Sirih junjug kebiasaannya menjadi pelengkap hantaran buat bakal pengantin. Sirih junjung boleh digubah dengan pelbagai hiasan mengikut citarasa anda.
Adakah anda sudah terbayang hiasan sirih junjung yang anda ingin buat untuk si dia? Jom kita lihat antara beberapa inspirasi yang boleh anda cuba. Semestinya sangat menawan.
View this post on Instagram
A post shared by HANTARAN WITH EXCLUSIVE DULANG (@putrajayakl_exclusivehantaran) on
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Pilih Sinki Terbaik, Barulah Tahan Lama Dan Selesa Nak Guna
Ini cara pilih sinki dapur, ada orang suka yang cantik tanpa memikirkan berkualiti atau tidak barang yang dibeli.
Terutama golongan isteri yang suka duduk di dapur dalam masa yang lama, mestilah perlukan sinki yang selesa.
Cara Pilih Sinki Yang Elok
Antara perkara penting dalam pemilihan sinki ialah sinki perlulah ada ciri-ciri keselesaaan semasa menggunakannya dan mudah untuk dijaga.
Berikut dikongsikan tip memilih sinki dapur:
1. SAIZ SINKI MESTILAH MENGIKUT SAIZ KABINET DAPUR.
2. PASTIKAN ADA ANTI CONDENSATION COATING
3. PILIH BUCU BULAT. JANGAN YANG TAJAM.
4. PILIH STAINLESS STEEL 304
5. PILIH SINKI TEBAL DAN KUKUH.
6. KEPALA PAIP BOLEH MEMANJANG.
7. ELAKKAN WARNA HITAM/GELAP (BERGANTUNG KUALITI BAHAN)
Berikut video penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, saeedowairan
@saeedowairan 7 tips untuk pilih sinki dapur. Harap membantu. #fypシ #fyp #fypmalaysia #tiktokmalaysia #nisaeedhome #homedecor #deco #decor #homeideas #sink #kitchencabinet #kabinetdapur #kabinetdapurmalaysia ♬ In Love With You – BLVKSHP
Haaa… selepas ini anda boleh pilih sinki yang sesuai untuk dapur, barulah semangat nak masak!
Sumber: TikTok saeedowairan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaya Segar Pada Gubahan Hantaran Buat Ia Nampak Istimewa
Dulang hantaran menjadi kemestian dalam melengkapkan majlis perkahwinan. Sudah menjadi adat dalam perkahwinan seandainya pihak lelaki membawa lima dulang hantaran maka akan dibalas daripada pihak perempuan dalam angka yang ganjil dan lebih daripada pihak lelaki iaitu tujuh dulang hantaran.
Rekaan dulang hantaran juga berubah mengikut masa dan selera bakal pengantin. Dulang hantaran yang direka semestinya mengikut tema majlis perkahwinan yang dirancang, barulah ia seiring dan sempurna. Walau apa pun bentuk dulang hantaran yang dicipta, penataan bunga menjadi pelengkap dan penyeri dulang hantaran yang digubah.
Buat bakal pengantin yang masih tercari-cari idea dulang hantaran rona segar, bolehlah mendapatkan inspirasi daripada dulang hantaran ini.
Sumber Gambar: ariweddingcouture, ribbonsnties, gubahbysitizainal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Minta Deko Rumah, Biasanya Suami Bagi Atau Tidak?
Hakikatnya suami atau lelaki tidak lari dari teknologi terkini termasuklah peralatan canggih seperti set ‘home theatre’ dan juga sub woofer yang diletakkan di ruang menonton. Jadi bagaimana untuk menjadikan lokasi menonton sebagai lokasi yang tenang agar tidak berserabut dari wayar dan juga peralatan tersebut? Walaupun isteri minta ia dirias dengan tema glam moden, suami pasti masih boleh tersenyum.
Ruang menonton juga dikategorikan sebagai ruang utama selain bilik tidur. Di lokasi ini anda perlu peka dan teliti dari segi gaya letak perabut dan juga peralatan kerana kebiasaannya tetamu serta penghuni akan berkumpul di sini. Maka keadaan ruang ini akan memberi gambaran pada anda selaku tuan rumah.
Perabot
- Sebelum meletakkan peralatan elektronik seperti televisyen mahupun set home theatre, perhatikan ruang menonton. Adakah ianya sempit mahupun luas? Jika luas tiada masalah. Jika sempit, anda haruslah membeli rak tv yang sesuai dengan keluasan ruang tersebut.
- Jika boleh dapatkan rak tv yang mempunyai ruang yang lebar memanjang dan tertutup agar memberi impak kemas.
Peralatan eletronik
- Tidak salah untuk anda mendapatkan subwoofer atau set home theatre kegemaran asalkan ianya tidak terlalu menonjol dan kena dengan gaya ruang tersebut. Peralatan sebegini harus diletakkan di tempat yang bersesuaian dan tidak menghalang laluan bagi mengelakkan kecelakaan di dalam rumah.
- Jika memasang peralatan elektronik, selalunya ruang di belakang tv mahupun set home theatre sering dilupakan. Kesannya, dapat dilihat secara jelas wayar-wayar yang berselirat dan menyemakkan permandangan walaupun diletakkan di belakang rak tv. Maka amatlah ditekankan agar memilih rak tv yang berpenutup bagi menyembunyikan semua wayar tersebut.
Ruang Khas
- Bagi penggemar filem dan dvd, anda pasti mempunyai banyak koleksi dvd yang dibeli. Tetapi selalunya ramai yang kurang endah dengan dvd-dvd tersebut. Akibatnya, dvd ini diletakkan dimerata tempat sahaja dan keadaan ini mencacatkan ruang menonton anda. Adakah anda gemar melihat sarung-sarung dvd ini bersepah sahaja di lantai? Pasti tidak bukan. Apa kata sediakan ruang khas ataupun bekas yang besar, jika bertutup lagi digalakkan agar kesemua koleksi dvd ini boleh diletakkan di dalam bekas tersebut. Maka ruang menonton anda akan sentiasa kemas dan teratur tatkala anda bersantai memanjakan diri mahupun beristirehat bersama teman.
Gaya glam moden tidak semestinya hanya sesuai untuk kediaman mewah. Antara elemen penting dalam menyerlahkan dekorasi glam moden adalah:
1. Pemilihan perabot yang ringkas namun mempunyai perinci seperti logam, upholstery dan ukiran sedarhana
2. Pemilihan palet rona yang lebih cenderung kepada putih, kelabu, krim hitam dan emas
3. Elemen yang menyumbang dan memerangkap cahaya tamabahan seperti cermin dan aksesori kristal
4. Menyerlahkan kemewahan dengan pemilhan kemasan lembut yang mempunyai tekstur atau bercorak gometrik
5. Mewujudkan kehadiran pencahayaan lebih dramatik melalui penggunaan chandeliers dan lampu meja
Kredit foto utama: Instagram Dr Faraizzati
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI