Masker yogurt cukup membantu jika anda ada masalah kulit kusam dan tak berseri. Jadi bakal pengantin dan isteri yang ada masa di rumah boleh DIY sendiri untuk disapu ke wajah.
Seperti yang kita tahu, kandungan nutrisi dalam masker yogurt cukup membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit awet muda.
Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah.
Jom ketahui manfaat yang bakal anda perolehi sekiranya konsisten menggunakan masker yogurt.
Yoghurt mempunyai kandungan Lactic Acid yang membantu melembabkan kulit kusam, dan hilang serinya.
Cara membuat masker ini pun amat mudah, sediakan yoghurt putih (plain yogurt) kemudian sapukan merata pada wajah. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, seterusnya bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sebanyak 5 kali dalam seminggu.
Yogurt dengan campuran serbuk kunyit mampu membuat kulit satu tona lebih cerah. Ini kerana, Lactic Acid di dalam yogurt juga membantu mengeluarkan enzim yang dikenali sebagai Tyrosinase.
Ini juga membantu menghasilkan melanin yang menjadi punca kegelapan kulit. Manakala, kunyit mempunyai komponen bioaktif yang bersifat anti-radang dan antioksida yang baik untuk kulit.
Cara membuat masker dengan campuran kunyit:
• Siapkan 1 senduk makan serbuk kunyit dan yogurt putih secukupnya, campurkan keduanya dan gaul sebati di dalam mangkuk.
• Apabila adunan yoghurt dan kunyit telah sebati, sapukan menggunakan berus ke wajah, pastikan yogurt melitupi keseluruhan wajah anda.
• Biarkan selama 15 hingga 20 minit.
• Bilas dengan air suam, hingga bersih.
Okay, sekarang anda boleh pilih salah satu masker yogurt yang sesuai dengan masalah kulit anda. Selamat mencuba!