Memang Ramai Lelaki Pentingkan Kerjaya, Sebab Dia Nak Senangkan Hidup Orang Yang Dia Cinta

Share

ANTARA WANITA DAN KERJAYA, MANA SATU KEUTAMAAN LELAKI?

Pastinya ada daripada wajah pembaca yang berkerut setelah membaca persoalan di atas. Susahnya untuk membuat pilihan antara wanita (cinta sejati) mahupun kerjaya. Kedua-duanya sama penting, sama ‘hebat’ dan adakalanya kedua-dua pilihan ini saling berkaitan dan memerlukan. Dan sudah tentu ramai yang akan memilih kedua-duanya. Syaratnya anda perlu bijak membahagikan masa untuk kedua-duanya.

Kita sering mendengar ungkapan “Wanita merupakan tulang belakang kejayaan seseorang lelaki” terutamanya dalam soal kerjayanya. Ini secara tidak langsung membuktikan wanita sentiasa ada di sisi lelaki bagi menyuntik semangat kepada mereka untuk terus berusaha dan berusaha bagi mencapai impian. Seolah-olah lelaki amat memerlukan wanita di belakangnya. Namun, kita juga kadang-kala terdengar akan pelbagai situasi di mana ramai wanita yang mengeluh dan juga tidak suka apabila pasangan mereka lebih menumpukan banyak masa ke arah kerjaya sehingga mengabaikan perhubungan yang terbina. Ini membuktikan lelaki adakalanya meletakkan kerjaya sebagai ‘top priority’ dalam senarai hidup mereka.

 BAGI MEREKA YANG MEMILIH WANITA

– Tidak salah rasanya bagi para lelaki mahupun anda sendiri yang membuat pilihan untuk memilih wanita berbanding kerjaya. Ini bermakna anda pastinya seorang yang romantik, pentingkan perhubungan dan sangat penyayang. Bayangkan, anda sanggup untuk menolak tawaran pekerjaan di bandar semata-mata untuk menemani si dia yang sangat berat untuk melepaskan anda. Itu tandanya anda adalah seorang yang begitu komited dalam sesuatu perhubungan dan wanita tersebut boleh dianggap bertuah jika memiliki pasangan seperti anda.

– Anda juga adalah seorang yang percayakan falsafah  ‘cinta akan mengatasi segalanya’. Walaupun tanpa kerjaya, anda masih boleh teruskan hidup kerana anda tidak mudah mengalah dan patah semangat. Pasangan anda sentiasa ada di sisi bersama-sama dalam menghadapi apa-apa jua rintangan yang datang.

– Anda merupakan seorang insan yang sangat mengambil berat akan perasaan orang lain. Anda sanggup mengorbankan masa depan anda demi bersama yang tersayang. Anda lebih rela untuk menunggu tawaran yang akan datang ataupun lebih baik dari berpisah dengan wanita yang anda miliki sekarang kerana anda percaya cinta sejati hanya datang sekali.

– Anda juga percaya  wanita yang dicintai ialah sumber inspirasi bagi anda. Anda mungkin berpendapat ‘buat apa kerja tinggi-tinggi kalau tiada inspirasi dari pasangan hidup’. Anda percaya kerjaya anda tidak akan ke mana-mana tanpa semangat dan dorongan dari kaum wanita.

– Namun pada masa yang sama anda juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang tidak yakin dan tidak ‘selamat’ akan perhubungan intim dengan teman wanita. Anda risau jika anda bekerjaya nanti, anda mungkin tidak dapat menghabiskan banyak masa dengan si dia dan anda khuatir yang perhubungan  tidak akan tahan lama jika komited pada kerjaya.

BAGI MEREKA YANG MEMILIH KERJAYA

-Bagi mereka yang memilih kerjaya pula, tidak dapat dinafikan anda  seorang lelaki yang berwawasan tinggi, punya impian menggunung untuk berjaya. Mungkin sejak dari dulu anda sudahpun memasang angan-angan untuk mencapainya dengan apa cara sekalipun. Anda tidak perlukan sebarang perhubungan dalam mencapai misi anda.

–  Anda ialah seorang yang mampu berdikari. Tanpa wanita di sisi anda tidak punya apa apa masalah. Bagi anda, menjalinkan perhubungan hanya akan melambatkan mahupun membantutkan usaha untuk anda mencapai impian yang dihajati.

– Anda juga merupakan seorang lelaki yang percaya bahawa lelaki patut bekerjaya, mempunyai hidup yang stabil dan mampu membuat duit sendiri terlebih dahulu sebelum menjalinkan apa-apa hubungan. Bagaimana mahu menyara hidup teman sejiwa jika hidup sendiri pun tidak tentu?. Ini membuktikan anda ialah seorang yang merancang  hidup dengan sistematik dan teratur (well-planner). Anda bukanlah seorang yang suka ‘main-main’ dalam soal kehidupan, kerjaya dan keluarga. Bakal isteri anda pastinya cukup bertuah memiliki anda sebagai pasangan hidup.

– Namun, anda juga boleh dikategorikan sebagai seorang lelaki yang cukup tinggi egonya. Walaupun anda mempunyai misi dalam mencapai impian, namun anda lebih suka dan rela hidup bersendirian tanpa wanita di sisi. Bukan bermakna anda sombong mahupun bongkak, cuma mungkin anda masih belum bersedia untuk memulakan sebuah keluarga kerana anda sendiri yakin untuk memberi nafkah kepada keluarga.  Anda juga mungkin boleh dianggap ‘low profile’ dan sukar untuk menonjolkan diri, kerana setiap saat dan ketika, kerjaya merupakan yang paling penting di dalam hidup anda

Published by
Kim