Dapat menantu tak pandai siang ikan, itu bukan satu masalah sebenarnya. Ada banyak cara mudah zaman sudah maju ini. Malah di kedai pun ada yang boleh terus siang, jadi kenapa isu ini jadi satu masalah?
Cuba renungkan perkongsian Puan Normaliza Mahadi ini, ada benarnya pendapatnya. Tentang kekurangan pasangan dan kelebihannya, kita boleh bertenang tanpa memburukkan lagi keadaan.
Menantu Tak Pandai Siang Ikan
Dah 3 hari anak lelaki saya kahwin. Saya pun tak tahu menantu ni boleh ke siang ikan ke tidak.
Boleh ke masak.
Pandai ke lipat kain.
Boleh ke kemas rumah.
Boleh ke jaga makan minum anak saya.
Atau boleh ke jaga anak-anak nanti.
Siang ikan?
Kami di rumah ni tak pernah siang ikan. Semua ikan bawak balik rumah dah bersiang. Kadang dah siap masak pun ikan tu. Jadi kemahiran siang ikan ni bukan kritikal.
Ads
Masak?
Menantu saya ni bekerja macam anak saya juga. Malah kerja lebih jauh dari rumah. Anak saya kerja dekat.
Lagi sesuai anak lelaki saya yang masak. Atau anak saya beli lauk simple di luar dan masak nasi di rumah sementara tunggu isterinya balik kerja. Tak akan nak tunggu menantu saya balik masak. Dahlah kerja jauh. Kalau tak sempat juga, orderlah lalamove.
Weekend nanti masaklah penuh satu meja sama-sama. Kan?
Lipat kain?
Ads
Hish. Orang sekarang pakai dryer. Lepas basuh kain dan keringkan. Sidai aje pakai hanger dalam almari. Tak payah lipat bagai.
Kemas rumah?
Buat Bersama Cepat Siap
Buatlah sama-sama bila ada masa. Sementara tak ada anak ni, apa sangatlah nak kemas.
Esok ada anak kecil nanti kalau ada rezeki, ayahnya kemas rumah. Maknya uruskan anak. Tak ada apa yang susah.
Jaga makan minum anak saya?
Ads
Uwais ni dah besar. Jagalah makan minum sendiri. Isterinya membantu. Kalau isteri ada masa dan cuti ke, bolehlah uruskan sungguh-sungguh sementara Uwais uruskan hal lain macam basuh toilet dan mop lantai rumah. Kerja ni berat, lelaki sesuai buat.
Jaga anak-anak?
Dah ada anak nanti pandailah mak dan ayahnya jaga anak. Dok fikir sekarang sampai pening kepala membazir masa aje.
Kelebihannya Mungkin Pandai Cari Duit
Habis tu menantu perempuan buat apa?
Eh! Dia pergi kerja. Bantu suami dalam hal yang mungkin suami tak berapa mampu. Jaga dirinya di tempat kerja. Solat. Menghormati suaminya. Membawa diri sebagai isteri dengan baik. Menguruskan rumah tangga dalam hal lain yang suaminya tak boleh buat.
Dan membuat perancangan kewangan, simpanan, sedekah dan lain-lain lagi.
Begitulah cara nak bahagia dengan pasangan, cari kelebihan bukan gali kekurangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelangnya hari bahagia pasti pelbagai tekanan yang bakal anda alami apatah lagi jika penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki tidak ‘siap’. Agar anda tampil sehabis cantik dan penampilan wow bakal menjadi milik anda, ikuti petua-petua mudah ini.
MEMBUANG TOKSIN & KEMPISKAN PERUT
Wajah akan kelihatan tidak berseri apabila pengaliran darah terganggu. Oleh itu, lakukan detoks setiap pagi sebelum sarapan dengan minum air suam yang dimasukkan jus lemon bersama setengah inci hirisan halia. Selain membantu membuang toksin dan angin, ia juga bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien terutamanya di bahagian perut.
MENGHITAMKAN RAMBUT
Untuk menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala, ambil dua biji limau purut dan belah dua. Picit dan gosok limau tadi pada kulit kepala secara rata dan biarkan seketika sebelum membilasnya.
MENGHILANGKAN KELEMUMUR Selain itu, anda juga boleh menggunakan santan kelapa untuk memiliki rambut yang hitam berkilat. Santan kepala bersifat antibakteria dan berfungsi untuk membebaskan jangkitan di kulit kepala.
SERIKAN WAJAH PENGANTIN Untuk menaikkan seri wajah, makan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. Mulakan dengan bacaan selawat ke atas Nabi dan membaca surah Al-Fatihah. Anda juga boleh menggunakan air kelapa yang disapu ke wajah untuk melembapkan kulit, mengatasi kulit berminyak dan memutihkan wajah. Kemudian, bilas dengan air sejuk.
SEGARKAN MATA
Lumurkan ketulan ais pada bahagian mata selama lima minit untuk melancarkan peredaran darah di sekeliling mata sekali gus mengatasi kelesuan pada mata dan menyegarkan mata.
MELENTIKKAN BULU MATA
Setiap bakal pengantin tentu sahaja ingin bulu mata mereka panjang dan melentik. Lentikkan bulu mata dengan mengoleskan lendir daun lidah buaya pada bulu mata sebelum tidur dan lakukannya secara berterusan.
NYAHKAN LEBAM HITAM Tekap uncang teh yang telah dipakai pada mata. Biarkan semalaman dan lakukan tiga kali seminggu. Cara lain, tekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah jam.
MEMUTIHKAN GIGI Amalkan menggosok gigi dengan abu daun kelapa. Lakukan seminggu dua kali agar gigi yang kuning beransur putih. Petua lain, taburkan garam pada berus gigi, kemudian gosok gigi seperti biasa. Cara ini juga membantu mengurangkan masalah gigi kuning.
MENCANTIKKAN KUKU
Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah sehingga anda benar-benar berpuas hati.
MENGHILANGKAN DAKI Ambil beras dan panggang hingga garing. Kemudian tumbuk beras hingga halus. Campurkan beras tadi dengan sedikit perahan limau nipis dan minyak zaitun. Gosokkan bahan tadi kulit berdaki secara perlahan. Cara ini juga oleh mencerahkan kulit, selain memudarkan kesan hitam pada ketiak dan bahagian badan yang lain.
HALUSKAN KULIT KAKI & TANGAN Minyak zaitun memang mempunyai pelbagai manfaat, antaranya membantu mengatasi kulit kering. Oleskan minyak zaitun pada baik di kaki ataupun tangan sebelum tidur. Jadikan amalan setiap malam. Hasilnya kulit anda akan tampak lembut dan halus.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga tentulah ada pasang surutnya. Tak adalah 24 jam bahagia sepanjang masa. Ada ketikanya tentulah terselit salah faham dan ketidaksefahaman antara suami dan isteri.
Bagi pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun.
Menerusi laporan Gempak, Aeril berkongsi beberapa tip yang diamalkan untuk kekal bahagia bersama isteri tercinta.
Katanya, bukan sahaja perlu berperangai seperti budak-budak, Aeril berkata jika berlaku pergaduhan atau salah faham jangan dibiarkan berlarutan lebih dua hari.
“Kita kena berperangai budak-budak. Tak perlu nak terlampau serius. Sebolehnya kita kongsilah minat yang sama. Tak sependapat itu perkara biasa.
“Kalau kami bergaduh, saya tak suka pujuk…biar reda sendiri. Kami akan reda sendiri. Tapi jangan biarkan pergaduhan itu berlarutan sampai hari esoknya,” katanya.
Ujarnya lagi, kalau dah sampai dua hari masih bergaduh, kena cepat-cepat berbaik. Pergaduhan tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan. Seeloknya, berbincanglah jika masih bergaduh pada keesokan harinya.
Untuk info, Wawa atau atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 bersama Aeril Zafrel.
Pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri.