MEGA Pelamin SHAHIR & JASKIN! Isteri Dapat Hadiah ‘HALAL’ & Shahir Dapat Kawan Baik Penyejuk Mata.

Share

Semalam berlangsungnya majlis perkahwinan penyanyi Shahir Zawawi dan Jaskin Jaludin bertempat di Royal Ballroom Bizmilla, One City, Subang Jaya. Dekorasi pelamin yang dihasilkan team Mila Jirin sungguh menakjubkan! Mainan lampu dan hiasan bunga-bungaan nampak mewah. 

Kredit foto: Instagram Bizmilla

Kolaborasi di antara kedua-dua bekas peserta Akademi Fantasia ini menjadi. Sebagai pemilik Bizmilla, tentunya Mila mahukan yang terbaik buat pelanggan merangkap teman seperjuangan.  

 

Saat melafazkan akad nikah, pasangan merpati sejoli ini menggayakan busana berwarna putih. Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongce disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai dan bapa pengantin lelaki, Zawawi Abdullah. 

 

 

Hanya selepas dua bulan menyulam cinta, pasangan ini memilih untuk hidup bersama. Malam semalam juga Shahir melancarkan single terbaharu berjudul ‘Halal’, yang diciptakan khas buat isteri tersayang.

 

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi

 

 

Shahir menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, wang hantaran sebanyak RM20,000 beserta lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran daripada pengantin perempuan. 

 

Pada majlis resepsi pula, pasangan ini mengenakan busana songket berwarna kuning diraja dari Bridal Factory by Bizmilla.

Tahniah Shahir dan Jaskin. Semoga hubungan yang dibina kekal bahagia sehingga ke Jannah.

Published by
Anis Nor