Kalau sudah guna anda kena tahu cara kemas barang juga. Begitulah adab yang ‘manis’ setiap kali pulang dan tidur di rumah ibu bapa atau mentua.
Biar tahu cara mengemas semula kelengkapan yang telah digunakan seperti toto, selimut dan bantal.
Lebih mudah kalau ada kotak penyimpanan barang sendiri, sebagaimana tips simpan barang yang dikongsikan seorang wanita bernama Khairiyah Shahrudin ini.
Menurutnya, sebelum tinggalkan rumah mentua dia akan pastikan barang-barang yang digunakan di simpan di dalam kotak penyimpanan barang.
Ini bagi mengelakkan barang tersebut berhabuk dan bersih daripada najis cicak. Jom baca lebih lanjut tips simpan barang di bawah.
Kemas barang✅
Sapu bilik dan buang sampah✅
Off semua suis dalam bilik✅
Saya kongsikan cara saya simpan barang supaya terhindar daripada najis cicak, lipas dan tikus. Barang pun kekal bersih dan tidak berhabuk.
1 box 105 liter muat 3 toto guna 80 liter pun ok.
1 box 80 liter muat 3 bantal besar dan selimut.
1 box keperluan lain seperti extension, barang mandi, hanger, penyepit, plastik, selipar, ubat nyamuk dan lain-lain.
1 box pakaian yang nak ditinggalkan, cadar dan sarung bantal.
Apabila box toto dan bantal itu dikeluarkan, kami gunakan untuk letak baju kotor dan yang sedia untuk dilipat. Sejak 2010 saya amalkan cara ini.
Alhamdulillah, semua keperluan terjaga dengan baik. Kemas itu terapi.
Begitulah yang terbaik dan selesakan kedua belah pihak, tidak menyusahkan malah lebih menjaga hati dan memudahkan orang tua. Lain kali balik, mentua pun senang hati!
Sumber: Khairiyah Shahrudin