Tak perlu makan sahur banyak tetapi kalau isteri tahu masakan yang sihat dan mengenyangkan, pasti akan tahan lapar.
Haa… jangan pandang remeh soal memasak, ini pun salah satu cara ikat suami kita, ya! Buat dia rasa lagi sayang.
Untuk mengekalkan tenaga berpanjangan, mereka yang berpuasa perlu memilih menu yang tepat agar tidak ‘kecundang’ di tengah jalan.
Menurut Hello Doktor, terdapat beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan ketika bersahur:
Salah satu alasan mengapa kopi sebaiknya dielakkan sewaktu sahur adalah kerana sifatnya yang laksatif.
Anda mungkin menyedari kekerapan ke tandas bertambah setelah minum kopi.
Ini disebabkan komponen dalam kopi yang merangsang fungsi usus besar sehingga badan anda kemudian membuang sisa pencernaan lebih cepat.
Selain itu, sifat asid pada kopi juga dapat mengganggu keadaan perut.
Komponen yang disebut ‘chlorogenic acid’ dapat merangsang peningkatan asid perut.
Kopi juga bersifat diuretik; menggalakkan pengeluaran air daripada badan yang meningkatkan risiko dehidrasi sewaktu puasa.
Contoh makanan yang patut anda elakkan sewaktu sahur untuk mengelakkan rasa haus ialah acar, kacang bergaram, kuaci, serta makanan dalam tin.
Jenis makanan tersebut memiliki kadar garam tinggi sehingga dapat merangsang rasa haus.
Anda juga patut mengurangkan jumlah garam dan perasa makanan yang digunakan dalam masakan.
Elak makanan yang mengadungi karbohidrat sederhana. Jika anda mengambil karbohidrat kompleks, tenaga yang berasal daripada makanan tersebut akan dilepaskan secara perlahan kepada tubuh.
Dengan itu, anda akan memiliki tenaga yang mencukupi untuk jam-jam seterusnya sewaktu berpuasa.
Contoh makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks adalah beras perang, barli, gandum dan oat.
Contoh karbohidrat sederhana adalah gula pasir, susu dan produk tenusu, minuman berkarbonat, gula-gula, kuih muih dan sebagainya.
Bukan bererti anda tidak boleh mengambil karbohidrat sederhana, tetapi imbangkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks untuk membantu anda tetap cergas sepanjang berpuasa.
Sama seperti makanan masin, makanan pedas dapat merangsang rasa haus berterusan.
Selain itu, mereka yang menderita keradangan perut disarankan untuk menghindari makanan pedas kerana dapat merangsang peningkatan asid perut sehingga berpotensi menyebabkan sakit pada bahagian atas perut.
Bagi sesetengah orang, makanan pedas juga menyebabkan sakit perut.
Pada waktu sahur sebaiknya anda mengurangkan jenis makanan tinggi lemak agar terhindar daripada sembelit atau cirit-birit sewaktu berpuasa.
Sebagai alternatif, anda boleh mengambil jenis makanan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza.
Contohnya menggantikan menu ayam goreng menjadi ayam bakar.
Semoga anda yang baru bergelar isteri, mampu sediakan menu sahur yang berkualiti dan jimat masa.