Selepas makan terutama selepas bersahur dan berbuka, kebanyakan individu pasti akan rasa mengantuk. Jika tidak berada di bulan Ramadan pun, kebanyakan kita biasa mengalami masalah mengantuk selepas makan, biasanya selepas makan tengahari.

Ramai yang tertanya-tanya mengapa masalah ini berlaku. Adakah ia berkaitan dengan masalah kesihatan? Bagi anda pasangan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga, perhatian gejala ini pada pasangan anda. Jangan biarkan situasi ini terus berlaku. Bimbang ada masalah yang berkaitan dengan kesihatan.

Mengantuk Selepas Berbuka & Bersahur? Kalau Suami/Isteri Alami Gejala Ni, Jangan Biarkan
Garetsvisual from Freepik

Berikut perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan

“Doktor, kenapa lepas makan kita mengantuk? Normal ke? Jawapannya, boleh jadi normal dan tak normal.”

1. TINDAKBALAS SISTEM PENCERNAAN

Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga. Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).

Ads

Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka. Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.

2. JENIS MAKANAN

Makanan yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, keju kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan. Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!

Ads
Mengantuk Selepas Berbuka & Bersahur? Kalau Suami/Isteri Alami Gejala Ni, Jangan Biarkan
Kredit foto: Freepik

3. TABIAT TIDUR

Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.
Selepas makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.

4. TAHAP KESIHATAN

Sekiranya anda sering berasa mengantuk, mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, Food intolerance, Alahan, Sleep Apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif.

Ads

Rujuk doktor anda jika anda mengalami keadaan ini berterusan.

Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan

Kredit foto (top image): Stockking

https://www.youtube.com/watch?v=czgTf_iqT9E

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI