Berkawan baik dengan berlainan jantina apatah anda sudah berstatus suami mahupun isteri orang itu tidak elok dipandang orang, tambahan hubungan itu lebih dari sepatutnya. Sebagai umat Islam pergaulan sebegitu yang menimbulkan syak wasangka sehingga berlaku keterlanjuran amatlah dikeji. Sebagi suami mahupun isteri, jaga pergaulan anda, jaga maruah suami, jaga maruah keluarga. Jika terjadinya kes sebegini , jangan ingat anda boleh terlepas begitu sahaja, ikuti perkongsian dari Nor Zabetha di Facebooknya mengenai kes sebegini.
Jenis kesalahan ini 'rare', jarang-jarang kita dengar. Saya menulis ini pun kerana terbaca satu kes baru-baru ini, seorang artis Malaysia di dakwa di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana melarikan isteri orang.
Jom kita sembang terperinci sikit, pasal undang-undang lelaki tidak boleh mengorat dan bawa lari isteri orang! Apa elemennya? Kalau lelaki bercinta secara whatsapp dengan isteri orang tetapi tak dilarikan, boleh sabit kesalahan atau tidak?
Seksyen 498 memperuntukkan sekiranya seorang lelaki memikat ATAU membawa pergi ATAU menahan isteri orang dengan niat jenayah.Jadi secara mudahnya, maksudnya tak boleh memikat isteri orang atau bawa lari dengan niat jahat, tetapi macam mana sekiranya seorang lelaki mendapati si isteri didera suami dan bantu si isteri lari dari rumah untuk bawa ke rumah perlindungan wanita. Jangan ambil risiko kerana suaminya boleh buat laporan dan 'twist' cerita. Anda mintalah bantuan wanita lain seperti ahli keluarga atau rakan-rakan. Kalau masih anda hendak teman, buat cover report polis sebelum membantu.
Si pelaku akan dipanggil ke balai, perlu bagi keterangan, boleh dituduhkan di mahkamah dan melalui prosiding mahkamah, tidak kiralah sama ada mengaku bersalah atau meneruskan dengan perbicaraan. Renyah dan panjang prosesnya. Ini saya petik salah satu bacaan pertuduhan di mahkamah melalui jurnal undang-undang, berdasarkan kes yang pernah belaku. Nama bukan nama sebenar:-
Hukuman:
Sabit kesalahan kamu boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Dalam kes di atas ini, memandangkan si pelaku telah membawa isteri orang ini sebanyak tiga kali, maka dia didakwa dan pertuduhan dibacakan sebanyak 3 kali mengikut tarikh-tarikh kesalahan berbeza. Ini bermakna hukumannya lebih berat berbanding jika satu pertuduhan.
Saya semak dalam jurnal undang-undang, laporan kes di bawah Seksyen ini bermula sejak dari tahun 1930 an lagi. Lebih banyak kes sebelum merdeka bagi kesalahan ini. Sekarang bukan selalu boleh dengar. Ada tetapi bukan selalu.
Mungkin juga kerana sebelum merdeka dahulu, perkahwinan telah diaturkan keluarga. Cinta atau tidak belakang kira. Perkahwinan pula waktu benar-benar muda, masih tidak reti membuat pilihan. Itulah agaknya punca membawa lari isteri orang, sebab setelah masing-masing berkahwin bercinta pula dengan yang lain.
Walaupun zaman telah lama berlalu, tetapi kes begini ada tetapi bukanlah selalu. Kadangkala kes begini, suami pun serba salah dan jadi malu hendak buat laporan polis kerana isu keluarga dan sangat mendatangkan aib. Tambah pula, bila jika diteruskan perbicaraan di mahkamah, suami sebagai pengadu perlu jadi saksi. Soalan yang ditanya oleh pendakwaraya dan peguam, pasti akan membuka hal-hal rumahtangga dan aib masing-masing.
Malangnya ladies, sekiranya ada wanita yang memikat suami kalian dan bawa lari, tidak ada peruntukan undang-undang jenayah yang boleh digunakan untuk mendakwa perempuan itu. Cumanya, kena rujuk pula kepada bidang kuasa syariah, wanita ketiga yang merosakkan rumah tangga orang boleh diambil tindakan tetapi, payah sebenarnya beban pembuktian, tak sama dengan Seksyen 498 KK.
Kalau tidak ada undang-undang pun, merosakan rumah tangga orang memang perbuatan yang kejam. Kasihan pasangan atau anak-anak, tekanan terhadap mereka berdepan situasi.
KREDIT : Nor Zabetha