Hubungan

Menantu Lelaki Pun Kena Layan Baik Mentua, Bukan Perempuan Saja!

Share

Untung jadi menantu lelaki ya, jarang digosip dan dituduh pelik-pelik dalam hubungan ipar duai. Tak menjadi tumpuan seperti sesetengah golongan perempuan yang baru tukar status jadi isteri. Ada sahaja yang tak kena!

Bak kata saudara Firdaus Shakirin, bila dah jadi isteri orang, dah jadi menantu, kena baik dengan mertua. Kena ambil hati mertua. Kena anggap, buat dan layan mertua macam ibu bapa sendiri.

Menantu Lelaki Pun Kena Betulkan Sikap

Kenapa asal menantu perempuan sahaja, kena buat semua itu? Menantu lelaki tak payah buat?

Ini kebanyakan yang terjadi dalam masyarakat. Satu statement atau kata-kata yang hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN. Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia bukan menantu yang baik.

Jadi, menantu lelaki terlepas daripada buat semua ini?

Betulkan Layanan

Sebenarnya bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua-dua perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing-masing. Baik si lelaki mahupun si perempuan. Jika si suami nak isteri itu baik dengan ibu bapanya, maka dia terlebih dahulu baik dengan ibu bapa isteri. Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.

Berapa banyak suami yang selalu telefon ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang selalu bawa isteri balik berjumpa ibu bapa isteri?

Berapa banyak suami yang bermalam di rumah mertua lebih dari rumah ibu bapanya sendiri?

Bila dia tak buat semua ini, dia tak salah. Tapi bila isteri dia tak buat semua ini, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yang baik.

Jangan Hanya Fokus Golongan Isteri

Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap menantu perempuan. Menantu lelaki juga ada tugas dan tanggung jawab yang perlu dibuat.

Menantu lelaki juga perlu baik dengan mertua, perlu ambil hati mertua dan perlu anggap mertua itu macam ibu bapa sendiri.

Jangan hanya fokus kepada anak perempuan orang lain untuk menjadi menantu yang baik, tapi fokus juga kepada anak lelaki sendiri untuk dia menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.

Published by
Nadia