Mendekati Pakar Kek Kahwin Sambil Melihat Kreativiti Dihasilkan

Share

Tidak lengkap sebuah majlis perkahwinan tapi acara memotong kek. Pilihan kek yang tepat bakal membuatkan tetamu teruja dan meninggalkan kenangan yang terindah. Bagi pemilik @scrummycakedesign pakar dalam membuat kek kahwin mempunyai pengalaman yang luas dan kepakaran dalam bidang ini. Lihat sahaja kreativiti yang dihasilkan pada kek perkahwinan yang ditempah, semuanya dihias begitu indah dan mewah mengikut tema yang diingini oleh bakal pengantin.

Pesona Pengantin mendekati insan kreatif ini bagaimana bermula perniagaannya.

” Saya memulakan perniagaan secara tidak sengaja dengan membakar kek cawan untuk hari jadi anak. Sejak itu,saya jatuh cinta dengan proses ‘design’ ketika menghias kek. Mencuba pelbagai perisa dan hiasan pada permukaan kek membuatkan saya semakin bersemangat untuk menjadikan pembuatan kek ini sebagai satu cabang perniagaan. Bermula sejak 2011 secara serius sehinggalah sekarang,” ujarnya.

Keistimewaan

Agar tampil berbeza dan unik, seharusnya design yang dihasilkan sangat up-to-date dan sentiasa peka dengan perkembangan industri perkahwinan khususnya industri dekorasi kek di serata dunia contohnya dari Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Oleh itu bagi memantapkan skil yang ada dan dikembangkan dengan menghadirkan diri ke kelas-kelas dekorasi di dalam dan di luar negara. “Kami pakar dalam kek kahwin yang bertemakan “ringkas dan elegan’ dan juga sangat terkenal dengan hiasan lace dan Sugar Flower buatan tangan,” akuinya.

Idea sering datang tatkala membaca majalah sambil membuat rujukan mengenai rekaan terkini yang menepati cita rasa pelanggan. Dalam masa yang sama juga dia turut meneliti renda dari busana pengantin  yang membuatkan lebih teruja untuk membuat dekorasi pada kek kahwin. Selain itu lukisan abstrak juga menjadi bahan rujukannya dan mampu memberi ilham untuk terus berkarya.

 

Cabaran 

Akui pemilik, perniagan bukanlah satu perkara yang mudah yang boleh diambil remeh, pelbagai cabaran perlu dilalui yang paling mencabar untuk dirinya ialah pada detik permulaan memulakan perniagaan. Kekangan masa untuk menguruskan rumah tangga dan tempahan seolah-olah tidak menang tangan, hendak tolak terfikir pula rezeki tidak baik menolak rezeki. Saat itu dirinya menjadi  one man show dalam menjayakan perniagaan ini. Tetapi setelah bekerja secara berpasukan, alhamdullilah kerja-kerja dapat diselesaikan dengan lebih efisien dan cermat. Sentiasa berpegang pada Tagline “Kalau tak cantik,buat sampai jadi cantik!

Nasihat

Buat mereka yang mahu serius dalam perniagaan, haruslah dilakukan dengan sebaiknya. Jangan bersikap hanya melepaskan batuk di tangga. Jangan mudah berputus asa walau apa sahaja cabaran yang datang melanda. Sememangnya persaing ramai di dalam industri. Sebagai peniaga, perlulah mempunyai sikap yang positif dalam persaingan. Jadikan ia satu cabaran untuk memperbaiki perniagaan itu dengan lebih baik dan terus maju jaya.  Love what you do and let time take you to where you wanna go! 

Ig: scrummycakedesign

Published by
Putri Adila