3 Hikmah Kenal Sebelum Nikah
Mengenal bakal pasangan sebelum bernikah merupakan cara yang terbaik yang dianjurkan oleh Islam. Apabila kita kenal bakal pasangan, ia akan membantu calon membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perhubungan dengan bernikah atau sebaliknya. Berikut adalah beberapa hikmah mengenal pasangan dahulu sebelum bernikah.

Mana Best, Bercinta Dulu Atau Bercinta Lepas Nikah Nanti?

1. Kenal Lebih Dalam
Untuk mengenali seseorang, ia bergantung kepada individu tersebut. Ada orang mungkin memerlukan masa yang lebih lama dan sebahagian yang lain pula tidak memerlukan masa yang terlalu lama. Apabila kita mempunyai masa dan peluang untuk kenal seseorang itu, kita boleh mengetahui latar belakang si dia dengan lebih mendalam. Jadi, banyak perkara yang akan kita tahu dan daripada situ juga kita boleh menilai calon suami atau isteri kita itu.

2. Melihat Rupa Bakal Pasangan
Apabila kita mengenali bakal pasangan sebelum bernikah, biasanya secara tidak langsung kita akan tahu bagaimana rupa dan wajah bakal pasangan kita itu. Benar, rupa paras bukanlah jaminan kebahagian rumah tangga. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada sifat yang menginginkan sesuatu yang cantik pada mata kita. Cantik pula adalah sesuatu yang subjektif. Tidak sama citarasa setiap orang.

3. Bersedia Lebih Awal
Hikmah yang seterusnya jika kita kenal sebelum nikah adalah kita dapat bersedia. Bersedia di sini bermaksud bersedia untuk menerima segala kekurangan yang diketahui semasa proses taaruf (kenal). Ini adalah untuk mengelakkan kita daripada ‘terkejut’ dan merasa tertipu jika hanya dimaklumkan selepas kahwin.

IKLAN
Mana Best, Bercinta Dulu Atau Bercinta Lepas Nikah Nanti?

Bercinta Selepas Nikah
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, bercinta selepas nikah lebih popular daripada kenal sebelum nikah. Ia tidak salah. Yang salah ialah apabila tidak kenal langsung sebelum nikah. Apabila sudah bernikah dengan si dia dan jika bermasalah kelak, maka semuanya sudah terlambat.

Bak kata orang tua-tua, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata atau perbuatan buruk padahnya’. Oleh sebab itu, andalah yang perlu mengubah pemikiran sebegini.

Pandangan Saya
Bagi mengelakkan berlakunya kes-kes penipuan sebelum pernikahan, disarankan kepada calon untuk mengenali siapa bakal pasangan mereka sebelum berkahwin lagi. Jika mahu bercinta selepas nikah, silakan tetapi kenalilah pasangan anda sebelum nikah. Caranya ialah anda sendiri bertaaruf dengan si dia. Jika tidak mampu, mintalah tolong daripada pihak ketiga seperti ibubapa atau orang yang anda thiqah (percaya) untuk membantu anda bertaaruf dengan si dia.

IKLAN

Andai kata anda dan bakal pasangan dalam proses kenal, tiba-tiba timbul perasaan cinta dan sayang itu juga bukan dosa. Perasaan cinta adalah normal dan lumrah manusia biasa. Namun sebagai Muslim, sewajibnya kita menjaga segala perbuatan dan tingkah laku kita supaya tidak terjebak dengan perbuatan maksiat kepada Allah S.W.T.

Mana Best, Bercinta Dulu Atau Bercinta Lepas Nikah Nanti?

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Isra yang bermaksud:

IKLAN

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

(Surah Al-Isra: Ayat 32)

Akhir kata, sekali lagi saya mahu tegaskan bahawa bercinta selepas nikah dibolehkan. Namun, pasangan yang mahu berkahwin seeloknya mestilah mengenali siapa bakal pasangan mereka sebelum nikah agar mereka tidak merasa tertipu kelak setelah bernikah. Walllahualam.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI