Keutamaan menghias bilik tidur merupakan salah satu faktor utama selain kecantikan pengantin itu sendiri. Berlainan dengan bilik pengantin lelaki yang lebih senang dengan konsep hiasan sederhana tetapi kemas.
Pemilihan warna
Bagi bilik yang sempit, perkara utama yang perlu diberi penekanan ialah pemilihan warna untuk dinding, siling, lantai dan perabot.
Panduan berikut boleh membantu bakal pengantin.
- keluasan ruang boleh ditampilkan dengan meminimakan penggunaan warna. Sebaiknya pilih hanya satu atau dia warna pada keseluruhan dinding. Guna kan warna cerah agar ruang kelihatan lebih luas dan selesa.
- warna putih adalah pilihan yang sesuai. Putih ada beberapa kategori. Tonasinya harus memberikan kesan atau mood yang tertentu. Kesan kekuningan pada latar dinding membantu menonjolkan imej ruang yang lebih hangat dan lembut.
- Satu lagi kelebihan warna putih ialah apabila is dipadankan dengan pemilihan lampu-lampu di ruang yang dilatari seperti penggunaan spotlight dan halogen, pemandangan ruang akan kelihatan lebih romantik dan elegan. Spotlight dapat membantu melahirkan mood yang tersendiri.
Kertas dinding
- Bagi ruang yang sempit boleh juga menggunakan kertas dinding. Namun pemilihannya ini harus tepat agar bilik tidak nampak berserabut.
- pilih dari corak yang halus dan tidak berhimpun.
Aksesori atau hiasan lain
- Bagi anda yang memilih warna latar yang terang, pilih perabot dari corak yang ringkas tidak berkerawang.
- Elakkan menghias bilik dengan bunga yang sangat besar kerana ini juga akan menjadikan ruang bilik anda lebih sempit.
- pilih permaidani yang mempunyai corak yang abstrak tetapi tidak penuh. Warna seperti warna pastel, krim, putih dan kuning cari paling sesuai. Tetapi pilih corak yang seakan sama. Ini akan menjadikan ruang lantai lebih kemas dan besar. Elak permaidani Parsi yang mempunyai corak penuh dan sesak.
- Untuk mengelakkan bilik kelihatan pucat dan tidak berjaya, perabot atau perhiasan berwarna sedikit gelap memainkan peranan. Bingkai gambar atau jam dinding yang elegan melengkapi ruang bilik.