Sayu dan hiba melihat kejadian yang menimpa seorang isteri dan anak yang baharu berusia dua bulan. Hayat mereka terlalu singkat apabila suami bertindak mengelar isteri dan anak berusia 44 hari. Menurut bapa, anak dan menantunya baik sehingga baru-baru ini menantu hilang pekerjaan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Kata ayah mangsa,
“Sejak berkahwin, mereka hidup bahagia. Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh.
Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.”
Namun di sebalik ujian ini, bapa mangsa reda dengan apa yang berlaku. Pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan tahun lalu dijadualkan bersanding pada 24 Julai 2022 ini.
PENTINGNYA WANG SIMPANAN SEBELUM KAHWIN
Kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan bukan hanya bertunjangkan cinta dan sayang semata-mata. Baik lelaki mahupun wanita, kedudukan kewangan itu perlu stabil. Simpanan perlu padu supaya andainya satu hari nanti diuji dengan kehilangan pekerjaan, ujian kesihatan dan ujian lain, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia.
TIP SIMPANAN ‘TERPAKSA’
1.Tetapkan matlamat
Sebelum mula menabung, fikirkan apakah matlamat anda. Dengan matlamat itu, anda akan mendapat motivasi untuk meneruskan niat membuat tabungan. Tanya diri sendiri berapa yang anda boleh buat tabungan setiap bulan atau atau setiap hari. Pastikan ia cukup untuk mencapai matlamat yang diperlukan.
Kehidupan berkahwin melibatkan dua individu iaitu anda dan pasangan. Jadi, pilihlah untuk mempunyai tabungan bersama. Maksudnya di sini, masing-masing mempunyai tabung untuk mengumpul duit. Tak perlulah untuk memiliki akaun bank bersama. Cukup sekadar anda dan pasangan tahu bagaimana menguruskan duit dan membuat simpanan untuk hari bahagia anda.
Sekiranya anda memilih untuk majlis yang memorable, bolehlah ‘laburkan’ sedikit wang untuk merealisasikan impian itu. tetapi jangan ‘kacau’ tabungan yang sudah dibuat.
Kalau dilihat semula, perbelanjaan bulanan kita biasanya lebih kepada kehendak. Kita selalu menggunakan alasan ‘self reward’ untuk mendapatkan barangan yang mahal-mahal. Dan ada banyak kehendak lain bila kita mula nampak ada jualan murah. Alasannya, ‘bila lagi akan ada sale’.
Demi mengumpul duit, anda perlu bijak untuk tahu apa yang penting dan apa yang tidak. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu terutamanya untuk membeli baju. Fesyen sentiasa berubah dan anda akan sentiasa ‘terikat’ untuk berada dalam trend. Lebih baik berjimat supaya satu hari nanti anda boleh gunakan untuk memiliki apa yang anda mahu. Atau, tetapkan bajet bulanan untuk baju. Mungkin RM50 sebulan?
Adalah satu kesalahan besar sekiranya anda membuat pinjaman untuk perkahwinan. Memang mudah untuk mendapat kelulusan tetapi anda akan terikat untuk membuat bayaran balik untuk jangka masa panjang. Ikutlah kemampuan diri dan jangan membazir. Tak ada salahnya membuat majlis kecil-kecilan. Bukan orang luar akan bantu anda untuk bayar balik pinjaman itu nanti.
Untuk barang hantaran, beli barangan yang tak berjenama pun tak apa. Sekarang kan trend gubahan hantaran di dalam kotak. Tak ada siapa pun yang akan sibuk-sibuk untuk melihat isi kandungan barang hantaran itu nanti.
Pastikan anda membuat tabungan 20% daripada gaji diterima. Bukan apa, tabungan paksaan ini nanti boleh menjadi kesenangan buat anda di masa hadapan. Simpanan paksa ini juga boleh menyekat anda daripada membuat pembaziran dalam perkara-perkara yang tidak penting. jika anda boleh membuat simpanan paksa lebih daripada 20%, itu lebih baik!
Kredit foto: Instagram Zayan dan Ustazah Asma Harun