Mengambil pil perancang bukan bermakna anda menolak rezeki anak, dalam keadaan tertentu terutama sekali melibatkan kesihatan ianya amat di galakkan. Namun, ramai ibu-ibu yang was-was ataupun takut untuk mengambil pil ini kerana ada yang mengatakan ianya boleh menyebabkan kegemukan kerana pertambahan selera makan. Malahan ada juga mendakwa pengambilan pil ini tidak memberikan sebarang kesan positif.

Ibu yang nak guna pil perancang selepas hamil untuk mengawal kehamilan kena tahu cara yang betul dan disaran pakar untuk ambil pil ini. Ketahui cara-cara itu di sini. Bila boleh mula ambil pil perancang? Ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan pil perancang selepas hamil perlulah tahu cara and langkah-langkah yang betul untuk mengambil pil ini. Jangan suka-suka ambil tanpa nasihat doktor. Dr. Zubaidi berkata secara amnya ibu menyusu boleh memulakan mini pill, 6 minggu selepas bersalin supaya anak lebih matang dan pengeluaran susu ibu sudah mantap.

Ini kerana pil perancang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Ibu-ibu yang memberi susu formula pula boleh mula mengambil pil perancang 3 minggu selepas bersalin.

Pil perancang yang ada di pasaran

Pil perancang di jual dalam bentuk pek. Jenis yang paling biasa diambil ada pil hormon untuk 3 minggu dan sesetengah pek disertakan pil gula untuk minggu ke-4. Dalam minggu ke-4, anda akan datang haid dan selepas minggu keempat (28 hari), anda akan mula menggunakan pek baru. Mengikut jenama dan kegunaannya, sesetengah pil hormon diambil secara berterusan untuk beberapa bulan.

Jika ibu-ibu menggunakan jenis ini, anda tidak akan datang haid setiap bulan tapi hanya akan datang haid selepas beberapa bulan.

Ads

Menurut Pakar Ini Cara Nak Ambil Pil Perancang Yang Betul
.

3 cara untuk mula makan pil perancang

1. Cara cepat – Selepas temujanji dengan doktor, ambil pil pertama anda. Ambil pil ke-2 keesokan harinya. Dalam 7 hari pertama mula makan pil hormon, gunakan kaedah perancang sokongan, seperti kondom untuk mencegah kehamilan.

2. Mula pada hari Ahad – Anda boleh memilih untuk mula makan pil hormon pada hari Ahad, supaya anda tak akan datang haid pada hujung minggu. Ini adalah alternatif bagus untuk ibu-ibu yang suka beriadah pada hujung minggu dengan keluarga. Sama seperti kaedah di atas, anda perlu menggunakan kaedah perancang sokongan, seperti kondom untuk mencegah kehamilan.

Ads

3. Mula pada hari ke-5 – Pada hari ke-5 datang haid, ambil pil pertama anda.
Menurut Pakar Ini Cara Nak Ambil Pil Perancang Yang Betul
.

Rutin untuk mengawal makan pil secara harian

Terdapat juga app seperti ini yang boleh mengingatkan ibu-ibu masa untuk mengambil pil perancang. Ambil pil hormon anda setiap hari dan pada masa yang sama. Ada aplikasi dalam telefon yang boleh memudahkan anda untuk mengatur rutin ini. Jangan lupa muat turun!

Ads

Menurut Pakar Ini Cara Nak Ambil Pil Perancang Yang Betul
.

Di sini kami sertakan beberapa petua supaya anda tidak lupa untuk mengambil pil dan terus mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang:

  • Pilih masa yang sesuai untuk mengambil pil setiap hari. Cara baik untuk sentiasa ingat ialah ambil pil selepas berus gigi, sarapan pagi, atau pun sebelum tidur.
  • Gunakan kalendar anda. Tanda hari anda akan mula makan pek baru. Tanda juga pada kalendar selepas anda telah ambil pil.
  • Semak lagi. Setiap pagi, periksa pek pil untuk memastikan anda betul-betul telah mengambil pil hormon anda semalam. Jika anda mendapati anda telah tertinggal satu, ambil pil itu dengan segera.

Jika ibu-ibu ada pertanyaan lain atau masih kurang pasti tentang cara yang betul tapi malu untuk tanya doktor, anda juga boleh tanya dengan jururawat yang bertugas.

Semoga perkongsian ini membantu!

Sumber rujukan: WebMD dan Dr. Zubaidi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI