Masker yogurt cukup membantu jika anda ada masalah kulit kusam dan tak berseri. Jadi bakal pengantin dan isteri yang ada masa di rumah boleh DIY sendiri untuk disapu ke wajah.
Seperti yang kita tahu, kandungan nutrisi dalam masker yogurt cukup membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit awet muda.
Ini Manfaat Yoghurt Untuk Kulit!
Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah.
Jom ketahui manfaat yang bakal anda perolehi sekiranya konsisten menggunakan masker yogurt.
1. Melembapkan Kulit Wajah
Ads
Yoghurt mempunyai kandungan Lactic Acid yang membantu melembabkan kulit kusam, dan hilang serinya.
Cara membuat masker ini pun amat mudah, sediakan yoghurt putih (plain yogurt) kemudian sapukan merata pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, seterusnya bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sebanyak 5 kali dalam seminggu.
2. Mencerahkan Kulit Wajah
Ads
Yogurt dengan campuran serbuk kunyit mampu membuat kulit satu tona lebih cerah. Ini kerana, Lactic Acid di dalam yogurt juga membantu mengeluarkan enzim yang dikenali sebagai Tyrosinase.
Ini juga membantu menghasilkan melanin yang menjadi punca kegelapan kulit. Manakala, kunyit mempunyai komponen bioaktif yang bersifat anti-radang dan antioksida yang baik untuk kulit.
Cara membuat masker dengan campuran kunyit:
Ads
• Siapkan 1 senduk makan serbuk kunyit dan yogurt putih secukupnya, campurkan keduanya dan gaul sebati di dalam mangkuk.
• Apabila adunan yoghurt dan kunyit telah sebati, sapukan menggunakan berus ke wajah, pastikan yogurt melitupi keseluruhan wajah anda.
• Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
• Bilas dengan air suam, hingga bersih.
Okay, sekarang anda boleh pilih salah satu masker yogurt yang sesuai dengan masalah kulit anda. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Laku keras toner Jepun ini ya, maklumlah ramai yang review kata berkesan dan kulit nampak makin cantik dan hilang segala cela di wajah.
Haa… anda tahu tak produk ‘kelahiran’ Jepun ini bukan sahaja menjadi kegemaran di sana. Malah, menjadi pilihan kebanyakan wanita di Malaysia. Kalau masuk ‘kedai hijau’, susah betul nak mendapatkan toner serba boleh ini. Mana-mana pergi, mesti kehabisan stok.
Toner Jepun Ini Lakus Keras, Sesuai Jadikan Face Mist Dan Kurangkan Jerawat
Naturie Hatomugi Skin Conditioner dirumus khas untuk menyasarkan pelbagai jenis masalah kulit, seperti mengecilkan pori-pori, garis-garis halus, dan penuaan kulit.
Lepas itu, produk ini membantu menghilangkan jerawat dan memperbaiki masalah tona kulit tidak sekata.
Apa yang best sangat, boleh digunakan sebagai toner untuk mengimbangi keasidan kulit, melicinkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit dan melembapkan kulit sepanjang hari.
Toner serba boleh ini juga bagus untuk mengurangkan kemerahan, jerawat dan parut jerawat. Malah boleh digunakan sebagai face mist untuk menyegarkan kulit.
Teksturnya yang ringan dan bebas daripada bahan perwarna serta wangian ini sangat sesuai untuk kesemua jenis kulit. Best, bukan?
Nak tahu sejauh mana berkesan toner Jepun ini, anda kena lah dapatkan dan cuba pakai sendiri!
Bukan mudah nak mencapai kata sepakat dalam kehidupan berumah tangga, jika tiada persefahaman dan toleransi, masalah lain pula yang akan timbul. Sebagai contoh, perkara yang sering menjadi isu antara suami dan isteri adalah samaada mahu tinggal sendiri atau tinggal bersama mertua.
Setiap perkara itu mempunyai baik buruknya dan memang digalakkan pasangan suami isteri untuk tinggal di rumah sendiri atau menyewa di rumah lain berbanding tinggal serumah dengan mertua.
Walaupun ramai yang berpendapat, tinggal serumah dengan mentua itu dapat menjimatkan banyak duit seperti tidak perlu membayar sewa, membeli perabot, beli barang keperluan dan banyak lagi. Tetapi, anda perlu fikir sekali lagi kerana ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan jika tinggal serumah dengan mentua.
Sebuah kajian yang dilaporkan oleh The Daily Mail membuktikan bahawa hampir 2/3 daripada wanita yang telah berkahwin mengakui bahawa mereka mengalami stres dan kemurungan disebabkan pergeseran dengan ibu mentua masing-masing.
Kredit foto: Pexels
Memang tak semua mengalaminya. Ada juga yang bahagia dan sangat gembira. Namun mungkin ada yang tak faham kenapa masalah ini lebih cenderung terjadi kepada menantu perempuan, dan bukannya menantu lelaki.
Berikut adalah sebab-sebab yang dijelaskan oleh pakar dan ahli psikologi.
5 SEBAB PSIKOLOGI KENAPA MENANTU PEREMPUAN SUSAH NAK ‘NGAM’ DENGAN IBU MENTUA
1. PEREBUTAN ‘KUASA’
Dr Terri Apter, seorang ahli psikologi menjelaskan bahawa konflik ini berlaku apabila kedua-dua orang wanita ini cuba mencapai posisi yang sama dalam sebuah keluarga – iaitu sebagai primary woman atau wanita utama dalam keluarga.
Sifat insecurity yang cenderung dimiliki oleh wanita menyebabkan masing-masing cuba menunjukkan kuasa atau melindungi status mereka hingga berasa terancam antara satu sama lain. Akibatnya, perasaan ini membuatkan menantu dan mentua sering membuat tanggapan bahawa mereka dikritik dan dipandang rendah.
2. WANITA LEBIH SENSITIF
Secara semulajadinya, wanita adalah makhluk yang lebih sensitif berbanding lelaki. Bukanlah nak mengada-ngada, tapi begitulah input yang telah diprogramkan terhadap otak wanita secara umumnya.
Buktinya, sebuah kajian yang dilaporkan oleh Medical Daily mengesahkan bahawa otak wanita lebih responsif terhadap emosi negatif dan akan memberi reaksi yang berbeza berbanding lelaki. Apabila seseorang wanita mengalami atau melihat sesuatu yang menyukarkan atau menyedihkan, bahagian otak mereka lebih terfokus terhadap emosi dan perasaan.
Sebaliknya, otak seseorang lelaki dilihat lebih banyak membuat analisis tentang logik dan impak terhadap keadaan tersebut – dan bahagian otak yang mengendalikan emosi negatif ini dilihat lebih pasif.
Dalam sebuah lagi penelitian, bahagian motorik dalam otak wanita didapati lebih aktif apabila ia terdedah kepada imej atau pengalaman yang melibatkan perubahan emosi, terutamanya emosi negatif. Oleh sebab itu jugalah, kebanyakan wanita dilihat mampu menceritakan sebuah keadaan atau trauma yang dialami dengan lebih terperinci berbanding lelaki yang lebih mudah melupakan sesuatu peristiwa.
(Wah, patutlah sekali perempuan mengungkit, semua kisah lama habis diceritakan tanpa ada tertinggal satu pun!)
Dr Klara Spalek, ketua penyelidik dalam penelitian tersebut tidak menafikan bahawa kebolehan mengingat dan menyimpan lebih banyak memori inilah yang menyebabkan wanita mudah berasa emosional berbanding lelaki.
4. LEBIH BANYAK TERLIBAT DENGAN KERJA DI RUMAH
Secara logiknya, kita dapat lihat bahawa isteri lebih kerap berada di rumah dan melakukan tugas-tugas harian. Secara tidak langsung, kerja-kerja rumah ini menjadi kayu ukur terhadap ‘nilai’ seseorang wanita dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Apapun, cara memasak, mencuci, mengemas, dan menjaga anak, semuanya ada cara tersendiri. Kalau tak kena gaya, ia boleh menjadi bahan kritikan dan menimbulkan salah faham,
Bagi lelaki pula, mereka jarang berada di rumah dan melakukan apa-apa kerja yang membuatkan diri mereka rasa ‘dinilai’ atau ‘diperhatikan’. Lagipun, mereka tak di‘expect’pun untuk membuat sebarang kerja rumah. Asalkan kerja bagus dan gaji tinggi, ramai orang ingat dah cukuplah, kan?
5. LELAKI LEBIH PANDAI MENGELAK & BERMAIN STRATEGI
Dalam sebuah kajian di Jepun, wanita yang tinggal bersama keluarga mentua didapati berpotensi sebanyak 2 hingga 3 kali ganda untuk memiliki masalah penyakit jantung koronari. Sebaliknya, lelaki yang tinggal bersama mentua mereka langsung tidak mengalami sebarang peningkatan risiko terhadap penyakit tersebut!
Pakar mengatakan bahawa ini ada kaitannya dengan sifat lelaki yang lebih pandai mengelak dan bermain strategi. Berbanding wanita, lelaki juga boleh berlawak dan kurang mengambil serius tentang apa yang diperkatakan oleh keluarga mentua kepada mereka.
KEDUA-DUANYA INGIN DISAYANGI
Walau berapa pun umur seorang wanita, jauh di sudut hati mereka tentu inginkan perhatian daripada orang yang disayangi. Kalau isteri tentulah mahukan perhatian utama daripada suami. Bagi seorang ibu pula, mereka juga ingin merasa kasih sayang anak-anak.
Disebabkan itu, seorang suami perlu bijak mengambil hati dan meluangkan masa untuk kedua-dua wanita ini dalam hidup mereka. Semoga setiap permasalahan dapat ditangani dengan rundingan damai dan sifat toleransi. Paling penting, banyakkan bersabar kerana semua ujian ini juga mungkin menjadikan kita lebih matang dalam mengendalikan urusan rumah tangga.
Bagi mereka yang masih sendiri tentu ada masanya terasa sedikit iri hati melihat kehidupan mereka yang berkeluarga. Terfikir dibenak masing-masing, alangkah indahnya hidup berpasangan. Ke sana ke mari ada berteman.
Tidak seperti mereka yang masih single, semuanya dilakukan sendiri. Kena pula mereka yang jenis tidak ramai kawan, memang hidup terasa sepi dan sunyi. Ketika inilah terasa betapa bahagianya bila hidup berteman tentunya tidak kesepian lagi.
Ada beberapa perkara yang kadang-kadang orang ‘single’ salah faham tentang perkahwinan. Mereka rasa ‘single’ sudah cukup sunyi padahal ramai juga orang yang berkahwin rasa lebih sunyi.
BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM NAK MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
Nama sahaja ada pasangan depan mata, namun tiada kata-kata manis, tiada pelukan, tiada ‘encouragement’. Kesunyian orang berkahwin bahkan lebih ‘sakit’ berbanding orang ‘single’ sebenarnya.
Mereka rasa ‘single’ tak ada orang sayang, tak ada orang tunjuk kasih, tak ada orang pujuk bila merajuk. Padahal ramai juga orang berkahwin merajuk pun pujuk diri sendiri, menangis pun kesat air mata sendiri, sendiri yang kena sayang diri sendiri. No body care.
Bukanlah semua orang berkahwin melalui hal ini, tetapi ianya berlaku dalam sesetengah perkahwinan yang di dalamnya tiada insan yang mahu saling membahagiakan.
Kadang berlaku di belakang tabir, jadi orang tak nampak ‘kanser’ yang sedang membarah dalam perhubungan suami isteri itu. Orang cuma nampak bahagia walhal yang samada benar-benar bahagia atau tidak, hanya mereka suami isteri yang rasai sendiri.
Saya suka pesanan Prof Muhaya, “jangan kahwin kalau kamu tak bahagia. Sebabnya kamu takkan jumpa kebahagiaan dalam perkahwinan kalau itu yang kamu cari. Diri sendiri kena bahagia dulu baru mampu rasa bahagia dan membahagiakan.”
Perkahwinan adalah medan memberi, beri bahagia baru dapat bahagia. Suami kena bahagia dan membahagiakan. Isteri kena bahagia dan membahagiakan. Barulah rumahtangga tersebut bahagia dan membahagiakan. InsyaAllah.
Suami beri kasih sayang, perlindungan, didikan kepada isteri. Isteri membalas dengan rasa cinta dan penghormatan kepada suami. Anak-anak melihat ibubapanya saling bergandingan menjayakan perhubungan, barulah mereka juga menikmati rasa bahagia. Daripada ibu bapalah anak-anak belajar semua itu.
Oleh itu wahai orang ‘single’, jangan tergesa-gesa mahu berkahwin walhal belum bertemu calon yang sekufu dan serasi.
Perkahwinan bukanlah magik. Perkahwinan bukanlah syurga selagi tiada kerjasama antara suami isteri yang berazam mahu menjadikan rumahtangga mereka syurga.
Gunakanlah waktu bertunang dan merisik untuk ‘taaruf’, bukannya sibuk dengan berdating dan bermaksiat kerana rumahtangga bukanlah semata hal yang romantik melainkan amanah berat yang perlu digalas bersama-sama.