Melangkah ke alam perkahwinan merupakan momen yang amat mendebarkan bagi setiap perawan. Sebelum berlangsungnya hari yang penuh bermakna itu, pelbagai persiapan perlu dibuat. Sesibuk mana pun membuat persiapan perkahwinan, penampilan diri harus dijaga.
Pada masa kini bakal ratu sehari boleh mendapatkan pelbagai jenis rawatan bagi ‘membersihkan’ dan mencantikkan kulit khususnya menanti hari yang penuh bermakna itu. Terdapat banyak spa dan pusat kecantikan yang menyediakan rawatan bagi meraikan bakal mempelai.
Istimewa untuk bakal pengantin, MBH MediSpa menyediakan pelbagai perawatan bagi memenuhi kehendak mereka yang ingin membelai wajah sebelum hari perkahwinan. Di sini, pelanggan dilayan bagaikan puteri bagi memastikan semua pelanggan mendapat perkhidmatan yang terbaik.
MBH MediSpa yang lebih banyak menumpukan rawatan wajah diuruskan oleh Yaya Mohammad selaku Pengasas bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Shida Mohammad. Spa yang berpaksikan bidang rawatan kecantikan dan kesihatan ini mempunyai 13 buah cawangan antaranya di Shah Alam, Bangi, Senawang, Johor Bahru, Ipoh dan Sungai Petani.
RAWATAN MASALAH RAMBUT
MBH Medispa yang terkenal dengan spa estetik untuk kecantikan juga telah melangkah setapak lagi apabila membuka pusat rawatan rambut, MBH Haircare. Terletak di Jalan Reko Kajang, MBH Haircare ini mengetengahkan rawatan dan set penjagaan rambut dengan gabungan rawatan tradisional serta teknologi terkini khusus untuk mereka yang bermasalah dengan rambut gugur, botak dan kulit kepala.
Berbanding MBH Medispa, MBH Haircare lebih memberikan fokus kepada masalah rambut. Pusat rawatan rambut ini menyediakan pengalaman berbeza berbanding pusat-pusat rawatan rambut yang lain. Antara rawatan yang menjadi pilihan ramai ialah MBH Oxynano Idaman, MBH Ayur Theraphy Oil dan MBH Signature Tricho.
Rata-rata rakyat Malaysia berisiko untuk mengalami masalah rambut terutamanya keguguran yang boleh menyebabkan kebotakan. Faktor yang menyebabkan masalah ini terjadi antaranya ialah keturunan, pemakanan dan umur. Tidak hanya tertumpu hanya untuk golongan wanita, MBH Haircare juga disasarkan untuk golongan lelaki.
Meskipun MBH Haircare dibuka untuk golongan lelaki dan juga wanita, namun MBH Haircare turut menitikberatkan keperluan untuk wanita berhijab. Ruang rawatan dan konsultansi yang lebih tertutup dan selesa disediakan tanpa mengabaikan soal penjagaan aurat. Untuk perancangan akan datang pula, MBH MediSpa dan MBH Haircare akan dihimpunkan di bawah satu bumbung namun ia dibuka untuk cawangan tertentu sahaja.
DEKORASI YANG MENDAMAIKAN
Tatkala kaki melangkah ke MBH MediSpa cawangan Ampang, anda bakal disambut dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir setiap kakitangan spa. Kemesraan ketika melayan kedatangan pelanggan menambah keasyikan terutamanya bagi anda yang datang untuk merehatkan badan atau menjalani rawatan tertentu.
Susunan dekorasi yang santai dan cosy di bahagian lobi saat menyambut tetamu menjadi damai melihat panorama yang sejuk mata memandang. Dihadirkan serba lengkap dengan perabot yang ringkas, gandingan rona pada dinding, perabot, kemasan lembut dan aksesorinya berjaya menghidupkan tema yang diinginkan.
Sofa berlengan rona hijau terlihat serasi bergandingan. Pemakaian lantai kayu berlamina pula membentuk jalur-jalur yang kontras memberi nilai tambah pada definisi ruang. Bilik-bilik rawatan juga cukup luas, selesa dan dilengkapi penghawa dingin. Turut disediakan bilik rawatan khas buat pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan rawatan kecantikan namun ia memerlukan pelanggan membuat temu janji terlebih dahulu bagi memudahkan urusan.
Bercerita tentang rawatan yang ditawarkan di spa ini, ia bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh setiap pelanggan. Buat bakal mempelai yang bakal melangsungkan perkahwinan, dicadangkan untuk mendapatkan rawatan wajah dua bulan sebelum majlis. Bakal mempelai juga boleh memulakan proses rawatan wajah seawal enam bulan sebelum melangkah ke jinjang pelamin untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
Perkhidmatan di MBH Medispa bukan sahaja tertumpu pada facial biasa malah lebih berkonsepkan rawatan intensif yang merawat masalah kulit wajah bergantung kepada masalah yang dihadapi. Antara rawatan-rawatan wajah yang sesuai untuk bakal ratu sehari ialah rawatan Dermapen Microneedle, MBH Instant Crystal Glow, Oxydermal Hydrating Treatment dan MBH Carbon Snow.
BELAIAN RATU SEHARI
Untuk rawatan MBH Instant Crystal Glow iaitu rawatan pencerahan kulit wajah, ia boleh dilakukan seminggu sebelum majlis perkahwinan. Buat bakal mempelai yang mengalami masalah kulit wajah disarankan untuk mendapatkan rawatan ini dua minggu sebelum majlis berlangsung.
“Kelebihan rawatan MBH Instant Crystal Glow bukan sekadar mencerahkan kulit wajah secara sekata hanya dalam tempoh satu jam tetapi dalam masa yang sama, mampu memudarkan pigmentasi kulit, bintik hitam, parut jerawat dan sebagainya. Kesan rawatan ini mampu bertahan sehingga enam bulan.
“MBH Medispa menggunakan produk buatan sendiri yang dijamin halal, selamat, berkesan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Malah kami juga menggunakan produk-produk sendiri di bawah jenama MBH Dermacare kerana kami ingin memastikan produk yang digunakan betul-betul berstatus halal, bersifat organik dan tidak memudaratkan pengguna,” jelas Shida Mohammad.
Untuk mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat, para pelanggan boleh mencuba rawatan Clinical Mudnetic Detox. Rawatan diteruskan dengan Clinical Acne, Dermapen Microneedle dan MBH Instant Crystal Glow. Buat mereka yang mengalami masalah kutil pula, bolehlah mencuba rawatan MBH Electrocauter Treatment.
Selain rawatan wajah, rawatan untuk membesarkan payudara juga disediakan. Ia merupakan antara rawatan yang mendapat sambutan hangat di kalangan bakal ratu sehari. Rawatan ini sebaiknya dibuat dua hari sebelum majlis perkahwinan. Hanya mengambil masa 30 minit, rawatan ini turut menyediakan suplemen dan juga rawatan susulan.
Buat semua bakal mempelai, raikan hari bahagiamu dengan sempurna. Setiap wanita pasti ingin kelihatan cantik berseri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jika boleh, penampilan di hari bahagia umpama bidadari yang turun dari syurga sehingga membuatkan tetamu terpaku memandang. Semestinya rawatan lengkap di MBH Medispa dan MBH Haircare mampu merealisasikan impian untuk tampil jelita di hari bersejarah.