Menu Jimat PKP, Sambal Hijau Ikan Bilis Manis Pedas

Share

Selalunya kalau kita travel ke luar negara, sambal ikan bilis memang wajib dibawa kan? Buat pengubat rindu kepada tanah air katanya.

Kalau di rumah, lauk ini selalunya akan dipadan dengan telur mata dan nasi panas. Perfect.

“Lauk kesukaan seisi rumah..


Simple tp mengancam…x nampak dh lauk lain..Sape suke…

#SambalHijauIkanBilis

Bahan :

Ikan Bilis – 2@3 Genggam

*Bawang Holand – 1 bijik

*Bawang Merah Besar – 1 bijik

*Bawang Putih – 2 Ulas

*Cili Api Hijau – 1 genggam

*Cili Besar Merah – 3 bijik

*Tomato – 1 bijik

*Belacan – 2 inci (Optinal)

**Blend semua bahan kecuali ikan bilis**

Cara :

1.Goreng garing ikan bilis dan toskan.

2.Tumis bahan yg dikisar sehingga pecah minyak.

3.Masukkan perasa garam, gula dan cukup rasa.

4.Gaul sebati sampai sambal betul-betul masak dan sejukkan.

5.Selepas sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul. Baru ikan bilis kekal rangup dan tak lembik.

SELAMAT MENCUBA.

Sedikit tips daripada Icookasia. Sewaktu goreng ikan bilis, letakkan sedikit cuka supaya ikan bilis kekal rangup.

Sumber : Mirabelle Emilyana Chunshine’s

Published by
webadmin