Hidup berumah tangga tentulah memerlukan kerjasama dan persefahaman antara suami isteri. Tugas-tugas mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak perlu dilakukan bersama dan tidak hanya diserahkan pada satu pihak sahaja.
Bagi pelakon Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail menguruskan kerja-kerja rumah dan anak-anak perlu dilakukan bersama suami. Malah Ozlyn telah ‘melatih’ suaminya, pelawak dan juga penyampai radio, Johan, untuk mahir melakukan kerja-kerja rumah termasuk mengajar anak-anak.
Dalam satu hantaran dilaman Instagram, Ozlyn berkongsi tentang suaminya melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menguruskan anak-anak.
View this post on Instagram
BAHAGI TUGAS URUS RUMAH TANGGA DAN ANAK-ANAK
Mereka membuat pembahagian kerja agar segala urusan rumah tangga dapat dilakukan dengan teratur.
“Mi goreng ini bekal sekolah untuk anak-anak. Letak telur dadar kerana anak-anak tidak suka telur mata. Sudah dua hari papa terlantar kerana kurang sihat. Selepas sihat nanti papa ambil semula semua tugas mencuci bilik air, membersihkan bilik, mengemas katil, mengajar anak-anak mengaji dan solat berjemaah bersama-sama,” tulisnya.
Ozlyn kerap berkongsi tentang tip rumah tangga dan mendidik anak-anak. Dia sangat menekankan kerjasama suami isteri. Jelas beliau, suami isteri perlu bersikap tolak ansur dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
View this post on Instagram
“Memang saya ajar suami untuk membuat kerja rumah bersama-sama. Jika tidak buat, saya akan marah sebab menguruskan rumah tangga bukan tanggungjawab isteri. Sebenarnya sudah banyak isteri kurangkan beban suami.
“Suri rumah sepenuh masa paling kasihan. Duduk di rumah sehingga tidak sempat hendak melihat dunia luar. Melakukan kerja rumah, menguruskan anak-anak dan suami, semuanya dilakukan isteri seorang diri,” katanya.
HARAP PARA SUAMI HARGAI ISTERI
View this post on Instagram
Ozlyn berharap agar para suami di luar sana agar menghargai pengorbanan isteri masing-masing. Katanya lagi, jika ada rezeki lebih, bawalah isteri berjalan-jalan sebagai menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh seorang isteri demi kebahagiaan keluarganya.
View this post on Instagram
“Kadang-kadang tidak perlu membeli-belah pun. Seorang isteri itu apabila dibawa ke pasar malam pun sudah rasa cukup syukur dan berbunga-bunga hatinya. Tidak dapat dinafikan juga pengorbanan suami dalam soal mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami. Bila suami menyenangkan hati isteri Insya-ALLAH lagi mudah segala urusan,” jelas Ozlyn.
Sumber: Instagram Jozlynnhanania
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI