Harmoninya Malaysia. Dah ramai pasangan pengantin buat majlis kahwin mengikut adat Melayu. Seperti pasangan ini, mereka juga memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan mengikut budaya Melayu!
Pengantin lelaki segak menggayakan baju Melayu berwarna putih manakala pasangannya menggayakan gaun kembang juga dari rona sama.
Majlis resepsi yang meriah dengan pelbagai jenis makanan ini betul-betul ‘menjemput’ tetamu untuk menjamu selera. Menerusi perkongsian Nasuha Ayna di aplikasi TikTok, ada pelbagai juadah disediakan seperti kambing golek, ayam bakar dan macam-macam lagi.
Walaupun hujan membasahi bumi namun majlis ini tetap berlangsung meriah. Ada juga persembahan silat, tarian zapin dan kuda kepang. Kalah majlis Melayu!
Tahniah kepada pasangan ini!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jodoh Sudah Tertulis, Pewaris Habib Jewel Sah Milik Pevita Pearce
Akhirnya pewaris perniagaan barang kemas mewah Habib Jewel, Mirza Meer, kini sah bergelar suami kepada pelakon terkenal Indonesia, Pevita Pearce, selepas melangsungkan perkahwinan mereka dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan dengan penuh kemeriahan semalam.
Perkahwinan pasangan ini mendapat perhatian ramai, bukan sahaja kerana status Mirza sebagai pewaris empayar perhiasan ternama, tetapi juga kerana Pevita yang dikenali sebagai antara bintang terkenal di Indonesia.
Dihadiri Keluarga Terdekat
Majlis yang berlangsung dengan kehadiran keluarga serta rakan terdekat itu menjadi detik bersejarah yang menggabungkan dua personaliti dari dunia perniagaan dan hiburan, sekali gus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Pewaris Habib Jewel Sah Milik Pevita Pearce
Ramai pengguna media sosial yang ‘patah hati’ kerana pelakon kesayangan mereka, Pevita yang mula mencipta nama di persada seni dengan lakonan memukau dalam pelbagai filem terkenal, termasuk wataknya yang paling dikenang sebagai Hayati dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck sudah menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati.
“Pada dasarnya takdir Allah itu selalu baik, walau terkadang perlu airmata untuk menerimanya. Tahniah, Pevita,” kata Ichtiardi.
“Pevita sudah nikah, mari para wanita, kita semua harus mencari pasangan,” komen Venya.
Jodoh yang sudah tertulis, Pesona Pengantin doakan moga hubungan pasangan sejoli ini bahagia hingga ke akhir hayat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keluarga Masuk Campur Tangan Urusan Rumah Tangga, Kena Tegur Dan Tegas!
Situasi normal bila ada keluarga masuk campur urusan rumah tangga, tetapi jangan sesekali dibiar sampai makan diri dan keruhkan hubungan.
Realitinya, banyak kes keretakan rumah tangga berpunca daripada campur tangan pihak ketiga. Terutamanya nasihat dari keluarga terdekat! Jom cuba renungkan kejap…
Keluarga Masuk Campur Tangan Urusan Rumah Tangga
1. Tanya Apabila Buntu
Ya, tidak salah mendapatkan pertolongan orang lain terutamanya ahli keluarga yang terdekat mengenai masalah rumahtangga.
Namun kalau boleh, minta pertolongan/nasihat hanya apabila anda benar-benar buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setakat masalah kecil, anda dan pasangan harus berbincang sebaiknya. Dikhuatiri jika mendapatkan nasihat dari keluarga atau orang lain, masalah kecil tersebut akan merebak menjadi masalah yang lebih besar.
2. Bijak Memilih Nasihat
Kena teliti dan bijak mengambil nasihat-nasihat yang diberi. Salah percaturan, porak peranda rumah tangga anda. Bukan semua nasihat boleh diterima bulat-buat. Kadang kala, nasihat tersebut baik untuk anda tetapi bukan kepada pasangan anda. Ini boleh dikategorikan sebagai nasihat berat sebelah.
3. Pilih ‘Kaunselor’
Bertanya kepada individu yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Tetapi dapatkan nasihat dari individu yang anda rasa boleh menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
Individu sebegini dilihat mampu memberikan pandangan merangkumi masa sekarang dan juga akan datang.
4. Berbincang Terlebih Dahulu
Sebelum mendapatkan bantuan keluarga atau insan sekeliling, apa kata anda dan pasangan cuba sehabis mungkin berbincang mencari jalan penyelesaian. Jika boleh, hal rumah tangga harus diselesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak ketiga terutamanya keluarga terdekat.
Tidak salah mengambil pandangan nasihat orang ketiga bagi menyelesaikan masalah rumahtangga tetapi anda haruslah berhati-hati.
5. Tegur Jika Keterlaluan
Sebagai ketua keluarga harus bijak menjalankan peranan sebagai ketua. Sekiranya si isteri asyik mengadu domba mengenai hal berkaitan rumah tangga anda, kemungkinan besar peratus untuk keluarga mertua masuk campur adalah tinggi.
Jika sesuatu pertikaian berlaku melibatkan campurtangan pihak lain, anda haruslah bijak mengatasi masalah ini. Jangan sesekali melibatkan emosi dalam percakapan. Terangkan secara tenang dan jelas kepada semua terutamanya pihak mertua/keluarga bahawa masalah tersebut seharusnya anda dan isteri sahaja yang selesaikannya.
Anda juga disarankan untuk menegur pasangan jika kerap melibatkan keluarga atau orang ketiga dalam masalah anda berdua. Tegur sebaiknya.
Hah, jadi selepas ini kalau ada ahli keluarga masuk campur tangan dalam rumah tangga, pastikan anda tahu macam mana nak selesaikan. Bukan hanya buat tak tahu yang lama-lama akan pudarkan perasaan cinta. Kuasai bab ini, okay!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiga Tahun Kenal, AIZAT AMDAN & ELYSSA ALIA Dah ‘Off Market’! Sah Bergelar Suami Isteri.
Dua minggu lalu penyanyi dan pelakon, Aizat Amdan dengan terbuka telah mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Elyssa Alia Illias dan awal pagi tadi, mereka sah bergelar suami isteri selepas tiga tahun berkenalan.
Pasangan ini dinikahkan bapa Elyssa, Leftenan Kolonel (B) Illias Moidean dengan disaksikan jurunikah Idrus Mohd Shahlan. Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.
Merpati dua sejoli ini yang mengenakan rekaan dari jenama Altelia Amani tampak begitu cantik dan segak. Dilatari dekorasi pelamin dengan konsep bunga-bunga vintaj hasil sentuhan KL Wedding Ministry, A-Park Puchong menjadi lokasi majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu dan Sampai Ke Hari Tua ini bersyukur kerana telah kini mereka melalui fasa baharu dalam hidup.
“Selepas ini, apa sahaja tindakan tidak boleh fikir untuk diri sendiri sahaja. Saya ada isteri dan perlu minta persetujuan bersama.”katanya.
Menurut sumber dari Media Hiburan, pasangan ini akan berangkat ke Los Angeles pada Spetember nanti untuk menguruskan hal kerja dan terus menyambung perjalanan ke Mexico untuk berbulan madu. Wow! Jarang sekali kita dengar pasangan pengantin memilih Tulum, Mexico sebagai lokasi berbulan madu. Tak sabar nak lihat foto-foto mereka nanti.
Tahniah Aizat dan Elyssa. Selamat melayari bahtera perkahwinan…
Kredit foto: Instagram Aizat Amdan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI