Itulah selalunya yang orang katakan, semut seberang jalan nampak, gajah depan mata tak nampak. Kadang-kadang mungkin kita tak pernah perasan yang jodoh kita rupanya dengan orang sekeliling kita je.
Wanita bernama Nur Shazana Muhammad Shukri ini berkongsi, rupanya jodoh dia dengan lecturer sendiri. Ini yang dikongsikan Shazana di Instagram miliknya.
Jan 2016 ‘Weh ko kos apa?’
‘As20 psikologi sukan. Sy kan mentee Sir.. Nama saya Nur shazana.’
April 2016
‘Sebenarnya aku suka kat ko masa kt tempat urusetia tu. Cakap banyak’ #KemPL
Jun 2016
‘Makcik, sy nak Ana tahun depan boleh tak?’
‘Boleh.’
21.1.2017
Tunang
21.7.2017
Nikah
Alhamdulillah.. Masih lagi tak percaya dah jadi isteri Sir.. Rasa macam baru sangat Sir tegur saya.. ?? tahun lepas sir selalu cakap ‘Aku takleh suka ko, ko student, aku lecturer’
Sekarang ni apa sir. Dah jadi suami isteri pun. Hahaha. Betul lah orang cakap UPSI tu
Universiti
Pertemuan
Suami
Isteri
Dulu masa putus cinta mak cakap,
‘jgn nangis, nanti masuk U adalah tu lecturer muda’.
Masin betul mulut mak.. Haha
Kata2 itu adalah doa ??? Alhamdulillah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI