Cuba semak apakah matlamat anda dan pasangan mendirikan rumah tangga? Adakah kerana sekadar mencari pasangan hidup bagi menemani diri anda daripada kesunyian atau mencari reda Allah bagi mengumpul pahala?
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dalam ikatan pernikahan supaya kedua-duanya menikmati rahmat dan ketenangan dalam berkongsi kehidupan berumah tangga yang dipenuhi cinta dan kasih sayang.
Melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh Ustazah Asmak Husin, beliau berkongsi tentang bagaimana sesebuah perkahwinan itu dapat membina taqwa dan menambah pahala.
Membina Takwa Dalam Perkahwinan:
Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang dibina atas akad suci. Sebuah mahligai yang menjadi amanah Allah buat hambanya.
Perkahwinan adalah sebuah amanah yang sangat berat dan besar, pastinya amanah ini akan disoal di akhirat kelak apabila kita bertemu dengan-Nya.
Tuan puan,
Saya nak ajak kita merenung dan muhasabah kembali apa tujuan sebenar semasa kita ingin mendirikan rumah tangga dahulu?
Adakah untuk menghalalkan perhubungan semata-mata?
Ads
Adakah kerana untuk mengubati kesunyian?
Adakah untuk membina keturunan dan generasi?
Kadang-kadang apabila sudah lama berkahwin, rumah tangga kita kadang-kadang seakan hilang rasa bahagia, semakin banyak konflik dan semakin banyak salah faham.
Hampir buntu di mana silapnya kan?
Tuan puan,
Ayuh kita kembali muhasabah awal niat perkahwinan kita dahulu.
Ads
Kerana perkahwinan bukan sekadar menghalalkan perhubungan lelaki dan wanita.
Tetapi maqasid sebuah perkahwinan jauh lebih besar daripada itu!
Perkahwinan adalah untuk kita membina taqwa bersama pasangan bagi meraih redha Allah.
Jadikan misi perkahwinan untuk membentuk keluarga sebagai sebuah institusi yang mencetak generasi dakwah Rasulullah.
Jadikan misi perkahwinan sebagai sebuah ladang pahala yang akan membawa kita ke syurga.
Jika niat dan matlamat kita besar, pasti Allah akan lorongkan pelbagai cara untuk membantu kita mencapai matlamat itu.
Ads
Percayalah, jika kita dan pasangan berkongsi matlamat takwa dan dakwah dalam rumah tangga dari situ akan sentiasa ada keberkatan.
Kerana keberkatan, sebuah rumah tangga mampu kekal bahagia berbunga mekar hingga ke syurga.
Lalu, ustazah bagaimana kami yang sudah lama berkahwin tapi matlamat awal dahulu tidak langsung berfikir ke arah takwa?
Senyum dan bersyukurlah kerana Allah pilih kamu membaca tulisan ini. Perbaharuilah niat dan matlamat perkahwinan kembali.
Kerana niat itu perlu sentiasa diperbaharui. Selepas sudah perbaharui dan jelas matlamat perkahwinan, berusahalah baiki semula perkahwinan dengan ilmu dan tawakkal.
Bagi yang belum berkahwin, jika anda membaca tulisan ini, berusahalah meletakkan matlamat yang besar dalam perkahwinan.
Kerana kita akan hidup bersama pasangan dan anak-anak bukan setahun dua tapi lebih dari separuh kehidupan dunia.
Umum mengetahui pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022.
Bagi warga maya yang mengikuti perkembangan tentang pendakwah ini, tentu sering disajikan dengan momen bahagia rumah tangganya bersama isteri, Hana Ismail di media sosial.
Malah dek kerana kerap berkongsi video-video dengan aksi romantis dan manja membuatkan ramai warga maya yang masih belum berkahwin berasa cemburu dan iri hati.
Baru-baru ini menerusi akaun TikTok, Da’i Syed berkongsi video aksi romantis dan manjanya bersama isteri sehingga menarik perhatian ramai.
Selebriti berusia 27 tahun dan juga pasangannya yang juga personaliti TV Alhijrah dilihat sedang dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja mereka selesai dari majlis ilmu.
“Baru balik dari tempat mula pertemuan kami sampai terjatuh cinta,”tulis Da’i Syed berserta tanda pagar ‘Majlis Ilmu’.
Sikap romantis bersama pasangan amat digalakkan dalam rumah tangga agar hubungan bersama pasangan sentiasa hangat. Bukan sahaja di kalangan pengantin baharu, sikap romantis dan manja perlu sentiasa diamalkan termasuklah pasangan yang sudah lama berumah tangga.
Antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami isteri bagi menyemarakkan lagi hubungan suami isteri:
*sentiasa masuk tidur bersama.
*makan/minum dalam bekas yang sama. Pendek kata selalu berkongsi makanan.
*jika berjauhan, selalu-selalulah bertanya khabar melalui pesanan whatsapp atau sekali-sekala boleh menelefon pasangan tetapi pastikan jangan menganggu waktu kerja pasangan.
*sentiasa peluk pasangan bila ada kesempatan
*bercakap dengan nada yang lembut dan manja (biasanya boleh dilakukan oleh pihak isteri)
Sebelum bawa muka ke atas pelamin, eloklah sapu teh hijau pada kulit wajah untuk membantu kecilkan liang pori dan kecutkan masalah jerawat.
Jimat duit tak perlu masuk Spa bagai semata-mata nak pulihkan wajah yang breakout.
Sapu Teh Hijau Pada Kulit
Tahu tak, sebenarnya teh hijau padat dengan antioksidan yang melawan bakteria, bertindak sebagai pengelupasan yang akan membantu menghilangkan minyak berlebihan, mengecilkan pori-pori dan merawat jerawat sederhana.
Bahan-bahan:
1 sudu kecil serbuk daun teh hijau kering
1 sudu kecil Yogurt
Cara membuat dan menggunakan:
Campurkan 1 sudu kecil serbuk teh hijau, 1 sudu kecil yogurt. Sapukan pada muka anda secara merata dan gosok perlahan-lahan.
Biarkan selama 10 minit dan kemudian basuh dengan air. Gunakan skrub ini sekali dalam seminggu untuk hasil terbaik.
Ini berfungsi sebagai pengelupasan lembut yang membuang sel kulit mati kerana tekstur daun hijau kering.
Hah, jangan lupa cuba sapu teh hijau pada kulit wajah ya. Kalau konsisten pakai, elok semula kulit wajah anda yang ada masalah liang pori terbuka dan jerawat.
Beruntungnya pasangan ini yang dijodohkan Allah untuk menjadi suami isteri. Biarpun dalam keadaan tubuh tidak sempurna, hati Muhammad Haziq Samrat ‘dicuri’ Nur Atiqah Amiera Ghazali. Perkahwinan mereka menjadi bualan dan rata-ratanya mengagumi keikhlasan masing-masing menerima pasangan dengan hati terbuka.
Perkahwinan mereka pun mega betul! Murah rezeki pasangan pengantin ini kerana mendapat tajaan perkahwinan dari Asiana Wedding Centre. Kehadiran Haziq menggunakan papan luncur menarik perhatian tetamu yang hadir. Memang jadi grand entrance!
Bertemu di platform media sosial, pasangan ini mula mengatur langkah untuk berkenalan. Istimewanya, Miera yang mula ingin mendekati Haziq.
“Masa Miera nak berjumpa dengan saya, saya beri nama saya supaya Miera boleh membuat pencarian tentang diri dan fizikal saya terutamanya. Saya tanya dia adakah dia kenal saya dan tahu keadaan saya.” ujar Haziq.
“Saya terpaksa berpura-pura membuat carian tentang Haziq. Saya dah lama tahu tentang dia tapi disebabkan Haziq minta saya buat carian di Google, saya pun berpura-pura mencari. Ambil masa satu hari la konon-kononnya buatr ‘research’ tentang dia.
Masa berjumpa tu, saya tak kisah apa pendapat orang sekeliling. Dari situ saya tahu kami memang sekepala! Kemudian kami berjumpa di rumah Haziq. Saya nak tuntut hadiah yang dijanjikan. Hakikatnya, saya nak kenal mak ayah Haziq. Pendirian saya, kalau nak kenal orang, kena rapat dulu dengan mak ayahnya.” tegas Miera.
Haziq lelaki terbaik
Bila ditanya, adakah Haziq pernah terfikir untuk berkahwin? Ini jawapan Haziq…
“Saya anak bongsu. Jadi kehidupan saya lebih kepada mak dan ayah. Soal kahwin, tak terfikir tapi memang nak kahwin.
Masa bertunang pun, mak saya minta kami terus bernikah. Tapi saya percaya, kalau dah jodoh tidak ke mana. Saya nak kenal dulu dengan siapa yang bakal saya kahwini. Kena banyak sabar sikit.”
Yang paling bimbang dalam hubungan ini bukan Haziq tapi Miera. Dia tahu Haziq lelaki terbaik kerana dia pandai ambil hati mak ayah Miera dan anak-anaknya.
“Masa saya kenal Haziq, saya terfikir adakah saya mampu menjaga Haziq kalau dia sakit. Itu yang buat saya banyak berfikir. Akhirnya kami disatukan. Anak-anak saya pun happy!”
Kredit foto: Asiana Wedding Centre
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!