Masa Ada Usia Ni, Bergambarlah Banyak-banyak. Bila Pasangan Kita Dah Tak Ada, Gambar Tu Jadi Memori Indah.

Share

Tak dinafikan, kaum wanita ni bila bab bergambar, memang dia paling win. Dialah yang paling suka capture moments walaupun tengah sibuk dengan anak-anak, bawa beg kiri kanan dan perlu buat macam-macam lagi.

 

Bagi seorang wanita, setiap yang berlaku itu ada ceritanya tersendiri. Setiap kali membelek gambar-gambar di handphone, terus teringat apa yang berlaku, baik memori indah mahupun pahit. Orang lelaki lain, sebolehnya dia nak mengelak bergambar. Jarang sekali kita lihat lelaki yang beriya-iya minta isterinya posing depan kamera atau bergambar bersama.

 

Cuba anda baca ini. Mana tahu terbuka hati untuk lebih sporting lepas ni…

 

Wahai para lelaki…
Perasan tak…
Bila kita membuka lembaran album foto-foto lama.
Dari nenek moyang kita sendiri misalnya.
Kita akan perasan satu perkara…

Betapa rajinnya sang isteri merekod setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga.

Sikit-sikit snap.
Sikit-sikit snap.

Percayalah,
tak ramai suami yang tergerak hatinya
ingin memfoto wajah isterinya.
Ada tu tak TERLINTAS LANGSUNG.

Aku sendiri mengaku,
sering begini. Kita serupa.

Perasan tak,
betapa rajinnya sang isteri merekodkan momen kehidupan yang telah kita bina selama ini?

Sedangkan,
dia sendiri terlupa,
wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama.

Satu hari nanti,
apa yang paling kita kecewakan,
album gambar famili kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu,
tentang siapakah seorang wanita,
yang berada di belakang kamera.

Ambillah fotonya.
Biarlah betapa malunya dia,
asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya.

Wahai para suami,
Ada seorang wanita,
yang patut kita berbangga dengan selekehnya dia.
Dialah ibunda kepada anak-anak kita.

Tetaplah terus menyimpan wajah itu.
Biarkan rambut berserabut,
tidak bersolek,
atau dengan T-shirt buruknya itu,
sebab…
itu semua tidak penting bagi anak-anak kita saat ketiadaannya kelak.

Apa yang lebih bernilai,
wajahnya itu sudah cukup untuk dicintai,
lebih berbaloi untuk ditatap,
disimpan,
diawetkan ke dalam memori.

Memori,
mengajar kita tentang jerih-perih.
Tentang doa,
dan pesanan-pesanan yang kita tinggalkan.

Tiada wanita yang ingin melihat wajah selfie-nya di sepanjang hayat.

Berbanggalah,
kerana punyai seorang isteri
yang sering di belakang kamera keluargamu.

Maka
di situlah tugasmu, para suami.
Snap wajahnya.
Kegembiraan.
Kesengsaraan.
Ketabahan.

sebelum punyai anak,
atau selepasnya.

sebelum di hujung nafas
yang entah bila kita dipisahkan-Nya.

T_T
.
.
.
Al Irfan Jani

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Published by
Anis Nor