Wah, meriahnya majlis perkahwinan kerabat diraja Brunei, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dengan Dayang Syafiqah Niqmatullah binti Amraan. Selain majlis pernikahan dan resepi, ada beberapa lagi majlis penuh adat dilakukan di Brunei yang orang Malaysia tidak tahu iaitu majlis berbedak dan majlis ambil-ambilan.
Pernikahan kedua-dua mempelai yang berlangsung pada 24 Jun 2022 dimana majlis persandingan dihadiri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bertempat di kediaman pengantin yang terletak di Baitun Na’aim, Jerudong.
Menariknya, selain majlis pernikahan, sanding dan resepsi, terdapat juga majlis berbedak dan ambil-ambilan atau biasanya digantikan dengan kenduri kesyukuran.
Jom baca tentang adat berbedak di Brunei.
Adat Berbedak
‘Adat Berbedak’ adalah upacara di mana kedua pengantin akan di bedaki di rumah masing-masing bertujuan untuk menambah serinya wajah. Acara ini dilangsungkan berasingan.
Selepas berbedak, akan dilangsungkan upacara mandian. Pengantin akan duduk diatas papan yang berlapik sambil dikelilingi empat lilin. Setiap lilin akan dipegang oleh kanak-kanak memakai ‘sesandang’ yang berlainan warna.
Pengantin tersebut seterusnya akan dimandikan dengan air ‘langir’, air bunga melor/ melati dan bercampur dengan air bercampur ‘kalambiji’. Air ini bertindak sebagai pembersih dan minyak wangi badan. Kemudian pengantin akan di mandikan dengan air bersih diikuti dengan pengambilan air wudhu.
Selepas itu, pengangun akan mengambil lilin yang menyala dan menyuruh pengantin tersebut meniup padam dengan mulut yang berisi air sebanyak tiga kali. Selepas itu, pengantin akan disuruh berpakaian putih. Dia seterusnya akan diliputi dengan bau kemenyan, bertujuan untuk mengekalkan bau segar dan harum pengantin.
Majlis Masuk Berbedak
Ini adalah upacara yang terbuka. Keluarga pengantin perempuan akan mengadakan acara ini dikediaman sendiri sehari awal daripada pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan melangsungkan acara ini pada waktu malam, sehari sebelum hari perkahwinan.
Dalam upacara ini, pengantin tersebut akan memakai pakaian tradisi (contoh; pakaian Brunei). Keluarga, sanak saudara dan jemputan akan seterusnya menyapu bedak di tapak tangan pengantin dan juga di bahagian dahi.
– Kredit: Mataharikita.blogspot.com
Indahnya bila ada adat dalam budaya. Walaupun bukan satu kewajipan tetapi sekurang-kurangnya boleh mengingatkan kita pada adat budaya yang perlu diwarisi.
Di majlis perkahwinan pasangan kerabat diraja ini juga, YM Dayang Syafiqah Niqmatullah binti Amraan mendapat sentuhan solekan dari jurusolek ternama negara, Syed Faizal Syed Noh dalam setiap majlis yang diadakan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI