Kehilangan yang cukup besar dalam negara kita apabila bintang seni Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 9 Ogos 2021. Pasangan ini cukup dikenali sebagai pasangan bahagia yang berjaya. Namun, di sebaliknya kini, mereka menjadi pasangan contoh sebagai ikutan pasangan lain.
Belum lagi sunyi masyarakat membuka amal kebaikan Siti Sarah sehingga arwah diangkat dalam kemuliaan. Ramai yang bercita-cita untuk menjadi sebaik arwah, memuliakan suami dan menjaga baik hubungannya dengan suami.
Namun,pandanglah juga kebaikan seorang suami yang berjaya mendidik isteri dengan baik. Shuib adalah contoh terbaik suami dambaan isteri yang patut ada di sisi seorang isteri. Selama ini, kita asyik mencari siapakah atau apakah jenis bidadari syurga yang kita mahukan.
Penulisan dari Facebook Redzuan Abdul Manaf jelas membuktikan CIRI-CIRI SUAMI DAMBAAN ISTERI.
========================================================
Shuib……suami yang sedang diuji.
Ujian yang sungguh berat untuk dia harungi. Hilang isteri yang dia cintai. Hilang teman akrab yang setia berkongsi keluh kesah dan susah senang selama 11 tahun ni. Tinggalkan anak-anak yang masih kecil lagi. Yang paling kecil baru berusia 4 hari. Allahurabbi. Moga terus kuat Ib, (hang lelaki hebat sebab tu Allah uji).
Shuib contoh suami dambaan isteri.
Masa hidupnya saling melengkapi. Si isteri hormat dan taat pada suami. Sang suami pula sayang dan manjakan isteri dengan semua rezeki yang dia miliki. Tak lokek keluarkan duit untuk wanita yang dia sayangi. Anak-anak gembira dengan ibu ayah di sisi. Segala memori diabadikan di dalam media sosial ni. Gelak tawa, gaduh manja serta telatah yang mencuit hati pasti menjadi kenangan untuk mereka ingati. Kita pun turut rasa sekali.
Semasa isteri sakit dan bertarung nyawa untuk lahirkan bayi lelaki, dia tidak putus-putus memohon doa semua rakyat Malaysia untuk isteri yang dia kasihi. Bila keadaan isteri semakin tenat dia menangis mohon Allah selamatkan isteri dan sembuh kembali.
Tapi Allah lebih menyayangi.
Isteri yang bertarung nyawa beberapa hari akhirnya pergi menghadap Ilahi. Shuib izinkan “bidadari syurga” nya pergi dengan seikhlas hati. Maafkan segala salah silap selama harini. Dan perginya isteri yang sangat dicemburui. Segala kebaikannya dijaja sehingga saat ini. Media sosial penuh dengan ucapan takziah dan alfatihah buat arwah dan keluarga yang meratapi.
Secara peribadi, Shuib dah berjaya jalankan amanah dia sebagai sorang ketua keluarga / suami. Dan paksu yakin Shuib mampu menggalas tugas menjadi ayah dan ibu untuk anak-anak mereka nanti.
Pada yang masih punya isteri hargailah selagi mereka masih di sisi. Jangan pernah sakitkan hati mereka walau apa alasan pun sekali.
Isteri ni cerminan suami. Baik suami maka baiklah isteri. Dan Shuib contoh lelaki yang patut kita contohi. Salam takziah dan Al fatihah buat seluruh keluarga dan moga syurga untuk arwah di dunia abadi. Aamiin.
Nak menjadi suami bukan cukup dengan rasa cinta dan wang ringgit, bahkan tanggungjawab yang digalas itu perlu dijalankan dengan sebaiknya. Didiklah isteri menjadi wanita paling baik kerana mereka juga menjadi contoh untuk diteladani anak-anak. InsyaAllah.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI