Buah tembikai kaya dengan vitamin dan mineral. Kandungan airnya yang tinggi (92%) juga membuatkan rasa lebih kenyang selepas memakannya. Tembikai memang sedap dimakan terutama sewaktu cuaca panas. Ia adalah pilihan terbaik untuk menghidratkan badan.
Sesuai dimakan begitu sahaja atau pun dijadikan jus minuman, buah tembikai memang sangat ‘nikmat’ dinikmati ketika sejuk. Ramai antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadan mengambil tembikai ketika berbuka puasa.
Untuk bakal-bakal mempelai terutama yang akan melangsungkan perkahwinan selepas raya nanti, amat penting memastikan kulit kekal lembap dan tidak kering. Maka sebab itulah penting untuk anda mendapat bekalan air yang cukup dalam tubuh. Salah satunya ialah dengan makan tembikai selain minum air secukupnya.
Jika anda suka makan buah tembikai, ini beberapa fakta yang anda perlu tahu seperti yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi
MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)
Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ads
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari.
Ads
Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
KAYA DENGAN PELBAGAI JENIS VITAMIN
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Selain dinikmati begitu sahaja atau dijadikan jus, buah tembikai juga boleh dipelbagaikan cara hidangannya seperti yang dikongsikan oleh ‘social media influencer’ terkenal Khairul Aming ini.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide. Ia berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.
Ibu kandung dan ibu mentua, kedua-duanya perlu disayangi dan dilayan dengan baik. Jika boleh jangan ada ‘pilih kasih’ antara keduanya.
Layanilah dan santunilah mereka dengan sebaik mungkin. Berkat doa kedua-dua insan istimewa ini membuatkan rezeki anak menantu sentiasa mengalir dan dipermudahkan.
Saya kongsikan kisah saya ini sebagai inspirasi kepada sahabat semua.
Tiap kali nak berjalan ke mana-mana, ma dan ibu takkan pernah tercicir. Mesti ajak dua-dua pintu syurga saya yang masih ada di dunia.
Ibu dan ma selalu cakap, banyak abih duit nanti. Tapi saya bagitau ma dan ibu, tiap kali saya belanja untuk ibu dan ma, tak penah lagi duit saya abis. Yang lagi saya syukur sangat-sangat, rezeki tiba-tiba melimpah datang tak disangka.
Ma pun dah sebulan kat rumah saya. Memang saya siapkan bilik untuk Ma tinggal dengan saya lepas abah meninggal dunia masa Raya Haji baru-baru ni. Ma risau nyusahkan saya.
Kata saya, tiap kali ma datang, ma bawak rezeki, berkat. Kalau anak tak korban untuk ma, takkan orang lain nak korban pulak kan.
Buat anak-anak, sementara ibu ayah masih hidup, berkorbanlah buat mereka. Kalau nak berjalan ke mana-mana, ajaklah mak ayah dulu. Kalau mak ayah tak dapat ikut, takpe.
Setidak-tidaknya kita tak lupakan mereka. Kalau nak pegi dengan famili memasing je, tak yah la plan macam-macam depan mak ayah, tanpa ajak mereka. Ada mak ayah nak sangat ikut, tapi takut anak tak mampu nak bawak. Terasa hati mak ayah.
Saya syukur dan sangat beruntung sebab ma (mentua) saya sangat baik. Dan ma pun beruntung sebab dapat menantu yang baik. Hihi…(jangan marah). Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan ma.
Bukan rupa paras menjadi taruhan. Begitulah ikhlasnya seorang wanita menerima kehadiran jejaka bernama Surya Manurung dalam hidupnya. Surya yang menghidapi sindrom Treacher Collins ini sah menjadi suami kepada wanita jelita, Shasha Puspita Dewi.
Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official
Apakah sindrom Treacher Collins?
Sindrom Treacher Collins adalah kelainan genetik langka yang menyebabkan gangguan pertumbuhan tulang dan struktur wajah. Anak yang menderita sindrom Treacher Collins umumnya memiliki bentuk wajah, kepala, dan telinga yang tidak biasa. (Sumber Alo Dokter).
Keluarga Surya Manurung pernah tular di media sosial kerana mempunyai kelainan dari segi bentuk wajah, kepala dan telinga. Difahamkan, Surya juga pernah bertunang sebelum ini namun bertemu jodoh dengan wanita pilihan hatinya, Shasha.
Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official
Kedua-duanya beruntung kerana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Baik Surya dan Shasha, tentunya mereka mengharapkan perkahwinan yang dibina ini akan kekal ke akhir hayat.
Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official
Malah, coretan di laman Instagram juga boleh bikin sebak sesiapa sahaja.
“Ketika semua mendekat hanya untuk mempermainkan hanya dialah yang tulus mencintaiku,” #suryamanurungnikah
Kredit foto: Instagram Keluarga Manurung OfficialKredit foto: Instagram Keluarga Manurung Official
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya masih ada yang tak tahu kelebihan pakai micellar water untuk buang mekap dengan cara lebih bersih dan jadikan kulit licin tanpa cela.
Walau anda cuma duduk rumah, sebaiknya pakailah walau cuma sekali sehari. Apatah lagi kalau anda jenis keluar bekerja, micellar water boleh membantu buang kotoran dengan cara lebih mudah dan berkesan.
Pakai Micellar Water Buang Mekap, Kulit Pun Lebih Bersih Dan Licin
Elok pakai sebelum masuk mandi, nanti anda akan rasa segar kulit muka tanpa was-was nak terus tidur pada waktu malam.
Cara pakai pula, anda boleh sapu sebelum mandi. Serius, puas hati rasa segar kulit wajah. Kemudian anda boleh bilas kalau nak, tetapi tak nak pun tak apa.
Beza Garnier Micellar Water Pink Dan Biru
Processed with VSCO with a5 preset
Kalau berdasarkan packaging, ini perbezaannya.
Pink: Untuk kulit sensitif Biru: Untuk kulit berminyak & berjerawat
Yang warna biru, ada tulis “Pure Active”.
Bahan kedua dua produk ni lebih kurang sama. Sebenarnya sama, tetapi yang warna biru ada extra satu bahan: Alcohol Denat. Ini biasanya sebagai solvent.
Tapi, alcohol denat ni berpotensi besar akan mengeringkan kulit!
Kesan dia, kalau kulit yang tak tahan, akan jadi kering, pedih, merah, irritated. Sensitive skin memang patut avoid alcohol denat.
Macam mana pun, mungkin oily-acne prone skin ni elok kalau pakai product yang ada alcohol denat. Tak semua alcohol tu tak elok.
Secara asasnya, kalau kulit kering, anda patut guna yang botol pink. Tetapi kalau kulit normal atau kombinasi pun ok saja kalau nak guna yang pink. Jika anda memang tahu kulit anda okay menggunakan produk yang ada alcohol denat, ada boleh beli yang botol biru.
Haa… nampak tak, cukup sesuai di bawa ke mana-mana micellar water ini ya. Malah anda yang bakal jadi pengantin pun elok amalkan pakai, nanti nak mekap, kulit dah semula jadi cantik!