Hantaran adalah perkara ‘wajib’ ada dalam sesebuah majlis pertunangan mahupun pernikahan. Lazimnya pasangan mempelai yang bakal disatukan akan memikirkan apakah hantaran yang bersesuaian untuk diberi.
Bagi anda yang masih tiada idea apa nak diberi. Lihat ‘list’ di bawah ini yang sememangnya sedap dan mengenyangkan!
1. Swiss-roll batik
Kalau dah bosan dengan kek, kali ni apa kata cuba swiss-roll batik pula. Bukan sahaja coraknya yang menarik tetapi juga rasanya yang sangat lazat!
2. Madu
Kalau orang dulu tak mampu beli madu kerana harganya yang mahal. Daripada asyik beri buah lebih baik bagi madu. Khasiat pun banyak. Pasti mereka suka dengannya.
3. Chocolate cheese tart
Kalau pasangan anda tu memang seorang ‘hantu’ coklat. Ini adalah idea yang bagus. Selain daripada memberi coklat kotak anda boleh beri chocolate cheese tart. Ia juga tak mudah cair seperti kebiasaanya coklat.
4. Teh
Romantiknya bila teh dijadikan hantaran. Teh juga boleh dijadikan hantaran mewah kerana aroma dan kualiti teh dari beberapa jenama seperti Dilmah atau TWG umumnya sangat berkelas untuk dijadikan pemberian istimewa buat yang tersayang.
5. Macaroons
Senang dan mudah untuk dimakan, dan dibawa. Takdelah berat-berat nak bawa dulang hantaran nanti. Comel pun comel dan sedap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayuh Isteri, Persiapkan Dengan Mental & Fizikal. Ini 8 Cara Untuk Anda Tangani Suami Ego!
Lelaki memang terkenal dengan sikap ego yang tinggi. Namun, sikap in boleh mencetuskan perbalahan di dalam rumah tangga sekiranya ia tidak dikawal. Mereka lebih cenderung untuk menang dalam perbalahan bersama isteri. Si Isteri perlu memiliki persediaan secara mental dan fizikal untuk mengendalikan suami ego lebih lagi jika ia ditunjukkan hanya selepas berkahwin.
Mengahwini lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mungkin menyukarkan usaha pembangunan perhubungan malah ia juga dilihat memberi kesan yang tidak baik terhadap institusi perkahwinan itu sendiri. Jom kita lihat 8 cara dan panduan untuk tangani suami yang mempunyai sikap ego!
1. CARI MASA YANG SESUAI
Carilah masa yang sesuai untuk bercakap dan berkongsi rasa, idea dan apa jua perkara dengan pasangan. Maklumkan pada suami betapa pentingnya dirinya dalam hidup anda. Beritahunya anda perlukan perhatian dan masanya untuk mendengar sedikit luahan rasa. Bantulah suami faham akan konsep ‘give and take’ tanpa mengharap dia mengetahui dan melaksanakannya secara keseluruhan.
2. GUNAKAN “I” STATEMENTS
Apabila berkongsi sesuatu perkara, mulakan ayat dengan ‘I’ (saya atau panggilan diri). Contohnya, “I feel hurt when you interrupt and do not listen to me” menunjukkan bahawa anda bertanggungjawab terhadap perasaan sendiri dan tidak menyalahkan pasangan. Berbanding dengan ayat “You never listen to me” akan membuatkan pasangan menjadi defensif dan akhirnya bermula pertengkaran.
3. BERTOLERANSI DALAM KOMUNIKASI
Berjaga dengan perasaan dan emosi anda. Kekal bertoleransi dan bukannya bertengkar dengan suami kerana perlu difahami tiada apa yang boleh dicapai dari pertengkaran yang berpanjangan terutama dengan suami yang egonya tinggi. Agak sukar untuk mengawal dirinya tetapi adalah lebih mudah mengawal emosi dan reaksi anda ketika berkomunikasi dengannya.
4. BERBINCANG DENGAN BAIK
Dalam membincangkan sesuatu perkara, jika kelihatan ada percanggahan dan mula menyentuh perilaku atau menyerang peribadi pasangan seperti menghina, menengking, mengejek atau menyentuh perkara yang negatif, ketahuilah bahawa situasi tersebut tidak lagi sihat dan produktif. Sebaiknya, fokus pada isu yang ingin diselesaikan bukannya diri pasangan yang dibahaskan.
5. MASA YANG SESUAI
Carilah masa yang sesuai untuk bercakap dan berkongsi rasa, idea dan apa jua perkara dengan pasangan. Maklumkan pada suami betapa pentingnya dirinya dalam hidup anda. Beritahunya anda perlukan perhatian dan masanya untuk mendengar sedikit luahan rasa. Bantulah suami faham akan konsep give and take tanpa mengharap dia mengetahui dan melaksanakannya secara keseluruhan.
6. HARGAI PANDANGAN PASANGAN
Belajarlah untuk menghargai dan memahami antara satu sama lain. Walaupun tidak bersetuju dengan pandangan pasangan namun cubalah untuk mendengar dan memahami pandangannya terlebih dahulu. Hargai pendapatnya dan maklumkan juga yang anda akan gembira jika dia membuat perkara yang sama. Berterima kasihlah pada pasangan jika kata anda didengari dan pujilah akan usaha yang dilakukannya itu.
7. BERHENTI DI LAMPU MERAH
Apabila anda dan pasangan saling berbalah, amat penting jika salah seorang mengalah dan berhenti di ‘lampu merah’. Ambillah masa bertenang dengan melakukan perkara lain sendirian. Apabila keadaan kembali baik dan selamat, anda dan pasangan boleh menyelesaikan semula isu yang tertangguh dengan cara lain yang lebih baik pendekatannya.
8. BERDOA
Ego adalah salah satu penyakit hati yang tiada ubatnya di hospital dan klinik. Namun penawarnya ada pada Illahi. Hanya perlu diminta daripadaNya dan selebihnya berusahalah untuk memperbaiki diri. Mohonlah pada-Nya agar suami tidak lagi berego tinggi selain diberikan kekuatan, kesabaran, dan panduan yang berterusan dalam menghadapi suami sebegini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Masuk Usia 35 Tahun Hingga 40 Tahun, Pasangan Akan Banyak Terima Ujian
Umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²
Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 – 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya…?!
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Jom Hijrah
kredit: pesan bonda
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Ibu Bapa Yang Nak Hilangkan Parut Demam Campak Anak-Anak
Anak terkena demam campak buat ibu-ibu mula runsing. Selain memikirkan susu yang turun naik secara mendadak, masalah parut yang bakal ditinggalkan juga buat ibu mula risau. Risau jika parut kekal hingga dewasa. Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut. Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut. Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur ; Beberapa tangkai daun asam gelugur ; Bedak sejuk
Caranya: Basuh bersih daun asam dan daun melur. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak. Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak. Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI