Bila sudah kahwin, menantu kena pandai bawa diri untuk rasa selesa bila masuk dalam keluarga orang. Tak boleh buat perangai diva dan buat hal sendiri.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, hormat dan biar sama-sama rasa bahagia kedua belah pihak. Baik mentua dan menantu, biar serasi bersama bila berdua.
Kita semua dibesarkan dengan cara, didikan, situasi dan persekitaran yang berlainan, langsung tak sama. Bila dah jadi seorang isteri atau suami, awak ada keluarga mertua dan keluarga mertua tak sama macam keluarga sendiri.
Tetapi sebaiknya…
“Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang harimau, mengaumlah.”
Kalau di rumah sendiri awak bangun tidur lambat, awak malas, awak nak rehat lama-lama, tak apa lagi, sebab itu di rumah awak. Tak ada orang perhati awak, tengok diri awak, ambil tahu apa awak buat.
Namun bila kat rumah mertua, jangan bangun lambat, jangan jadi pemalas. Rumah orangkan peraturannya tak sama macam rumah sendiri.
Kena bangun awal, kena jadi rajin dan ringankan tulang untuk buat kerja. Kalau kat umah sendiri, dapur jarang-jarang berasap, selalu tapau atau makan luar sahaja. Tak apa lah, pasangan sendiri faham.
Tetapi bila di rumah mertua, walaupun awak tak tahu memasak sangat, tapi tetap kena masuk dapur untuk tolong buat apa yang patut. Sama macam lelaki, jangan asyik tegok tv main handphone sahaja di ruang tamu.
Dah jadi menantu, jangan masa makan sahaja nampak muka. Bila dah hbis makan pula terus blah macam tu sahaja.
Jangan letak dan biar sahaja dalam sinki macam selalu yang awak buat di rumah sendiri. Pinggan mangkuk itu tak akan automatik jadi bersih sendiri dan terus ada di rak pinggan. Kena basuh, kena letak di rak.
Bila berhadapan dengan ipar duai, biras beras korang tu, layan je diorang walaupun korang tu tak berapa nak masuk dengan dia, tak berapa nak ngam. Senyum saja walaupun kelat.
Jangan tunjuk sangat awak tak suka dia. Mugkin lama lagi awak akan mengadap dia. Tak kan tiap-tiap kali berjumpa, nak berperang dengan dia.
Buang masa, maka layan sahaja.
Dia dengan kita tak sama, latar belakang lain-lain, tahap pengajian lain-lain, pekerjaan lain-lain.
Jangan membandingkan, jangan membezakan. Hadap dirinya seadanya dia.
Dah jadi isteri/suami, dah bergelar menantu, maka kena pandai-pandai lah ambil hati mertua, kena usaha. Kalau boleh, kita nak mertua sayang kita macam anak dia juga.
Tapi itulah, seperti kebiasaan dan hakikatnya, anak tetap anak, menantu tetap menantu. Cuba saja yang terbaik. Apa diorang nak kata kat belakang itu abaikan sahaja.
Ikhlaskan hati sahja untuk nak cuba jadi menantu yang baik dan buat yang baik-baik.
Lillahi Ta’ala…
Dah jadi pasangan orang, dah jadi menantu, dah ada keluarga yang baru maka akan ada sahaja org yang memerhati tingkah laku kita.
Itu yang kita kena selalu ingat, kalau ada yang menegur, berlapang dada dengan teguran itu dan fikir positif.
Cuba belajar atasi kekurangan awak, kelemahan dan jangan sesekali bajet diri kita ini bagus sangat smpai tak boleh ditegur.