Matang Dalam Bercinta

Share

Umur bukan penentu kematangan. Usaha dan cara berfikir adalah apa yang menentukan kematangan kita. Kita perlu berusaha membangkitkan kematangan ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti kematangan kita. Walaupun umur kita baru menjengah 20 tahun, kita sepatutnya sudah mula merancang bagaimana mahu mempertingkatkan kematangan di dalam hidup mahupun cinta.

Tapi bagaimanakah untuk menjadi seorang yang matang dalam bercinta? Tidaklah susah mana, ia hanya bergantung pada diri sendiri sama ada ingin menjadi orang yang lebih matang atau tidak.

1.Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa

Kita tidak akan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan kita sahaja. tidak salah jika kita berada di dalam kelompok persekitaran rakan yang
berlainan level dengan kita. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.

2.Merubah gaya ber SMS

Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?,makan apa?”,“awak betul-betul sayang saya?”atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak
sulung perempuan kita nanti?”,dan sebagainya.Zaman bercinta monyet di sekolah dahulu bolehlah sebabnya waktu itu nak eja nama pun belum tentu tahu lagi. Inikan pula nak
memahami maksud dan nilai CINTA…

3.Belajar daripada pengalaman

Orang tua pernah berkata “Pengalaman mematangkan lagi seseorang”.Ya,betul! Setiap orang mengalami pengalaman berbeza.Cuba ambil masa untuk muhasabah diri dan ingat
kembali apa kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan dengan cinta kita dahulu.Cuba perbaiki diri kita untuk menjadi sang pencinta yang baik.

4.Elakkan daripada bercinta 24 jam

Bukan kita seorang sahaja yang dilamun cinta. Dan jangan disebabkan cinta, tanggungjawab kita sendiri diabaikan. Kita bukan lagi di peringkat sekolah rendah.Tanggungjawab
meningkat selaras dengan peningkatan usia. Sesekali ambil masa untuk Whatapps si dia di waktu rehat tidak salah cuma bukan 24 jam berWHATAPPS ye. INGAT!

5.Ubah penampilan diri

Kalau dahulu,kita mungkin tidak mengendahkan penampilan kita setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki, dengan memakai t-shirt round-neck yang bercorak ditambah
dengan jeans koyak di bahagian lutut, memang selesa tetapi apa salahnya jika bergaya sesekali. Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat. Barulah
nampak manis dan anggun.

6.Tahu yang mana serius,yang mana gurauan

Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira dalam bercinta.Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang
diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam
bercinta.

7. Tambah ilmu

Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu ke arah yang lebih baik. Di sini anda lebih kelihatan cerdik dalam
percakapan, idea yang menarik dalam perbincangan bersama. Menonton rancangan bercirikan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.

 

Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pembelajaran dan juga pengalaman hidup.

Published by
Mariam Shukor