanan pedas kerana dapat merangsang peningkatan asid perut sehingga berpotensi menyebabkan sakit pada bahagian atas perut.
Bagi sesetengah orang, makanan pedas juga menyebabkan sakit perut.
5. Makanan lemak tinggi
Pada waktu sahur sebaiknya anda mengurangkan jenis makanan tinggi lemak agar terhindar daripada sembelit atau cirit-birit sewaktu berpuasa.
Sebagai alternatif, anda boleh mengambil jenis makanan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza.
Contohnya menggantikan menu ayam goreng menjadi ayam bakar.
Semoga anda yang baru bergelar isteri, mampu sediakan menu sahur yang berkualiti dan jimat masa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak akhir-akhirnya ini kes isu ‘penyondol’ rumah tangga semakin menjadi-jadi. Tidak kira selebriti, ahli perniagaan mahupun orang biasa, isu penyondol ini sering mendapat perhatian ramai.
Bagi pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau mesra dengan panggilan Che Ta ini tidak bersetuju apabila golongan isteri menyalahkan orang ketiga sekiranya berlaku kecurangan dalam rumah tangga mereka.
Memetik laporan Kosmo, Rozita berkongsi pendapat bahawa golongan suami juga perlu dipersalahkan dalam perkara itu kerana sama-sama ‘naik kepala’.
“Saya tidak suka apabila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pula salahkan perempuan itu.
“Dalam hal ini, kedua-duanya salah. Suami mereka tidaklah baik sangat tetapi kenapa perlu terlalu marah kepada wanita tersebut?” katanya.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya suaminya, Zain Saidin terbabit dalam isu tersebut.
“Kalau suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung perempuan itu.
“Suami yang gatal sebab jika kedua-duanya tidak sama naik, hubungan tersebut tidak akan menjadi.
“Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain semula, bukannya naik hantu dengan perempuan itu,” katanya lagi.
Sementara itu, bintang drama Suri Katriana itu tidak bersetuju dengan tindakan kaum isteri yang suka berkongsi kemelut rumah tangga dalam media sosial.
Baginya, perkara tersebut diibaratkan membuka pekung di dada sendiri terutama perihal rumah tangga.
“Saya tidak bersetuju tentang aibkan suami dalam media sosial.
“Ibaratnya, tepuk air dalam dulang tetapi akhirnya tepercik pada muka sendiri.
“Lebih baik diam. Saya tabik dengan cara Mizz Nina, terus ke pejabat agama,” ujarnya.
Tidak menghala isu ini kepada mana-mana pihak, dia cuma berharap mana-mana individu berfikir panjang sebelum meluahkan sebarang hal sensitif dalam media sosial kerana bimbang mencetuskan hal lain.
“Sebagai isteri, berdosa buka aib suami kepada umum, jika marah atau hendak berpisah, terus ke pejabat agama.
“Boleh jika nak lepaskan rasa marah, tulis semua dalam media sosial kemudian padam.
“Jika luahkan dan tuju kepada seseorang, belum tentu dia baca. Tanpa sedar, luahan yang dilakukan timbulkan fitnah kepada orang lain pula.
“Kalau marah suami, kenapa hendak beri 50 juta orang tengok, marahlah dia terus,” ujarnya lagi.
Kenapa? Mungkin itulah persoalan orang ramai apabila Lesti Kejora membuat keputusan untuk menarik balik laporan polis berkaitan tentang keganasan rumahtangga yang dilakukan suami, Rizky Billar. Mungkin kerana sayang dan memikirkan tentang anak yang masih kecil mungkin menjadi sebab Lesti bertindak sedemikian.
Kredit foto: Instagram Lesti Kejora
Menurut laporan dari media Indonesia, sebaik pulang dari mengerjakan umrah, Lesti terus menarik balik laporan polis. Manakala, Rizky yang ditemui media pula enggan memberikan komen tentang keputusan yang diambil isterinya.
Dari laporan Detik Hot, Rizki memberitahu bahawa dia menyesal memukul isterinya sehingga mendatangkan kecederaan. Perkara itu menjadi pengajaran besar buat dirinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Kredit foto: Instagram Lesti Kejora
Kredit foto: Instagram Lesti Kejora
Ada juga sumber memberitahu bahawa Ustaz Subkhi, yang bersama-sama Lesti ketika mengerjakan umrah menyampaikan sesuatu yang begitu menusuk kalbu tentang Lesti.
Selain tubuhnya yang kelihatan semakin kurus, Lesti dilihat seperti menyimpan pelbagai ‘beban’ dalam hatinya. Namun wajahnya tetap kelihatan tenang dan sentiasa meluangkan masa begitu lama di hadapan Kaabah walaupun sudah terik matahari!
Kredit foto: Instagram Lesti Kejora
Keputusan untuk kembali ke pangkuan suaminya Rizky adalah kerana dia tidak mahu satu hari nanti, anaknya Muhammad Leslar Al-Fatih Billar mengetahui tentang bapanya yang pernah menyarungkan unifom penjara.
Semoga apa yang berlaku kepada Lesti Kejora tidak akan diulangi Rizky Billar. Kesakitan seorang isteri adalah ketakutannya sepanjang hidup. Untuk kembali menjadikan hubungan mekar bahagia, suami perlu ada kesungguhan untuk berubah. Itu fakta!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak tunggal sering dilabel sebagai anak yang manja kerana dia merupakan satu-satunya anak dalam keluarga. Ramai menganggap berkahwin dengan anak tunggal ini sebagai satu beban kerana dikhuatiri kehidupannya dikawal oleh ibu bapanya.
Sebenarnya, tidak semua anak tunggal begitu. Semuanya bergantung pada cara didikan ibu bapanya. Jangan sesekali berfikiran negatif kepada anak tunggal. Kenali dulu diri dan keluarganya.
Jika anda bakal berkahwin dengan pasangan anak tunggal, ini antara karakter mereka yang perlu anda tahu. Good luck guys!
1. Mementingkan Privasi
Disebabkan anak tunggal sudah terbiasa hidup sendiri, mereka sangat mementingkan privasi dan ibu bapa mereka juga memberi ‘ruang’ kepada mereka. Sebab itu ramai yang menganggap anak tunggal ini sombong. Padahal, mereka bukan begitu.
2. Lebih Teratur
Jika mereka dididik dengan baik, mereka akan menjadi seorang yang teratur. Malah, lebih teratur dari anak yang ada kakak atau abang.
3. Berdikari
Sewaktu kecil, mereka memang sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka pasti boleh hidup berdikari. Ini kerana mereka sudah terbiasa melakukan semuanya sendiri.
Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, mereka tentunya sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.
5. Akan Jadi Menantu Kesayangan
Sudah tentu anda akan jadi satu-satunya anak menantu pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda merupakan anak tunggalm hargailah mereka. Ntah-ntah, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.
6. Suka Luangkan Masa Di Rumah
Kebanyakan anak tunggal lebih suka meluangkan masa di rumah ibu bapa. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan dan jarang untuk keluar rumah. Jadi, anda tidak perlu risaukan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!