Jadilah menantu yang baik, disenangi keluarga mentua dan ikhlas dalam membuat orang lain selesa. Seperti nasib pelakon, Puteri Sarah, tetap disayangi mentuanya, Datin Patimah Ismail walau anak sudah berpisah.
Bukan hanya kerana cucu tetapi mungkin ini pilihan keluarga ini untuk bahagiakan hati masing-masing.
Menantu Yang Baik Akan Terus Disayangi
Realitinya anak mereka sudah bercerai, namun hubungan baik pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail dengan menantu mereka, Puteri Sarah tetap akrab.
Baru-baru ini sempena Ramadan, dua keluarga terbabit tidak ketinggalan merapatkan ukhwah dengan berbuka puasa bersama-sama di sebuah hotel.
Momen penuh bermakna dikongsikan isteri kepada pengasas Skop Production itu dalam media sosial.
Ads
“Alhamdulillah silaturahim kami teruskan demi cucu-cucu tercinta bersama besan yang kami hormati,” tulisnya dalam keterangan gambar.
Turut menyertai perhimpunan keluarga itu adalah menantu kesayangan mereka yang juga bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah serta dua anaknya.
Sayang Orang Tua Seikhlas Hati
Ads
Bahkan, dalam ruangan komen pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, turut meluahkan kasih sayang kepada mentua yang sudah dianggap sebagai orang tua sendiri.
“Sayang mama dan papa. Alhamdulillah contoh terbaik. Anak buat salah mak bapak tak sokong pun.
“Menantu yang baik akan terus disayangi. Bukti besan yang baik dan penuh kasih. Semoga dirahmati Allah selalu,” ujarnya.
Ads
Terdahulu, rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul yang dibina selama sembilan tahun berakhir pada Jun 2023 selepas beberapa bulan turun naik mahkamah.
Mereka berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5.
Sementara, Syamsul pula kini berbahagia dengan isteri baharu yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bergaduh, mulalah ego masing-masing datang. Tak nak bertegur, tak nak pandang sekalipun. Kadang-kadang sampai terbawa tidur. Tapi ingat tak pesan orang tua kita, gaduh macamana sekalipun, jangan tidur asing. Ini 5 sebab korang kena tahu.
HILANG MASA PALING BERHARGA.
AKAN EFFECT MOOD ESOK.
BERLAKUNYA SALAH FAHAM.
EMOSI ANAK TERGANGGU.
RUMAHTANGGA HAMBAR
TEMPAT TIDUR BERSAMA PATUT MENJADI RUANG PALING SELESA
Terbukti, sains dan psikologi juga menyarankan agar semua pasangan mengekalkan tabiat tidur sekatil walaupun hubungan telah lewat usia. Tapi bila dah sekatil, jangan pula asyik dengan gajet masing-masing sampailah lewat malam.
Pandanglah wajah pasangan. Tanyakan tentang hari mereka. Berguraulah. Berpelukanlah. Biarlah tempat tidur bersama menjadi tempat kita untuk kita ‘recharge’ dan berasa lebih gembira – bukan sebaliknya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami pastinya begitu teringin menikmati masakan air tangan isteri. Lebih-lebih lagi kalau isteri sudah lama tidak ke dapur.
Namun, kadangkala ada wanita ada sahaja alasan yang diberikan untuk mengelak daripada memasak. Suami makan hati dan memujuk diri. Mungkin ketika itu, isteri mengalami tekanan perasaan di tempat kerja. Berhadapan dengan situasi sebegitu, suami harus membuat sesuatu. Cari pendekatan agak isteri rajin memasak.
1. Mula dengan menu mudah
Sebagai permulaan, pujuk isteri untuk memasak hidangan yang mudah disediakan. Contohnya, sardin, telur dadar dan sebagainya. Tunjuk betapa anda menghargai apa yang disediakan. Jika makanan yang tidak dimasak tidak sedap, lebih baik diam. Bimbang isteri merajuk kembali untuk memasak.
2. Tonton rancangan memasak
Ambil masa menonton rancangan masakan bersama isteri. Ia bagi membangkitkan semangat isteri untuk memasak sendiri menu yang dilihat. Anda harus ringan tulang membantu isteri di dapur dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Melihat kesungguhan anda isteri pasti akan berasa serba salah jika tidak memasak.
3. Sediakan menu
Isteri yang bekerjaya tidak mempunyai masa untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri memasak, suami perlu membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak. Tidak dinafikan isteri adakalanya buntu mahu menyediakan hidangan untuk keluarga. Ketika isteri sedang memasak hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur. Dengan ini isteri tidak merasa bosan memasak.
4. Beri komen positif
Beri kata-kata pujian dan komen positif supaya isteri dapat memperbaiki lagi kemahiran memasak. Beri sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Meskipun, dia hanya menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap beri pujian dan berterima kasih kepadanya.
5. Belikan buku resepi
Hadiahkan buku resepi pada isteri. Terdapat banyak judul yang boleh membantu isteri anda mempelbagaikan lagi kemahiran memasaknya. Bagi isteri yang masih dalam proses belajar memasak, apa kata anda cuba amalkan cara ini. Kumpul seberapa banyak resepi dan cara-cara memasak. Pilih cara memasak paling mudah dan ringkas. Menu itu dipilih mengikut selera kegemaran anda dan isteri. Lebih mudah jika jadikan ia sebagai buku resepi keluarga anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan berumah tangga Rasulullah, Baginda adalah seorang suami dan bapa yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga.Dalam membina keluarga sejahtera dan bahagia, keperibadian Rasulullah terhadap isteri dan anak-anak sangat wajar dicontohi.
Nak rumah tangga bahagia selalu, amalkan cara romantik Rasulullah ini kepada pasangan anda.
1. Hantar isteri keluar rumah
Seperti yang dilakukan Rasulullah kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Baginda berkata, “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).”
2. Bawa isteri jalan-jalan
“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah R.A tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Suapkan makanan
Bagi menambahkan romantis kepada isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Rasulullah, “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar mengenai pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
4. Panggilan manja
Sehinggalah ayat cinta terukir daripada bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja kepada isterinya. Suara indah memangil Ya Humaira kepada Aisyah yang bermaksud Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah. Ini membuatkan ikatan itu menjadi lebih intim. Ada kalanya Baginda memanggil Aisyah dengan singkatan manja Ya Aisy yang bermaksud kehidupan ketika beliau menyampaikan salam daripada malaikat Jibril untuk Aisyah R.A. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan Baginda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!