Outdoor photoshoot adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan baik bagi jurufoto mahu pun untuk subjek (model, pengantin dan sebagainya). Kena pulak kalau dah dapat lokasi yang menarik, kadang-kadang aktiviti yang perancangan asalnya hanya 2 jam boleh terlajak sehingga 4-5 jam.

Kami kongsikan beberapa perkara penting yang perlu diambil berat untuk melakukan sesi outdoor photoshoot.

Malu Nak Bergambar Outdoor, Pengantin Baru Kena Belajar Teknik Ni Supaya Selesa Depan Kamera Nanti
Kredit: Tangkap Pictures

1.Kenal pasti tema yang ingin diketengahkan bagi sesi tersebut. (santai, tradisional, bollywood, picnic, rock chic, retro, alien, puteri, fantasi dan macam-macam lagi).

 

2. Setelah dapat tema, kenal pasti pula lokasi yang sesuai. Ini kerana tema dan lokasi mestilah selari. Contohnya jika tema rock chic lokasi yang sesuai rasanya tentulah dilorong-lorong bangunan yang agak usang, dengan latar belakang grafiti. Lokasi sedemikian tentulah tidak sesuai jika bertema pakaian tradisional.

Pastikan juga lokasi yang dipilih bukanlah tempat yang dilarang untuk penggambaran. Ada setengah tempat seperti Empangan Batu di Ulu Yam yang meminta surat kebenaran dari pihak berkuasa bagi aktiviti penggambaran. Ada juga tempat seperti FRIM di Kepong dan Botanical Garden di Putrajaya yang mengenakan bayaran untuk penggambaran.

Ads

 

3. Tetapkan waktu yang sesuai untuk memulakan penggambaran. Ada setengah-setengah tempat tidak sesuai pada waktu-waktu tertentu. Sebagai contoh, Taman Layang-Layang di Kepong (Taman Metropolitan) mempunyai terlalu ramai pengunjung selepas pukul 5.00 petang. Untuk ke sana adalah dinasihatkan sebelum pukul 4 petang agar mudah mencari tempat letak kereta.

Bawalah props yang sesuai. Penggunaan props dapat membantu menghidupkan lagi suasana. Ia membantu subjek agar tidak kelihatan kaku. Contohnya jika mereka membawa belon, mereka boleh mengarahkan tumpuan kepada belon. Dengan cara ini mereka akan kelihatan lebih santai dan tidak kaku.

Subjek iaitu model atau pengantin amat digalakkan untuk membawa props mereka sendiri. Antara contoh-contoh props adalah seperti gitar, buih sabun, kincir angin berwarna-warni, beg pakaian bentuk kotak, layang-layang dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan haiwan kesayangan, basikal, motorsikal dan kereta sebagai props.

 

Ads

4. Bawalah teman anda. Ada beberapa kelebihan jika membawa seorang atau lebih teman. Yang pertama ialah mereka dapat membantu memeriahkan sesi penggambaran. Yang kedua mereka boleh membantu dalam penjagaan barang-barang. Kadang-kadang kita akan membawa bermacam barangan semasa fotoshoot.

Ini termasuk alat solek, beg tangan, handphone, ipad, tab, pakaian dan lain-lain lagi. Jika tidak ada yang menjaga dikhuatiri ada pula pencuri yang bawa lari. Yang ketiga ialah mereka ini juga boleh diajak sama untuk bergambar.

Malu Nak Bergambar Outdoor, Pengantin Baru Kena Belajar Teknik Ni Supaya Selesa Depan Kamera Nanti
Kredit: Tangkap pictures

5. Bawa tisu, span solekan atau tuala lembut. Kadang-kadang penggambaran luar atau outdoor dilakukan dalam cuaca yang agak panas. Ini akan menjadikan kita berpeluh dengan mudah. Oleh itu tisu atau tuala lembut amat penting bagi mengelap peluh. Dapatkan juga nasihat dari jurusolek anda tentang cara yang betul bagi mengelap peluh agar tidak menjejaskan solekan anda.

Ads

6. Bawa selipar atau sandal. Jika mengenakan kasut tumit tinggi semasa photoshoot anda dinasihatkan untuk membawa bersama sepasang selipar atau sandal. Ini kerana sepanjang penggambaran outdoor anda mungkin perlu berjalan agak jauh dan mungkin dipermukaan yang tidak sesuai untuk kasut tumit tinggi. Anda bolehlah bertukar kepada sandal dulu untuk berjalan bagi memudah dan mempercepatkan pergerakan.

Pastikan keselamatan di lokasi. Anda perlu berhati-hati bagi melakukan photoshoot di tempat yang dipilih. Lokasi seperti bangunan lama yang tidak berpenghuni mungkin mempunyai risiko seperti tempat penagih dadah mahu pun tempat tinggal makhluk halus (ini merupakan perkara benar!).

Bagi tempat sebegini, melakukan photoshoot secara berkumpulan adalah amat digalakkan. Photoshoot di dalam hutan juga mempunyai risiko tersendiri seperti binatang buas, haiwan berbisa dan sebagainya.

 

7. Hormatilah pengguna lain. Jika tempat yang anda lakukan photoshoot ada ramai pengunjung atau pengguna lain hormatilah mereka. Jika anda memerlukan ruang untuk photoshoot mintalah dengan sopan dari mereka. Biasanya mereka akan memberi kerjasama yang amat baik. Bahkan ada juga yang turut membantu.

Kredit: Wedpedia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI