Fesyen

Man Kajang, Raja Songket Busana Kahwin Melayu Tawar Harga Terbaik Buat Bakal Mempelai

Share

PKP atau tidak, busana pengantin tetap menjadi keutamaan bakal pengantin. Ada yang sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan (maklumlah bila PKP, banyak hal nikah kahwin terpaksa ditunda atau diawalkan tanpa sangkaan) termasuk memilih busana yang anggun untuk hari bahagia.

Pereka fesyen yang begitu terkenal dengan persalinan busana pengantin dari material songket, Man Kajang sentiasa membuatkan dunia perkahwinan tidak pernah sunyi. Hasil rekaannya begitu klasik dan tampak segar biarpun dalam persalinan yang sopan. Bagi anda yang sukakan konsep klasik namun masih ada elemen kontemporari, sudah pasti anda berpuas hati dengan rekaan Man Kajang.

 

35 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen, Man Kajang tidak pernah sepi dari kunjungan pelanggan terutamanya bakal mempelai. Dalam suasana penularan Covid-19 gelombang ketiga ini, perniagaannya masih tetap berjalan dengan baik.

“Alhamdulillah, so far tidak terkesan sangat kerana saya masih mereka baju untuk pengantin. Walaupun mereka berkahwin dalam majlis kecil di masjid namun mereka tetap mahu kelihatan cantik dan elegan. Hanya minimalis tetapi aura mega tetap ada.

 

Memang sejak dahulu lagi saya suka bermain dengan songket. Sama ada klasik atau tradisional, songket mampu mengindahkan seseorang pengantin. Paling penting, ia sopan, kemas dan tidak menjolok mata.

Kebanyakkan pelanggan saya adalah untuk orang-orang kenamaan namun saya juga boleh mengikut bajet yang pengantin ada. Busana yang saya hasilkan adalah serendah RM5,000 dan ke atas. Lebih baik mengukur baju di badan sendiri. Sebagai pereka fesyen, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk ‘guide’ mereka memilih fabrik yang sesuai dengan tubuh. Itu paling penting!

 

Menurut Man, busana pengantin paling mahal pernah dihasilkan adalah untuk pasangan kerabat.

“Perincian untuk songket itu sangat mewah. Ia adalah sulaman goyang dengan padanan manik dan renda mewah. Ia juga adalah 100 peratus jahitan tangan. Busana untuk lelaki dan perempuan ini dihasilkan dalam masa tiga bulan dan berharga RM50,000! Inilah busana paling mahal pernah saya hasilkan tahun lalu. Warna biru gelap dan kelabu menjadi gabungan yang sangat indah buat persalinan pasangan ini.”ujarnya.

 

 

Published by
Anis Nor