Kecantikan

Masker Aloevera & Santan, Bakal Pengantin Ada Masalah Rambut Gugur Boleh Cuba

Share

Sebelum jadi pengantin baru, cuba anda semak kalau anda ada masalah rambut gugur. Jika sedang memalui fasa ini, anda jangan risau!

Sebelum pakai syampoo atau tonik rambut, lebih selamat jika anda cuba cara yang diamalkan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja.

Seminggu dah nampak anak rambut tumbuh

Mengalami masalah rambut gugur sejak hamil, dia sudah menggunakan pelbagai jenis syampu namun tak berjaya sehingga dia mencuba petua ringkas yang dikongsi oleh ibu mentuanya.

Hanya menggunakan pati santan dalam tempoh sebulan, masalah rambut gugur yang dialami selesai malah rambut semakin hitam dan lebat. Malah dalam masa seminggu mencuba petua ini sudah nampak anak rambut tumbuh di bahagian depan.

Petua yang dikongsi juga amat mudah, selain santan, cuma masukkan aloevera dan minyak zaitun untuk dijadikan masker rambut.

Bahan-bahan

  • Santan dari satu atau setengah biji kelapa
  • Isi aloevera
  • Minyak zaitun – jika suka

Cara membuatnya

  • Kisar semua bahan ini dan masker sudah sedia untuk digunakan.
  • Sapu pada rambut dengan rata masker tadi kemudian sikat.
  • Balut rambut dengan tuala selama 30-45 minit.

  • Bilas dan syampu rambut untuk hilangkan bau santan.
  • Amalkan setiap hari.
  • Masker ini boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak, cuma perlu disimpan dalan peti.

Boleh rujuk video di bawah untuk langkah membuat masker rambut yang lengkap.

Jangan kata umur masih muda tiada masalah rambut gugur ya, nak selamat cuba amalkan petua ini secara konsisten sebelum anda jadi raja sehari.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

 

Published by
Nadia